Stalkers


Yang kesah

30.12.15

Aktiviti Hujung Tahun

Cuti takdo pon nak di clearkan..tapi hujung tahun ni memang asik kena cuti pulak dah. 

Bebenor rini nye cuti tanpa gaji ni apply sebab si genit la. Dah settle semua benda, sebelah tengah hari tu gi ke One City mall kejap sebab nak redeem tiket wayang pree. 

Banyak banyak event mengayuh dan berlari laki aku join, berhasil la jugak tahun ni dapat ticket wayang pree. Rasa dari fun run kat Morib ritu kalau tak silap. Redeem pon kat Premium X cinema je. Sib baik dokek aje. 

Beria la laki aku nak nengok Star Wars tapi tiket tu tak valid tuk movie yang baru baru tayang. Valid tuk movie lama yang lepas tayangan 3 minggu gitu. 

Ada 1 movie tu bantai je la tengok. In the heart of the sea tajuk nye. Tapi show time  kul 3.30 pm. 

Jadi bayar lah tuk Star Wars nye movie. Nak habiskan masa tu. 12 lebih sampai. Just nice lah 12.30pm de 1 tayangan. Tengok ber 7 aje..kakakaka. Satu orang duk 1 row pun okay. 

Aku tengok Star Wars tak pernah habis. Sebab duk lam cinema hadap je la. Kalau tengok yang lama tu macam tak leh hadam jugak la. 

Star Wars tu cam canggih gitu. In the heart of the sea tu pulak kisah zaman 1820 an ..ala ala merentas masa gitu. 

Pape pon selamat dah meredeem yang mana mana patut. Pasni turn bebudak plak redeem janji mak pak dia ni.



19.12.15

Year End Sopping

Rezeki dapat bonus katanya.

Bonus serampang dua mata ni kelakor sungguh. Meleleh ayaq mata dia nye tahap kelakor. Hukhukhuk! 

Duit pon terpijak. So spend tu merapu rapu sikit. Aci pejam mata je la kekdahnye . 

Tetibe je syok pulak ngan tupperware. So beli dulu yang ala ala set gini sempena 50th anniberseri depa. 


Aku beli online je senang. Sesambil jaga fon kat depan tu leh skodeng scroll tengok macam macam jenis set dan diskaun. 

Yang atas ni beli kat 11street. Laki aku ngajor suruh beli voucher petrol. Tak sangka plak depa pon hade koleksi tupperware. Laki aku tanya tu hape kegunaan nye tupperware banyak2 tu?  

Kakakakaka prihatin ke berbaur komplen nye soklan tu.


Fefelin cam aku nak selebret Krismas pulak. Yang ni aku order lagi awal dari kat 11street tu. Tapi delivery die very slow. Takkan nak tunggu raya tahun depan baru mai ..

Yes, kat luar dari KL delivery kata nya takes 3-10 days. 

Kalau tau aku order suh antor opis aje. Tu hari aku order vakum beg tuk opis , hari ni order, esok tu dah sampai! 

Aku usyar usyar gak kat ig. Hujung tahun ni ramai yang nak clear stok la, bagi diskaun bagai. Dah aim few things jugak. Wish list la konon.

Tapi tak de mood dah ni balang aku tak mari mari. Huk huk huk.





16.12.15

Edisi Last kat Jelai

Kak Ngah kat Jelai settle dah mengahwinkan anak anakanda beliau. 

Yang ni anak pompuan bongsu pulak tu. 


Earlier laki aku plan nak bertolak lepas kerja hari jumaat 11 hb tu. Nak jadi citer ramai pulak hadek beradek tak tau jalan nak ke Jelai. Lagi pulak perjalanan nye kalau straight dari Pt Buntar memang jauh. 

So, depa pon transit la kat umah jalan kebun. Dari rabu tu pon dah ada yang datang. Dan malam jumaat tu ada 2 family lagi datang. 

Jumaat tu je dapat masak kan untuk depa. Tayang kit apa menu. Roti jala tu order la. Tak larat subuh subuh nak jala. 


Pas semayang jumaat tu la semua memulakan perjalanan. Memang jauh perjalanan..Dekat 6 jam. Maklum la konvoi. Kejap gerak kejap stop. Bebudak plak ramai. 

Sebab laki aku gigih nak kayuh beskal ahad tu, petang lepas majlis kami dah bertolak balik ke sini. 

Keseluruhannya aku rasa letih betui. Mebi lah kan..makan jer, pehtu selebihnye bertafakur duduk lam keta lama lama.