Stalkers


Yang kesah

7.7.12

Malas tapi buat jugak

Malas tapi buat jugak. Ni lah hasilnya.

Menjahit labuci kat leher baju kurung bebudak.


Terbeli dari Kidz SACC Mall Shah Alam. Ada less 50%.
Mana nak dapat baju dah siap RM35. Ada macam macam corak tapi aku pilih style ni dan kaler pink kegemaran Sarah.
Material dari jenis chinese cotton. Kain sejuk tapi tebal. Cam no tue? Karang balik kampung duduk bawah kipas jer la.



Sesi fitting kat rumah 


Yang order online last month dari Akak Sabrina dah siap.
Siap dia send kan gambo dan invoisnye sekali.
Invois tu le tak tahan menengok nye..petanda nak kena membayar tu.
Tak sempat pulak tu nak advance dulu dengan en hubby sebab dia dah berlepas ke Canberra dari Jumaat lepas sampai Rabu ni.



Sama tak serupa 

Akak Sabrina ni pon okay servisnya. Aku order 6/6 lepas. Sebulan dah siap macam yang dia janjikan.
Aku usahakan jugak la kak membayar duit akak ni secepat mungkin.
Sebab gaji lewat ni la wat spoil mood je nak keluar duit.
Asik nampak duit keluar je, masuk nye TIDAK.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan: