Stalkers


Yang kesah

21.7.15

Syawal 2015

Selamat dah menyambut akhir Ramadhan dan awal Syawal kat kampung halaman.

Biasa la aktibiti raya..ziarah menziarahi..pehtu makannn.


Raya pertama beraya kat rumah aja sebab pagi raya ada buat doa selamat sikit tuk arwah mak mertua. So, anak menantu semua berkumpul umah mertua pagi tu.


Petang raya pulak rumah sebelah, kakak ipar buat open house. Sehari dua raya tu syiok la sebab gantung periuk aje.

Semalam aku dah balik ke sini. Syukran tak ketemuan jem. Kami kuar 8.30 pagi..cuma keta cam dah start banyak aje. 12.30 tengah hari dah sampai sini.

Rini berkemas kemas sini pulak tuk raya di sini.

- Posted using my iPhone -

20.7.15

Menjelang Hari Raya

Menarik gak kisah balik kampung kali ni.
Pukul 7 pagi keluor rumah bertolak balik ke kampung, fefeling leh sampai kampung lam kul 12 atau 1 gitu. Alih alih pukul 10 malam baru sampai kampung.

Idok le sebab jalan sesak ke ape.

Last minit kakak ipar aku call. Nak mintak tolong teman kan die ambik kete baru dan check keta nye kat Perodua Ipoh. Abang yang sorang tu pulak kebetulan outstation. Tak sure leh balik by 5pm ke idok.

Pukul 12 tengah hari rembang tu singgah umah dia dulu..tido tido mandi manda lebih kurang sambil tunggu panggilan.

Pukul 5 petang baru depa sana call. Sesak kat kedai tinted salesman tu kabor.

Sempat lah lepas tu konvoi ke umah abang ipar berbuka dengan dia. Umah abang ni pon tak jauh dari umah baru kami tu.

Pas berbuka baru gerak balik kampung. Time ni jalan tak jem teruk dah.
Semua pon in good mood. Perut dah kenyang, jalan pon tak jem.

- Posted using my iPhone -

15.7.15

Siap Siap Raya

Persiapan raya cam biasa aje tahun ni. Bersederhana itu bagus. Just prepare bajet tuk balik kampung, kuih raya, baju raya dan duit raya.

Baju raya pon laki bini sorang sepasang. Bebudak sorang 2 pasang. Tema nye spiderman kot. Huk huk huk.

Kuih raya kuih tunjuk tunjuk je. Banyak biskut evergreen tahun ni. Maklum la ramai yang evergreen. Ada tat, biskut arab, batang buruk dan bahulu. Moden ada sejenis tuk bebudak. Kacang pedas tak de, belasah je la kacang kari. Sakit bahu kendong kacang dan bahulu naik tren rini.

Esok aku dah start cuti. Opis officially tutup dari hari Khamis ni sampai Selasa depan. Rabu la naik kerja balik.

Esok pagi baru bertolak balik ke kampung. Asalnya nak gerak malam ni, leh singgah tido kat Ipoh jap, tapi cancel lah sebab kakak ipar aku tak jadi tumpang.

Aku tak de hal nak gerak pas ngorib tadi sebab baju dan kuih raya dah siap pack pon. Kikiki..dari Sabtu tadi aku packing, sambung pulak petang Isnin tadi. Tak de la stress sangat.

Time raya tenet memang slow..jadi di kesempatan aku menulis ni aku ingin mengucapkan selamat hari raya dan selamat bercuti untuk semua. Maaf Zahir Batin. Jemput la datang rumah.

- Posted using my iPhone -

7.7.15

Durian oo Durian

Gegeh sangat kopek durian sebelum berbuka semalam. Petang ahad udah belinye. 3 biji durian kampung RM10. Adik aku bantai beli RM30. Sib baik tak beso buahnye. Bior lama gitu takut busuk pulak.

Begini lah hasilnya. Yang sebekas kecik tuk berbuka. Yang lagi sebekas masukkan je lam peti. Semua pon pandai makan durian kecuali si Sarah. Si Kenit pon pandai makan.


Memang hazab..sahur ni pon duk mengketadarah durian lagi.

- Posted using my iPhone -

5.7.15

Ke GM Klang

Semalam mendung, tanak keluar..rini panas terik pulak, baru terhegeh gegeh nak kuor.

Pepagi kemas rumah, cuci baju dan vakuum kete dulu sebelum keluor. Bulan pose ni aura suci..roh roh rajin tu mari pulak dah.

Pukul 10 lebih gitu berteriak sakan dah kenit ajak naik keta. Tapi balik ke BN dulu ambik Omak. Tanpa lengah lagi, terus ke GM Klang. Nak ekon katanya kan. Boleh la tahan murah jugak. Tapi rambang mata la.


Tunggu Omak aku try jubah. Memang tak leh ralit la nak belek belek ke ape, budak budak ni cepat boring.

Sampai level 3 aje, turun balik. Kenit dah tak ketahuan dah..nak nenen la, nak dukung la. Kalau nak dukung ngan Apak nye tak pe lah. Nak dengan aku pulak tu dukung nye.

Tengah hari buta dah start ramai orang. Memang sesak laga laga bahu dah especially kat 1st dan 2nd floor.

Dah settle satu hal. Sok leh raya..huhuhu.

- Posted using my iPhone -

Hujung minggu di JK

Salam subuh ..ramadhan ke 18.

Bersiaran dari JK pagi ni. Semalam laki aku ada gotong royong, jemputan berbuka puasa cum moreh kat surau sini. Tu yang kami sefamilia tido sini trus. Sahur lah subuh tadi dengan bekalan sup kamben dari surau.

Sib baik sejuk udara malam tadi. Nak bukak tingkap tak bani. Takut nyamuk.


Yang tidor kat bawah ni time sahur ni lena diulit intan sebab depa dah bangun pukul 1 pagi tadi dan pukul 4 pagi. Nak kencing la nak susu la.

Tunggu siang je ni. Sat ni ambik Mak aku dulu. Tak tau nak bawak pi shopping raya kat mana. Nak cari yang tempat yang hade ekon , tak ramai orang, barang murah banyak pilihan. Pergh tang murah tu aku rasa susah sikit la.

- Posted using my iPhone -

2.7.15

Kipidap Raya

Layan...


Nasib baek persiapan baju raya satu family dah settle. Kipidap sejak Januari lagi.

Nak kipidap tuk buat sekut raya aje belum ni.

Tapi dongibab lah yer. Baru hari ke 14.