Stalkers


Yang kesah

9.12.11

Pegi Balik ke Permata Petronas

Macam dah cerita kat entry lepas, aku ada briefing pasal lesen Petronas untuk tahun depan, 2012 jumaat minggu lepas.
Aku perasan ada yang search pasal Petronas Learning Centre aka Permata dan tersangkut kat blog ni.
Percayalah tuan/puan, aku pun search kat google macam mana nak ke sana dengan pengangkutan awam.

Jadinya, aku ingin berkongsi tips ke sana menggunakan kenderaan awam.



Oleh sebab en hubby kerja kat area Bukit Jalil, so aku minta tolong hantarkan aku hingga ke komuter stesen Bandar Tasik Selatan. Seawal 7 pagi, terpacak aku di situ...
Dari Bandar Tasik Selatan aku ambil komuter ke arah Seremban dan stop di stesen UKM. Kalau tak silap, harga tiket adalah RM2.40 sehala. Train tiba lebih kurang 7.30 pagi dan selamat tiba di UKM stesen lebih kurang jam 8 pagi. Setengah jam perjalanan tu. Memang jauh...

Tiba di stesen komuter UKM, aku ambil teksi untuk ke Permata Petronas.  Masuk dalam teksi, encik driver memaklumkan kami mungkin menempuhi kesesakan jalan dan lampu trafik yang banyak.

 Encik driver teksi tadi turut memaklumkan, lebih mudah kalau aku berhenti di stesen komuter Serdang, seberangi jejantas dan ambil teksi untuk ke Permata dan perjalanan hanya mengambil masa 10 minit kerana ada highway. Cepat dan tiada kesesakan.

Aku sengih jer lah kan, sebab haram memang tak tahu. Ini pun aku just tanya kawan yang stay kat Bangi. Asalnya aku ingat nak stop kat stesen Bangi, tapi rupanya lagi jauh dari Permata Petronas. Selepas 20 minit , akhirnya aku berjaya tiba di Permata. Tambang teksi - RM 16.90. Nasib baik boleh claim. Ngam-ngam 8.30 pagi aku mendaftar. Ingatkan dah terlewat, sampai tak sempat nak sarap. Tapi nasib baik kul 10 pagi ada minum pagi dan lunch juga.

Permata terletak lebih kurang 100m dari jalan besar, so...aku terpikir akan menumpang kawan jer balik nanti. Nak balik macam mana pulak? Hari aku sangat adventure nampaknya. Dek kerana kawan tak melalui stesen Serdang, jadinya aku diturunkan di stesen ERL Putrajaya Sentral di Precint 9 berhampiran tasik Pullman Putrajaya. Ye ke? Ingat-ingat lupa pulak.

Dari ERL, aku ambik tiket ke Bandar Tasik Selatan. A little bit panic, suppose aku ambik train ke Kl Sentral tapi aku beli tiket ke stesen Bandar Tasik Selatan berongkos RM5.50 sahaja. First time naik ERL, jangan silap ke KLIA pulak yer. Memang laju betul ERL ni. Tak perasan berapa minit perjalanan. Yang pasti, agak pantas.

Dari Bandar Tasik Selatan, ku beli tiket komuter ke arah Port Klang, henti di Klang. Kenapa Klang bukan Shah Alam? Kalau dengan kereta, Shah Alam memang dekat dengan rumah aku, tapi kalau stop ke Klang, aku boleh terus sampai area rumah dengan bas dan itu sememangnya menjimatkan.

Putus fius pulak aku masa kat BTS, mana tak nya, 2 train terlepas sebab menantikan train Port Klang. Ceh, tak sensitif betul urat saraf daya ingatan otak aku. Penangan tak cukup tidur 3 hari tu..

Baru nak tanya kat kaunter, tetiba aku teringat aku sebenarnya kena naik train ke arah KL/Rawang dan stop di stesen KL Sentral untuk tukar platform. Apa da...entah, tak perasan beb. Kebetulan hujan lebat gila petang Jumaat tu, sehingga bandar Kajang banjir kilat. Di KL Sentral pun, train komuter ke arah Seremban di batalkan. Kesian, sib baik train aku tak cancel.

Jadi, kesimpulannya kalau dengan komuter pun boleh ke sana, dengan ERL pun boleh ke sana juga. Komuter, ERL dan LRT ada di stesen pertukaran Bandar Tasik Selatan. Kalau tak sure, tengok lah map aliran transit perjalanan yer. Biasa lah kalau confuse sebab bukan pengguna tegar pengangkutan awam.

Tiada ulasan: