Stalkers


Yang kesah

30.11.13

Wayang sehhh..

Layan seround sebelum jajahan takluk bakal di kolonisasi spesis baru. Hehehe.

Layan The Hunger Games : Catching Fire last jumaat. Itu gigih awek Kelate, awek Kluang dan awek Kuantan bergambor.


Awek KKK gitu yer. Aku kira awek Klang lah ek..nak jugak K itu.

Ceh, tak urban plak sebut Klang mari..


Show start pukul 12 tengah hari, standard lah 15 minit ada iklan sponsored dulu. Itu pon 12.30 baru masuk hall.


Ngam ngam 2.30 lah abis. Show main 150 minit aje. Memang cantek sangat lah masa nya. Itu best nye rehat 2 jam tue..

Since last week aku dah nengok The Hunger Games 1st movie, so aku tak de lah blur pasal watak dalam citer ni.

Soon, mesti kuar lagi 3rd movie sebab jalan citer hanging. Movie ni based on novel sebenornye. Lepas ni episod Mockingjay, di mana end up si Katniss dan Petta ni bersatu dan ada sepasang anak.

Menarik jugak trilogy movie THG ni. Akan ku tunggu next..Mockingjay

- Posted using my iPhone -

25.11.13

Semangat nya..

Semangat rasanya nak gi opis esok..sebab bos aku tak de. Yippie!! Dia gi Kazakhstan minggu ni follow bos besor.

Semak jer la kalau dia ada..semak pasal kerja tu normal kot, semak dengan drama tamil dia tu sangat tak tertahan!

Ni bos besor umah aku pon tak de. Terbang ke Sabah bah untuk projek kepada negara petang tadi. Naik belon boleh bah, naik kurita aja enggak bisa lagi bah!

Aku ingat Sopie dah beso dah la sekarang. Dah pandai emosi emosi. Kadang kite marah adik die, die pon nangis sekali. Ni ayah tak de, sibuk tanya tanya ayah balik bile. Die jugak lah menangis sebelum tidur tadi.

Sarah steady aje. Kenit terkena gangguan..Kenit ni missed makan bubur ni hari. Tak keruan malam ni mau tido..





Pakai baju merah malam malam. Aktif lah pulakkk..sebelum tido sempat mengintai kakak main ipad.

Pyjamas beli kat maternity and children expo kat midvalley jumaat lepas. Hujung hujung bulan ni memang lah sempit koceknye..



3 helai babygap pyjamas, 1 pureen pyjamas dan 1 gaun- baru rm60. Layankan untuk bebudak dulu..

Untuk diri sendiri..soon. Tengah mengira ni, capital ke campak terus?!

Fefeeeling lah nak capital bagai..janji ada masyukk maa..Hoping this week sudah boleh juai. Hormon shopaholic meluap luap dah ni!!!

- Posted using my iPhone -

21.11.13

Dugaan..Sakit Sakit

Alamak..hujan!!!

Bestnye tido..tarik selimut ketat ketat.

Tapi mata aku dah segar bugar ni..penangan bangun neman anak dara nak kencing!

Sian anak dara yang sorang ni, demam..






Sian mek kitty..Mak aku kata, terbaring aje kat sopa tu satu hari ni. Makan pon tak mo.

Tengok aku makan, baru dia nak makan..Yer la, Mak dia kalau makan memang ahh..bagai isi dan kuku.

Adik si kitty, Auni dah sihat lah. Doctor kata konpem bukan campak lah. Tu cuma ruam biasa - post fever rash aje di sebab kan high fever tu.

Jadinya kelapa lagi sebijik yang kekonon beli nak bagi kenit mandi dan minum tu, en dol lah bedal. Alhamdulillah, melantun keluar dah batu karang nye time berry. Kalau tak berry tu boleh sauk buat koleksi..Erk!?

Macam macam hal!!









20.11.13

Nak Duit dan Nak Kaya!

Sana sini orang duk citer pasal duit, pasal kaya.

Buat bisnes sebab nak duit, nak kaya. Im Money Magnet katanya!!

Then, budak kecik petik ukulele pon jerit jerit "cita cita ku menjadi orang kaya".

Yang dah akil baligh pulak duk rapping "kalau aku kaya, hari hari Hari Raya!"

Just go with the flow..aku pon nak duit, nak kaya! Tapi macam mana??

Gila, ayat macam nak ajak orang berbisnes pulak..Tak tahu lah pasal duit ni tak berkesudahan lah kisahnya!

Ni bawah ni fren kat FB yang shared. Teknik simpan duit ptptn kot. Untuk student sesuai kot..


Untuk yang bekerja, macam macam gaya leh terpakai mengikut kesesuaian pendapatan masing masing kan.

Yang terlatest aku nak try praktis, as duit tambahan kepada saving sekarang.


Jom simpan note RM 5 ni. Tengok dapat simpan berapa keping by monthly..sebab note RM5 ni susah nak jumpa.

Untuk hari ini, ada 2 keping. RM5 selai pon boleh beli topap henpon ape.

- Posted using my iPhone -

16.11.13

Campak Campak

Patut lah anak aku tergaru garu..ate badan nya dah naik ruam ruam merah. Macam Campak!
Ruam merah yang kecik2 tu naik ka perot, dada dan kaki. Patut kawan duk nak berdukung aje, sendi sendi tu lemah kot. Lepas 2 hari bagi ubat demam, dah tak de demam panas.

Mak aku kata, kila pairy cucu opah tu baru je last week kene campak. Berjangkit ke?




Start demam malam Selasa tu. Masa tu kat kampung. Bila panas je badan, kawan meragam lah, lembik..Bila sejuk badan,
baru lah boleh main dengan kakak.

Tu dah start bagi minum sikit, dan mandikan dengan air kelapa. Petang kang dah reda hujan baru mau ke klinik.

- Posted using my iPhone

6.11.13

Macam Macam Jew!

Macam pening jew..

Macam sakit perut jew..

Macam nak MC jew..

Hahaha..sila sila MC. MC melambak lagi. Mau ada 11 hari lagi tu.

Pening lah petang tadi kene hujan renyai renyai masa nak ke ktm stesen tu.

Tido pon tak lena, si sarah mengigau malam semalam. Berulang 2-3 kali. En Dol pon sama naik asik berulang ke toilet sebab penyakit batu karang nye itu.

Adeh, tersentap kelenaan otak mahu berehat. Belum bahagian menyusu kan kenit. Bonus dah tu dia mau menyusu baring, tak menahan tu..kene celik bijik mata ni jugak nengok si kenit ni. Entah kan dia nye dah tergolek tepi dinding ke..ate buas betul gaya tido tu.

Kalau tak di entertain, takut dia bangun pulak berjalan ke sana ke mari..



Ni lah gaya paksu menjaga kenit. Masukkan dalam storage box!


Mainan otromen jangan dilupa.

Next day nak kojer lah banyak rintangan nye. Ate hari cuti..memasing elok aje..

- Posted using my iPhone -

4.11.13

Aktiviti Hari Ini

Sedeh okay sapa yang kerja ni hari, aku is cuti! Kompeni bagi cuti. Tapi boring lah tak de gi cuti cuti mesia..

Semangat aku mandi pagi pagi nan sejuk, gigih nak naik bas ke bandar Klang. Entah aku tak tahu nak cari ape kat sana..terasa puas dah berehat 2 hari, rasa nak keluar aje. Tapi..

Akhirnya..tercaras! En Dol ajak ke sini..katanya nak makan meatballs.


Makan punya pasal kan..cargas!!


Makan sampai meloya..Aku nak ayam, ayam dah abis. Itu en dol orderkan aku meatballs tapi kids meal punya. Ok je..janji meatballs.

Antara barang yang di beli.


Ada 2 item nak beli out of stock. Almari baju Anebo RM199 dan new stool RM10 dah abis. Busannn..Anebo tu memang hot item. Memanjang nye out of stock.

Benda buat letih badan angkat ada sikit lah beli tadi. Rak pine wood, kerusi meja makan dan cermin ala zirafah.

Ala, esok tak mo dah kuar..letih!

- Posted using my iPhone -