Stalkers


Yang kesah

11.12.17

Cuti Sekejap ke Melaka

Lama tak gi buang duit, buang masa..kakaka

Setelah hampir setahun tak gi memana...ni lah trip pertama kali Aidan ke tempat asing.

Shah's Beach Resort, resort lama ni. Maybe sebab resort ni dah lama, so boleh nampak unsur lama tu terlalu menyerlah.

Gitu pun, ramai jer umat lain check in. Ke 1st time check in gak cam aku?

Aku pilih resort ni pon sebab harga dia dalam bajet la. Cuti sekolah pulak ni.. Triple bed std room, sesuai la tuk kami sekeluarga plus mak aku. Dalam range RM190 gitu. Tapi check in tu depa request depo RM150. Kemahin.

Hari pertama pusing pusing resort aje..tengok laut dan lepak kat garden. Tak gi mana pon malam tu..end up semua orang tido.

Alhamdulillah Aidan tak de la perangai pelik pelik, menangis ke. Dia sonok aje main main dan makan atas katil. Mana tak sonok kan, menyepah katil je kerjanye.

Pagi tadi jer gi ronda ronda kat gigi pantai..pantai neber sebelah. Kakakaka. Lagipon air nye bukan lah clear like a crystal..so tengok jer lah.

Eksaited Aidan dapat pijak pasir tu. Sebelum bekfes , bebudak lak terjun dalam pool. Petang semalam tanak gi sebab ramai orang, tapi pool nye serius kecik..

Tak tau nak gi mana dah sebab cuaca tengah panas terik..bebudak biasa la. Request nak gi Menara Taming Sari la, nak gi umah terbalik lah..hahaha lalu je situ, malas nak turun, dah la ramai orang.

Next time leh cari hotel kat bandar pulak, so boleh la buat aktiviti diorang nak.

Singgah makan jap kat Alor Gajah, hmmm..tak tenang nengok wasap kerja kat grup. Chait!!!

9.12.17

Melayan Hobi 2017

Agak lama aku stop deco deco rumah nih. Tahun 2016 aku mengandung. So , haram la mengisah. Tak ingat lak 2014, 2015 aku de hobi ape. 

Awal tahun 2017 aku dah tak tau nak buat apa. Life about a bit stress masa awal tahun tu, so aku decide cari hobi yang boleh release kan stress aku. Konon lah kan! 

Lepas settle se wall kat Jalan Kebun, okay beralih ke D' Hill lah pulak. 

Eh tak . Aku start dekat wall kat D'Hill ni. Hahaha masa bulan puasa tadi lah. 

Kali ni cari design yang senang nak tampal lah. Mana de kerja nye senang, melainkan nak tolong komplen jer la.

Okay mummy tanak awak awak senyum! Mummy penat hokay panjat tangga! Wakakaka..

Cam pecah lak gambo nyer. 

Baru siap tampal dinding ajer.Cadangan tu nak cat lagi 2 dinding ngan cat kaler ijo kuning tu. Tapi tu lah, tak sempat lagi. Sebab kena settle dulu projek remove sticker lama.

Wall yang nak kene cat tu lah. 
Tahun lepas nye idea..tampal separuh dinding. Hahaha tah pape..layan jer lah.

Sat ni cuti krismas tu boleh kot menyetel mengecat lak. Provided de yang menengok geng geng cilik ni lah. Hahaha ketua nye tu boboi tu cam lipas sikit peel. Kite duk atas tangga, die pon naik sekali. 

Hahaha moncol sini lak gambo nih. Yang kat wall sini senang tampal. Sikit je wall nye.

Langsir munge tu pon aku export ke jalan kebun dah wat modal mendecor master bed sane. Memang bunge abis dalam bililk tu jadinya. Lantak lah bukan de orang kat sana. 

Release ke stress nye? Boleh lah.. 

8.12.17

Balik Ipoh

Lani balik Ipoh aje..tak main dah balik Paris Buntar.

Menyempatkan diri balik ke Sitiawan dan Ipoh gara gara nak makan doyan. Hahaha tak der lah poyo sangat sebab doyan je turun sane..bebenor laki aku de running event Sultan Perak. So kami ni ngekor jer lah.

Kejap je singgah Sitiawan, pas amik doyan dan moktan dari sil aku..kami gerak ke Ipoh. Menyetel hal pasal nak sewakan rumah kat Klebang tu.

Buat masa ni berjaya la sewakan 2 bilik dari total 4 bilik. Coverina la half monthly payment dan berpenghuni la jugak rumah tu. 

Pas mengepow doyan dan moktan tu, petang nye dah gerak balik ke Silibin. Overnight sana 2 malam.

Mat Dan dah cam kambing terlepas dah perangai nye sebab bebas bergerak kat laman luas. 

Pagi senin gerak ke Shah Alam. Sempat la aku masuk opis belah petang. Tu lah senang kalau opis dekat rumah. Nak lagi senang , buek opis sendiri dalam rumah la. Huhuhuhu.
 

7.12.17

Ade jer nih!

Wowwieee bersawang blog hakak.

Rumah bersawang pon amik masa gak aku nak buang, ni kan pulak lah sejenis blog saja. Paham paham jer lah.

Ada few malam aku tengah mengarang, hmmm sekali rasa ngantuk, so aku exit, tutup henfon. Pejam mata, tido!

Hari ni,aku telah kembali..kakakaka. Macamlah ada orang menanti nanti yer?