Stalkers


Yang kesah

26.6.16

Semperit Susu Mudah Selamanya

Kredit: Facebook Sabrina Khan

Bahan bahan:-

2 1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat 
Ceri merah atau kismis

Cara buat:-

1. Gaul butter dengan susu pekat.

2. Masukkan sikit sikit tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh.

3. Tekan dalam loyang dan hiaskan dengan potongan ceri atau kismis.

4. Bakar pada suhu 160•c selama 15-20 minit atau sehingga masak. 


Hahahaha..sakan aih kumpul resepi. Buat nye idok. 

Luka pon baru baru ja nak sembuh. Kang aku menyemperit, bimbang luka berdarah kembali. Kikikiki..Aku pon tak kose bebenornye. 

Tahun ni aku order semperit dahlia dari kakak ipar aku jer. Sapot bisnes hipar hipar katanya. 30 pcs baru RM12. Hipar hipar kalau order banyak dapat la RM10. Resepi semperit dahlia hat ada lam blog aku ni, dia punya resepi la. 


Tempat aku panggil satu kacang. Buat dari kacang hijau. Payah buat nye. Kemek la ibu jari menekan.  

Send mesej je kat wasap & order, tak sakit jari.

Sejenis lagi aku order sekut makmur. Huhuhuhu semua sekut nostalgia. Yang moden moden beli je nanti. 

24.6.16

Terjebak..cloth pad

Bukan ekonomi je melecet, hade gak mende lain melecet..huhuhu. Tak tau lah musim musim ala sahara, memang tak selesa pakai pad biasa. Menimbulkan kerengsaan. 

Kebetulan aku de baca posting pasal cloth pad ni sebelum ni. Ronda ronda kat IG, jumpe ler cloth pad harga rakyat marhaen kat embuncraft_pad.

Bajet RM50++ je..mampu la beli pad maxi 2 pcs dan overnite 2 pcs.

Harga maxi tu baru RM12.50/pc dan overnite biasa RM17/pc. Plus postage, total RM 66.


Kalau nak gune, bentangkan ia. Yang ni pad overnite. Kalau heavy flow sangat, hade overnite plus. 

Ni cara memakai. Dah bentang bentang, tak tau pakai pulok.


Kalau tak pakai, dah cuci bagai. Lipat je gini. Wah comel gitu colourful. 


Ada liner dan utk maternity selain maxi dan overnight. 

Tengok la ekonomi bulan depan, kalau de lebihan serdak serdak pas raya tu bleh la tambah koleksen lagi. 

22.6.16

Persiapan Raya


Hahaha aku rasa hat sedondon tu lagi jimat kot. Kalau brand Aron Ajis , Che Ta ke memang lah besor belanje nye kalau nak sedondon.

Kalau cenggini tak jimat ke? Ekekekeke.

Ekceli tuk raya tahun ni tak berhabis sangat lah. Anak dah bertambah tambah, komitmen lain pon bertambah juge. Helok pulak aku tengah dalam musim berpantang, so terlimit sikit nafsu nak membeli tu. 

Yang best tuk raya tahun ni, berjaya saving style tabung berwarna tu. Satu kaler je buat. Kaler ijo. Tuk duit raya. Tiap tiap bulan target simpan 8 keping minimum. Hazab juge memula menabung..tapi bila dah banyak, nak guna pon sayang. 

Hari ke 10 dan Kuning

Semalam last la kot dapat keluor jenjalan. Kakakak fefelin pulak nak keluor cari tudung raya bebudak. 

Huhuhu dapat gi klinik je pun. 

Since laki aku pon dapat mengtomokkan diri nye, gagah lah pergi klinik bawak si hero check kuning untuk hari keseploh petang semalam. Last week dah pergi 2 kali. 

Hari ke 3 - tahap bilirubin 195.

Hari ke 5 - tahap bilirubin 192.

Hari ke 10 - tahap bilirubin 114.


150 and below tak yah datang check dah katanya. Legaaa..sian kat baby yang kena cucuk sebab nak ambik darah mereka. Hero kena 3 kali la. Yang last tu hero tak teriak dahhh..hero pon mamai dah kot. Petang petang ngantuk. 

18.6.16

Resting Labour


Kita dah sakit bersalin gila-gila nih, sempat makan macam drebar lori pastu terus ke hospital, tengok-tengok dah buka 3cm, wow..kemudian buka 4cm, 5cm, 6cm, 7cm, alhamdulillah progress.

Doc pun confident, dia pun bagilah jam sekian-sekian, mesti bersalin lah.

Sekali dekat 7 cm, takde progress. Stuck kat situ. Dah 4 jam tunggu ni, tak gerak-gerak jugak 7 cm tu.

Dah, semua orang panik, termasuk ibu, termasuk doc. Takut-takut fetal distress. Takut baby lemas.

Sila jangan panik. Ini dinamakan RESTING LABOUR.

Aik, proses bersalin pun ada time rehat? Ehh, ada..

Sebelum kita ke hospital, kita makan. Tunggu bukaan sampai ke 7 cm tu dah berapa jam kita tak makan dan minum? Sebab concentrate bukaan, contraction.

Kenapa rahim kita berhenti rehat? Sebab untuk dia buat kerja, dia perlukan tenaga, dari makanan. Katalah 5 jam kita tunggu bukaan sampai 7 cm tu, takkanlah tak lapar kan (tapi mak tengah sakit, mana fikir lapar dah time tu, dia fikir ke baby je).

Jadi makanan semua dah habis cerna, maka badan bagi signal supaya rahim stop, sampai bekalan makanan sampai. Sebab itu takde progress. Kalau kita masih tunggu, tanpa makan dan minum, memang sampai sudahlah takde progress. Nak-nak pulak breathing ke laut, confirm dan dan baby lemas, sebab baby tak dapat oksigen dari ibu.

Maka (note pada saya jugak, kesilapan saya ketika melahirkan adik si kembar dulu), IBU KENA MAKAN. Orang yang tunggu ibu tu kena ada common sense untuk sediakan makanan pada ibu, paling cikai pun kurma. Makan kurma non stop. Makan, makan dan makan.

Kalau time ni, memang dah pecah ketuban (sebab ada kes baby keluar dengan air ketuban elok dalam sarung, ajaib kan?), minum air non stop supaya replenish balik air dalam rahim. Makan vitamin C untuk elakkan infection.

Ibu kena keep on breathing well dan usaha untuk tidak panik. Yang tukang tunggu (sebab itu suami2 kena ada ilmu bersalin juga) pun jangan panik, ingatkan ibu untuk minum, makan dan bernafas.

Percaya yang Allah bantu kita, yang Dia cipta badan kita tu betul dah sistemnya.

InsyaAllah, once badan dapat signal dah dapat bekalan makanan, dia akan bagi signal kat rahim untuk proceed.

Main pointnya, bila tiba-tiba kita stop to dilate, jangan panik. Makan, minum dan bernafas.

Okey ibu-ibu semua. Ini point yang paling saya ingat ketika dalam kelas minggu lepas. Sebab kebanyakan emergency c-zer jadi adalah kerana takde progress.

Sekian.
Kredit : Qider Firdaus

So far aku tak de lagi pengalaman resting labour ni. Alhamdulillah, smooth labour je. Cuma aku pernah kene marah dek misi sebab tak makan siap siap masa datang spital dengan bukaan 3cm dah pun masa tu. Misi bebel cakap suami apa antar bini bersalin tak bagi makan. Hahaha walhal nya laki bini tak tau pon kena makan siap siap. Happened masa bersalin mek Sarah. Kul 2 pagi kot aku gi spital sebab tak tahan sangat contraction. Mana de mood nak makan subuh sapie gitu. Mujur tak jadi kes resting labour ni, selamat jugak bersalin subuh tu @6.30 am. Tapi lapar giler lepas bersalin tu.

Bersalinkan Aidan, aku makan macam orang tak sakit masa sahur subuh ahad tu. Selamat aku belasah 2 pinggan nasik goreng lauk sambal sardin dan sebekas puding milo. Itu laki aku nengok cam tak ropa nak bersalin. Siap subuh tu aku mengemas dapur lagi. 

Bila pukul 7 pagi tu dah start contraction 15 minit, kelam kabut dah nak ke spital. 

Pukul 8 pagi baru gerak dari rumah dalam hujan gerimis gitu. Dalam perjalanan lebih kurang 20 minit tu, MasyaAllah, contraction nye 5 minit terus. Sampai je spital upenya dah buka 5cm. 

Betapa smooth nye bukaan serviks tu, dari 8.45pagi aku duk lam labour room tu, dalam 9 pagi bila doctor buat ve..upenye dah full bukaan nya. Ketuban pon pecah sendiri. 1st time la air ketuban pecah sendiri. Baby rupanya dah berak dalam perut. Doctor acah acah nak vakum je sebab takut aku tak boleh teran. Sib baik aku makan secukupnya..selamat la keluar baby nye jam 9.24 pagi. 

Untuk keselamatan baby, lain kali memang kena makan dulu sebelum masuk labour room. 


17.6.16

5 Huruf..bermula Huruf A

Macam nak main roda impian pulak.

Agak lewat juge mendaftarkan nama. Petang ni baru berkesempatan. 

Aku yang buh nama ni..maklum la anak lelaki. Laki aku setuju tanak panjang panjang kan nama nya dah walau jenuh omak meneran sampai berjahit jahit. So kami letak lah nama nya Aidan

Aidan bin Samsuri. Nama tak fefelin cam hero novel dah. Kikikiki, tah la, nama boboi boy cam tak dek idea pulak. Aidan tu maksud nye pemuda yang bersemangat..semangat apa yer? Semangat mengayuh pon voleh..

So far lam gambo pon memang bersemangat..mata je tak semangat!



Breech

Credit to Dr Tan Ee Ping, Hosp Pantai Cheras. 

Breech - please don't hope for baby to turn.

I frequently received cases for ECV to turn the baby. But, they always come very late. Almost everyone will see me at 38 weeks or near to 38 weeks coz it's already time for czer. 

That's not the ideal time to do ECV. Why do we do ecv earlier?

The first step in ECV is to bring the baby's bump out of the pelvic bone before we can turn the baby.

So, if the bump is deeply engaged, it is almost impossible to perform an ECV. 

When will the bump engage? It engages from 36 onwards. Some babies engage earlier. Some babies engage later. 

Can we predict when the baby will engage? No we can't. So, if the baby is already deeply engaged, it's almost impossible for baby to turn on its own and also almost impossible for me to turn the baby.

Why do these mothers come so late? Because they are always hoping that the baby would turn on its own. Is that possible? Of course it's possible. But, we cannot predict which baby will turn on its own and which baby would never turn. Many will wait until they are told that there's no more hope and that they need a Caesarean section, i.e. at 38 weeks.

What is my schedule for breech?

32 weeks - if Breech, I will teach mother certain exercise to encourage the baby to turn.

34 weeks - if still breech, I will perform ECV. If successful, I send you back to your doctor. If fail, I will arrange for ECV at the hospital in one weeks time.

35 weeks - if first ECV failed and still persists as Breech, I will perform ECV with medicine to relax the uterus. This is done at the hospital. If still fail, I would attempt again at 36 weeks.

If all fails, then I would assess for possible of natural breech birth. And, then give mother option of czer or natural birth. If mother opt for czer, I will attempt another ECV before the czer.

On the day of czer, after giving anaesthesia, I will attempt another round of ECV. If successful, I will send mother home after the anaesthesia wears out. And, mother will await natural birth. If ECV fails, I proceed with the czer.

This is my step by step approach. 

So, if you have breech at 32 weeks, please make your early to see me.

Please don't wait until 38 weeks.

Some of you may ask, why do ecv so early, baby still got chance to turn. My answer is 'why not?' . Doing ecv early is easier and higher chance to be successful. And, less stressful for mother. 

If wait until past 36 weeks, it's more difficult to turn the baby, may need to use medicine and anaesthesia and high chance of failure and thus more stressful to mother coz it's near her dateline for Caesarean section.

So, please, please see me earlier. I can't help you if you don't come early.

Pengalaman aku pasal baby songsang ni, masa mengandungkan Auni @36w, kandungan breech. 36 minggu tau! Bukan 32w ke. Dah macam tak de harapan je dia nak pusing balik. Doctor bagi masa 1 minggu untuk baby pusing. Kalau tak pusing, @38w tu kene czer lor. 

Auni pusing jugak @37W tu. Macam miracle juge. Ikhtiar cara sendiri je tu. Aku banyak dan sujud lama serta doa la. Sebab doctor memang pesan jangan pergi urut. Bior baby pusing sendiri. Nasib la dia mau pusing.

Kehamilan baru ni, baby breech memula, lepas tu dia transverse pulok. Masa tu baru 28W. Sib baik masa scan 32w dah pusing balik sampai la ke masa bersalin. Fobia jugak aku bebenor nye. 






12.6.16

Syukur..sudah selamat

Syukur, dah selamat bersalin.. 12/6/2016. 


Wakil omak gaya bebas.. huhuhuhu

11.6.16

KTM nye pasal


Opih bagi keluar awal pukul 4pm bulan puasa ni. Tapi tengok lah jadual, peak hour 4pm - 8pm kalau ke Klang tu, intervals nye sampai 60 min. Masalah besar kalau aku kena balik ke Shah Alam naik ktm. Nak gi opih tak de la intervals tu lama ngat. 

Kalau follow laki aku, tak de masalah..sebab intervals nye 15 minit je. Tapi jam on the road tu, aku sampai 6.15 pm - 6.30 pm gitu. Mujur lah Mak aku dah siap masak apa. 

Bagi kes yang kena balik ke Shah Alam tu, sebab tanak tunggu tren tu, cari la alternatif lain yakni naik bas. Bas dari MV direct ke Shah Alam memang tak de, kena keluar sikit dari MV, baru de bas lalu direct tu. 

So, 2 hari ni aku dengan Mak Mayra testing naik bas. Bas loncat loncat gitu, naik bas ke Klang, stop kat Batu 3 Shell tu, tunggu bas rapid ke Shah Alam. Mak Mayra tunggu bas yang ke area Shah Alam cam ke Sec 2 bas 750, aku kene tunggu bas ke Sri Muda 751. Rapid de bas ni tapi masalah nya bas ni laluan nye dari area yang jam. First day tu, dekat 20 min juga menunggu bas rapid ni. Kebetulan KL pon hujan lebat..end up Superhero Mak Mayra la pikap kami pulak. So aku tumpang sampai Sec 2, then naik bas ke hentian sec 14 untuk ambik bas ke Bukit Kemuning/Kota Kemuning. Sudah nya 6.30 jugak aku sampai umah.

Second day, semalam..kena balik sendiri lagi. Hari kedua ni kami bernasib baik sangat. Aku terus ke last station Klang. Mak Mayra turun kat Batu 3. Elok pulak bas rapid ke Shah Alam de belakang kami, dalam 4.45 pm gitu selamat dah dia bertolak ke sec 2. Aku pulak sampai Klang dalam 5.00 pm. Bas ke Sri Muda pulak gerak dalam 5.10 cam tu, sebab jem sikit driver berenti bazar beli makanan berbuka dia, end up aku sampai kat Bukit Naga tu pukul 6 pm. Awal dari time aku balik dengan superhero aku jugak la. 

Solve la problem transport nak balik kerja. Naik bas relax je tak yah berebut tempat sebab seat kosong berlambak. Bas pon baru baru belaka. Bas ke Klang pon kebetulan nya ada banyak. Ada 4 jenis jugak la kalau tak silap aku. Hade 3 tahun lagi projek KVDT ni baru siap..so kalau bulan puasa gini la alternatif nya nampak gaya nya. 

4.6.16

Belum meletop..38M 3D

Rini mendengor perkabaran adik kawan aku dah selamat bersalin. Walhal due date kami sama. 2 hari lepas dia dah bersalin. Dah cantik sangat ni, minggu ni dah 38. 

Tak tau la pe kah tips nye tu baby leh kuar awal tu. Kata ahkak mejer, kuar tanda darah 2 hari, pehtu dah bersalin. Baby pon kecik je baru 2.2 kgs gitu. 

Aku ni masuk je 36 minggu, baby senyap jer. Tak de eksen mengeras ngeras dah. Semalam pas event kat hotel tu pon, sempat aku jenjalan kat Mydin ngan Giant. Tak moncol moncol pulak tanda tanda nak bersalin tu. Helok je die tido. Mana tak lena..banyak juge aku belasah kambing golek semalam. 

Aku redho jer ni die tanak keluar awal. Dia bagi chance la tu omak nye berpuasa, membelasah lagi..huhuhu. Ke dia suruh omak nye jenjalan shopping raya lagi..







2.6.16

AGM Opih


Boboyot pon bertugas juge pagi tadi sebab tak meletop letop lagi ni. Huk huk huk. 


Tahun ni ibarat nye seperti sirih pulang ke gagang. AGM buat kat area Shah Alam setelah beberapa tahun berlangsung kat KL. Tahun depan buat kat Kazakstan la pulak kot. Huhuhuhu.