Stalkers


Yang kesah

18.6.16

Resting Labour


Kita dah sakit bersalin gila-gila nih, sempat makan macam drebar lori pastu terus ke hospital, tengok-tengok dah buka 3cm, wow..kemudian buka 4cm, 5cm, 6cm, 7cm, alhamdulillah progress.

Doc pun confident, dia pun bagilah jam sekian-sekian, mesti bersalin lah.

Sekali dekat 7 cm, takde progress. Stuck kat situ. Dah 4 jam tunggu ni, tak gerak-gerak jugak 7 cm tu.

Dah, semua orang panik, termasuk ibu, termasuk doc. Takut-takut fetal distress. Takut baby lemas.

Sila jangan panik. Ini dinamakan RESTING LABOUR.

Aik, proses bersalin pun ada time rehat? Ehh, ada..

Sebelum kita ke hospital, kita makan. Tunggu bukaan sampai ke 7 cm tu dah berapa jam kita tak makan dan minum? Sebab concentrate bukaan, contraction.

Kenapa rahim kita berhenti rehat? Sebab untuk dia buat kerja, dia perlukan tenaga, dari makanan. Katalah 5 jam kita tunggu bukaan sampai 7 cm tu, takkanlah tak lapar kan (tapi mak tengah sakit, mana fikir lapar dah time tu, dia fikir ke baby je).

Jadi makanan semua dah habis cerna, maka badan bagi signal supaya rahim stop, sampai bekalan makanan sampai. Sebab itu takde progress. Kalau kita masih tunggu, tanpa makan dan minum, memang sampai sudahlah takde progress. Nak-nak pulak breathing ke laut, confirm dan dan baby lemas, sebab baby tak dapat oksigen dari ibu.

Maka (note pada saya jugak, kesilapan saya ketika melahirkan adik si kembar dulu), IBU KENA MAKAN. Orang yang tunggu ibu tu kena ada common sense untuk sediakan makanan pada ibu, paling cikai pun kurma. Makan kurma non stop. Makan, makan dan makan.

Kalau time ni, memang dah pecah ketuban (sebab ada kes baby keluar dengan air ketuban elok dalam sarung, ajaib kan?), minum air non stop supaya replenish balik air dalam rahim. Makan vitamin C untuk elakkan infection.

Ibu kena keep on breathing well dan usaha untuk tidak panik. Yang tukang tunggu (sebab itu suami2 kena ada ilmu bersalin juga) pun jangan panik, ingatkan ibu untuk minum, makan dan bernafas.

Percaya yang Allah bantu kita, yang Dia cipta badan kita tu betul dah sistemnya.

InsyaAllah, once badan dapat signal dah dapat bekalan makanan, dia akan bagi signal kat rahim untuk proceed.

Main pointnya, bila tiba-tiba kita stop to dilate, jangan panik. Makan, minum dan bernafas.

Okey ibu-ibu semua. Ini point yang paling saya ingat ketika dalam kelas minggu lepas. Sebab kebanyakan emergency c-zer jadi adalah kerana takde progress.

Sekian.
Kredit : Qider Firdaus

So far aku tak de lagi pengalaman resting labour ni. Alhamdulillah, smooth labour je. Cuma aku pernah kene marah dek misi sebab tak makan siap siap masa datang spital dengan bukaan 3cm dah pun masa tu. Misi bebel cakap suami apa antar bini bersalin tak bagi makan. Hahaha walhal nya laki bini tak tau pon kena makan siap siap. Happened masa bersalin mek Sarah. Kul 2 pagi kot aku gi spital sebab tak tahan sangat contraction. Mana de mood nak makan subuh sapie gitu. Mujur tak jadi kes resting labour ni, selamat jugak bersalin subuh tu @6.30 am. Tapi lapar giler lepas bersalin tu.

Bersalinkan Aidan, aku makan macam orang tak sakit masa sahur subuh ahad tu. Selamat aku belasah 2 pinggan nasik goreng lauk sambal sardin dan sebekas puding milo. Itu laki aku nengok cam tak ropa nak bersalin. Siap subuh tu aku mengemas dapur lagi. 

Bila pukul 7 pagi tu dah start contraction 15 minit, kelam kabut dah nak ke spital. 

Pukul 8 pagi baru gerak dari rumah dalam hujan gerimis gitu. Dalam perjalanan lebih kurang 20 minit tu, MasyaAllah, contraction nye 5 minit terus. Sampai je spital upenya dah buka 5cm. 

Betapa smooth nye bukaan serviks tu, dari 8.45pagi aku duk lam labour room tu, dalam 9 pagi bila doctor buat ve..upenye dah full bukaan nya. Ketuban pon pecah sendiri. 1st time la air ketuban pecah sendiri. Baby rupanya dah berak dalam perut. Doctor acah acah nak vakum je sebab takut aku tak boleh teran. Sib baik aku makan secukupnya..selamat la keluar baby nye jam 9.24 pagi. 

Untuk keselamatan baby, lain kali memang kena makan dulu sebelum masuk labour room. 


Tiada ulasan: