Persiapan raya cam biasa aje tahun ni. Bersederhana itu bagus. Just prepare bajet tuk balik kampung, kuih raya, baju raya dan duit raya.
Baju raya pon laki bini sorang sepasang. Bebudak sorang 2 pasang. Tema nye spiderman kot. Huk huk huk.
Kuih raya kuih tunjuk tunjuk je. Banyak biskut evergreen tahun ni. Maklum la ramai yang evergreen. Ada tat, biskut arab, batang buruk dan bahulu. Moden ada sejenis tuk bebudak. Kacang pedas tak de, belasah je la kacang kari. Sakit bahu kendong kacang dan bahulu naik tren rini.
Esok aku dah start cuti. Opis officially tutup dari hari Khamis ni sampai Selasa depan. Rabu la naik kerja balik.
Esok pagi baru bertolak balik ke kampung. Asalnya nak gerak malam ni, leh singgah tido kat Ipoh jap, tapi cancel lah sebab kakak ipar aku tak jadi tumpang.
Aku tak de hal nak gerak pas ngorib tadi sebab baju dan kuih raya dah siap pack pon. Kikiki..dari Sabtu tadi aku packing, sambung pulak petang Isnin tadi. Tak de la stress sangat.
Time raya tenet memang slow..jadi di kesempatan aku menulis ni aku ingin mengucapkan selamat hari raya dan selamat bercuti untuk semua. Maaf Zahir Batin. Jemput la datang rumah.
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan