Stalkers


Yang kesah

31.3.13

Kabinet Cik Mat

Kabinet dah hampir nak siap. Tunggu nak pasang table top je lagi.




Kabinet untuk dry kitchen la kononnya. Kabinet aje tanpa aksesori. Sinki tak tukar lagi. Macam cun aje sinki di beri. So pakai je dulu.

Kabinet buat bentuk L shape, 11 kaki. Kabinet jenis melamine chipboard kaler putih. Kabinet atas, half melamine, half frosted glass. Table top plak jenis top solid surface kaler kelabu.

Yang wet tatau bila nak up. Temporary sekalikan aje. Ruang dapur ni tak luas mana, 10x10 aje. Itu pon fefeeling ni nak island seketul. Celah mana island nak di longgok tak tahu lah.

Harap weekdays ni cik mat pasangkan grill pulak. Dah ada grill, boleh pasang lampu & kipas pulak.

- Posted using my iPhone -

Big Bekpes

Sekali sekala menu ala ala subway. Kenyang giler dah ni..



Semalam turun Aeon BIG, menjala la bahan bahannya. Cari whole grain bun, salad, sosej & tomato.

Bun whole grain ni besa jugak. 1 bun boleh 3 orang makan. Seketul baru rm2.70.

Potong tengah tengah. Sumbatkan salad, tomato,sosej dan last sekali letak mayo, sos cili & sos lada hitam. Apa yang ada kat rumah lah aku letak.

Lepas tu ngap lah..


- Posted using my iPhone -

29.3.13

Makhluk Kenits dan Sang Cuti Sekolah

Adeh, tak boleh blah plak tajuk entry. Isnin baru ni tertengok citer Indon sempena cuti sekolah ni. Tajuk citer tu Putera Semangka dan Ahli Sihir. Senduu..

Bebudak pon next Isnin dah start sekolah balik macam biasa.

Nak bawak gi holiday tak terbajet la wahai bebudak. Tu hari dah gi jenjalan kat Ikea kan, kira jenjalan skul holiday lah tu.



Ahaha. Orang lain sibuk berjalan skodeng sana sini. Elok pulak kami lepak duk atas kerusi , berehat. Blom lagi sorang makhluk ni...


Si capek ni asal boleh aje. Layan...Fefeeling sunbath di tepi pantai.

Weekend, en dol angkut lah mereka gi rumah baru. Ni tengah hari ahad lepas, aktiviti menanam pokok.



Aku pon dah lupa pokok apa en dol pi tanam. Hari hari lalu tepi perumahan Kemuning Utama , kami duk jeling pokok pokok depa. Fefeeling nak terjah nurseri pokok kat Sg Buloh nanti.




Duk rumah, hari hari main pondok pondok, masak masak. Habis bantal disuruh menyamar jadi dapur gas..




Kalau dah cenggitu, aku pon tak lama menyamar jadi gorila lalu mengamuk! Eheehe..

Pejam celik, nah dah hari ni Jumaat. Lega kan dah nak jengah weekend.

Kalau gaji awal skit pon lega sangat sangat nih. Lagilah nak berpeleseran ke KL lagi next week.

- Posted using my iPhone -

26.3.13

Acara Makan Berirama

Mana tak berirama, dah lunch melahap kepchi,minun petang memulun donats pulak.

Wanita amno mesti ar di hadapan sekali kan ahkak tudung merah.



Fight lah 2 orang ni kalau nak jadi jejaka melayu terakhir sumatec. Ke nak suruh kami VOTE??

Ermm, buang karen, ngabihkan boreh undi korang.



Tuan tanah interframe dengan Kak Ton. Tuan tanah selamat dah makan 2 ketul drumstick.


Lunch dibiayai oleh encik boss, ala yang dia bagi lima ploh masa birthday granny tu, plus kolek dari staff sorang 2 hengget lima ploh sen.

Sesuwai kan hari ni plak kepchi ada doploh lima persen less. Air plak beli pek kembar Twister oren.

Petangnya pulak,



BA lagi dari wanita amno kita. Syukur, murah rejeki ahkak yer.



Tuan tanah sikit capek okay, runner makan katakan.

Itu pon boboiboy request nak makan kat kepchi trus, semata mata nak suasana merah putih itu.

Suasana? Kot bawah umur, boleh la nak bersuasana. Dah tak bergaji tuh, diam diam sudee makan kat opis kann...

Waduh, esok baru Rabu ya? Lemah tetibe..sebab gaji konpem tak de ini minggu.


- Posted using my iPhone -

25.3.13

Broken Vow

Penangan duk umah, dah tertengok tibi pulak. Best jugak citer ni. Duk hangat ke udara di tibi 3. Pukul 3 petang.

Baru tengok 1 episod, dah fefeeling best ek?


Drama ni kisahkan percintaan 2 darjat antara hero nama Roberto (yg berjambang itu ala TMJ, pulakkk) dengan Melisa (berkemban).

Bercintan sakan sampai satu hari Melisa di rogol oleh orang tak di kenali sewaktu balik dari koje. Dah dipekena dadah, terus tak sedor diri.

Nak menjadi citer, punya lah sayang jugak si Roberto yang kaya ni, Roberto sanggup jugak berjanji nak menikah dengan si Melisa ni biarpun Melisa nih dah kene rogol.

Tragis, masa hari nak menikah, Melisa disahkan mengandung. Anak si perogol tu lah. Roberto pon reject si Melisa time ni.

Patah lah hati Melisa sampai nak bunuh diri, sekali mai Felix the Cat, eh..Felix Rastro menyelamatkan sekaligus mengahwini Melisa.

Macam aku follow citer ni dari awal. Walhal sinopsis kat wiki aje. Ahaha.

Hensem kan Felix??? Tapi comey lagi Kak Ton!!



Episod yang aku tonton hari ni, si Roberto duk suka balik kat Melisa walau Roberto pon dah menikah dengan orang lain. Si suami Melisa, Felix pulak kene ugut dengan Brian.

Rupanya si Felix ni lah dalang kepada penculikan si Melisa dan orang yang telah merogol Melisa. Dalam drama, Melisa tak tahu lah sang suami nya sebenarnya yang buat onar. Kesian..

2-3 episod lagi mahu tu Melisa tahu akan kebenarannya.

Tapi esok dah mau masuk opis daa. Tak leh dah tengok tibi. Sila tengok gaji okay, dah hujung bulan nih!

- Posted using my iPhone -

Berjimba @ Ikea

Banyak lah punya jimba. Mencari barang sikit, kebetulan semalam last day sale kat Ikea. Ala sale yang duk hebah hebah 8-24 March tu.

En Dol mencari rak untuk stor. Nasib de stock. Yang out of stock lemari baju amora ke amore tu. Pastu mencari rod dan langsir. Kan masin mulut, beli lah langsir 39.90 itu, bajet untuk hall aje lah.



Pukul 10 pagi dah sampai sini sebab tanak pening cari parking.

Biasa lah kalau ada Mek Sarah. Dia banyak drama kan. Lepas dah makan, dia mengantuk, itu yang sakan berdrama. Ngantuk ek? Nah, ambik kaw..



Main pondok pondok kejap kat bed area. Sementara menunggu apak mereka kat kitchen.

Ralatkah tidak mendapat kabinet ikea? Muahaha.. Katanya kabinet, plus pasang and delivery dalam rm400++. Total dalam rm1.5, kira murah lah lagi.

Tapi, dah proceed ngan Cik Mat nak wat kabinet. Cik Mat pon tak sabor nak pasang kabinet petang karang. Kabinet interfrem dulu dari grill gayanya.

Hari ni tak de Monday Blues, sebab nya cuti nak bawak Auni inject 5 bulan kat KK tu. Masalahnya si Auni ni demam plus selsema plak.

Selsema tu lah hampeh, hidung dia tersumbat, dah menggedik tak nak tido pukul 1 pagi tadi. Tak selesa kot. Lagi pulak pestime selsema secara berat.

Jadi, kena tukar plan ke klinik jumpa doctor gamaknya. Ibunya pon tetibe ni tak sihat sebab berjaga malam tadi. Modal nak claim mc tuh..Hehe.


- Posted using my iPhone -

22.3.13

Happy Birthday Granny

Minum petang semalam meraikan ahkak sekretari yang ke 58.

Sebelum lunch kami dah menyusun plan nak buat birthday dia,alih alih dia dulu belikan kami donats dari Big Apple. Apa lagi kan, bertambah lah makanan yang nak kami serve petang karang.




Collection sorang lima hinggit mendapat lah walnut cake dari Lavender, popiah the sister's dan keripop.
Pukul 4 start lah makan, makan dan makan..paling epik mintak boss belanja kami makan kat hotel. End up nya boss membiayai lah konon kos minum petang semalam. Keluar tiga ploh lima hinggit, dapat balik lima ploh hinggit.
Kak Ton suruh simpankan dulu. Next Selasa, leh beli kepchi sorang sekotak. Tak cukup, tong tong lah sikit..
Staff tak ramai dah pon. Tengok lah gambo. Semalam tertinggal henpon kat umah, so ahkak mimi jer la bleh snap gambo. Nih pon gambo cilok dari insta beliau. Siap dah blaja instaframe lagi ni..
Cayalah!!
- Posted using my iPhone -

19.3.13

Kaftan Untuk Auni

Tomey takkk?? Tomey kannn....

Kredit gambo kepada empunya blog lillmisst.blogspot.com. Nak Auni pakai kaftan ni masa raya nanti. In Sha Allah. A little bit outdated tapi konpem Auni selesa pakai nanti.



Design contoh dah ada. Yukk, mencari kain je lagi. Satu tempat aku blom terjah - Dataran Klang. Dataran Klang tu banyak kedai kain juga. Boleh lah sesambil skodeng langsir. Cewahh!


- Posted using BlogPress from my iPad

17.3.13

Update : Rumah

Selesai amik kunci, check umah kaw kaw, (erk) tengok mana part umah yang ada defect. Isi masuk borang, pass to developer. Pandai lah depa repair balik nanti.

Cik Ina test parking.



Cik lisa pon tanak mengalah.




Benda benda harus kat rumah tu tengah di usahakan.

Grill - last week quote. Kena dua riban ++. Semalam baru ukur. Lagi 2 minggu baru pasang.

Lampu, kipas & wiring - Grill dah pasang baru panggil orang buatkan. Tak jauh pon orangnya, depan rumah ni aje. Lampu & kipas dah di sopping oleh en dol kat Puchong. Cargas gitu! Habis mendekat tujuh ratut.

Kitchen kabinet - Mula tanak. Pastu nak. Nak yang kat Ikea pulak tu. Tapi yang tengah on sale sekarang ni lah RM1095 aje harganya. Riso out of stock aje.


Penat gugel gambo, x jadi pulak kabinet nih.

Nak kabinet melamine kaler kelabu asap pulak. Quote lah dengan orang yang buat grill tu jugak. Mendapat ko, lima riban enam ratut quote nye. Sinki tanak, dapur tanak, kabinet aje nak, dapat lah mpat riban ++. Masa quote aku tak de.

Itu aku tanya en dol, ni nak masak tang mana? Ha! Menambah bajet pulak nak berinduction pulok lepas ni.

Langsir- survey kat Nagoya tadi. Baru belek sikit, melalak pulak Mek Sarah. Potong stim betul. Bikin senang, beli ready made dari ikea jer la. Yang murah murah lah. Yang murah murah berapa? Patpuluh hinggit tu lah kot.

Dah siap mende kat atas ni, baru leh tido sana bila weekend. Lagi la kelam kelibut hujung minggu ku.

Petang tadi sempat lah melawat umah tu. Marking tempat yang defect tu.



Letih melayan bebudak 2 orang ni. Berebut nak siram pokok kelapa pandan. Minggu lepas en dol tanam. Lepas ni aku saran kat en dol tanam pokok jambu air ke. Boleh buat menyicah.

Mujur lambat lagi raya, ada masa lah nak prepare segala bajet prepare umah.

Huargh! Mata pon mau katup suda..


- Posted using my iPhone -

16.3.13

Lapo Perut Hari Jumaat

Lapo perut semalam, pagi sarap dengan maggi goreng singgit. Kuih singgit. Maggi goreng singgit sangat cipot. Saja test beli singgit, nak tengok banyak mana.

Lunch 2 jam..bersungguh makan. Makan kat Aeon Big aka Carrefour. Sini ada open kitchen dengan seat dan meja untuk makan. Nak rasa lain, makan kat meja opposite dapur chef. Nampak live diorang masak. Ada kiosk malay food untuk makanan seperti mee/bihun/kuew teow goreng. Kiosk Korea food serve sushi. Boleh try lah lain kali. Tak de experience pulak makan sushi. Tapi femes, kiosk western food lah. Harga pon berpatutan. Tak de tax & service charge.

Semalam aku dengan Kak Ton aja gi lunch. Yang lain,ada yang duty jaga tepon. Yang cuti cuti Malaysia pon ada. Tak cukup corum lah geng KK sebab Mama Mayra dah meletop hari Khamis tadi. Tahniah, dapat boboi boy. Maka, dah sepasang anak beliau.

Kebulur sangat nih, jadi aku order grilled chicken w sosej, mashed potato dan ice lemon tea. Kak Ton pon order grilled chicken juga, mushroom soup dan ice lemon tea.



Sambil makan, menengok chef duk masak.



Macam tak kerja pulak kalau hari Jumaat, boss pon ghaib tetiba. Memasing buat hal sendiri.


- Posted using BlogPress from my iPad

14.3.13

Khabar Dari Key El

Dari KL Sogo.




Terima kasih ahkak PA yang sudi bersama sama meredah panas dan jerebu di KL tadi. Sesekali lah keluar jalan setelah lama menunggu gaji. Tapi tak berani lah kuar reramai,kang tak de orang jaga opis.

Kemahin ahkak PA menyoping.




Khabar dari Jalan Tunku Abdul Rahman.




Pilihan aku simple aje. Kain thai silk. Yang jual kata latest kat pasaran. Yo lar tu kan . Berkenan jugak cotton sulam tapi warna yang ijo gini tak de pulak.

Japanese cotton tuk bebudak 2 orang tu. Sama lagi..dah 4m kainnya. Time kecik aje leh baju sama , kang dah besar panjang sure tanak.




Untuk En Dol dan Auni, nak cari kat Nagoya. Yang pasti warna kain dari tema ijo jugak lah.

Untuk uniform ijo ni,kos kain campur upah jahit lebih kurang dua ratut. Belum masuk kos tudung lagi. Tudung nanti nak raya baru beli. Sopie nak tudung ijo, Sarah nak tudung merah. Dah macam santa pulak.
Khabar dari Dragon Hill.




Huarghh, ngantuknya. Letih!
Kbai.
- Posted using my iPhone -

13.3.13

Al kisah kenits

Hatrik nih 3 malam berturut turut haku bangun awal subuh memerah susu.
Sambil perah, sambil online.

Kang siang sure ngantuk gilosss. Tapi bagus lah sekarang,even ngantuk leh bertahan tak ambik nescaffe atau teh.

Teh tarik the febret drinks pon dah lama tinggal. Kalau tingin pon seteguk 2 aje berani minom.

2 minggu nih pon avoid makan roti sardin. Masalah kat sardin tu lar. Takut Auni gatal gatal sebab ruam susu dia teruk last week.
Sedeh tak dapat bersanggam lagi.

Last week macam teruk blusher pipi Auni. Sapu krim Econazine tu skit skit dan calamine. Patut duk merah aje, kenits ni suke garu. So terpakse pakai kan booties dia balik.

Asal malam sapukan moisturizer haku. Ada la berkurang skit. Googling, terjumpa entry pasal keberkesan krim herbal serbaguna shaklee. Lantas mengorder krim dari granny Shaklee.

Yang bagus krim ni dia melembut kulit yg keras macam tumit la kalau untuk dewasa.bagi permasalahan si kenits haku ni, pipi yang di sapu oleh krim eco tu buat kulit pipi jadi keras dan tak licin.

Dah 2 malam di sapu krim herbal ni, menggebu lah sikit pipi kenits ni. Gambo krim hade? Korang gugel sendiri lah.

Tu nampak pipi nye merah merah. Gambo last week.


Nih gambo malam tadi. Ada skit lagi merah itu.


Mak haku pon komplen, baju kenits dah tak muat. Sekarang dia kena pakai size 12-18. Itu pon muat muat aje.

Tu semangat waja tu nak terjah Sogo. Eh, tetibe..

- Posted using my iPhone -

12.3.13

Rumah Baru

Kunci dah selamat ambik last jumaat.

Harap grill dan kipas lampu settle sebelum puasa. Kang tiba Ramadhan, leh gathering dengan sedara mara berbuka kat sini setiap hujung minggu. Boleh tu acara buat kuih raya diadakan sekali.

Amboi..perancangannya. Makan aje..


- Posted using BlogPress from my iPad

10.3.13

Isnin

Alamak!!

Esok dah isnin..tensi! tertekan! stress! Jangan strok sudaaa.

- Posted using my iPhone -

8.3.13

Usaha yang gegeh

Go go gegirl!




Setelah training dengan jitunya dalam buaian, ter realisasi lah hasrat si kenit untuk meniarap.

Si kenits lah anak aku yang sempat meniarap, kakak kakak tak merasa step ini..depa terskip step meniarap dan merangkak, terus duduk dan mengesot, berdiri dan berjalan. Mahu tu bila kenits merangkak, depa 2 join sekali.

Si kenits pon tak berapa sihat ni, on off selsema nya. Tu dipakaikan sarung kat tangan, mengelak dia menggaru tinge. Ntah, tergaru aje 2 hari ni tang cuping tinge itu.

Banyak kojer jugak yang bergelimpangan kat opis tu. Dah hari ni jumaat, last day kojer, kene ambik kunci umah, kebetulan minggu pre period yang menjejaskan stok susu, si kenits pon tak berapa molek kesihatannya, makanya terpaksa lah mencutikan diri hari ni nampaknya menyetel banyak perkara berbangkit sepanjang minggu ini.

Semalam dah tai chi skit kojer to ahkak P.A. Awas, peringatan! Jangan pandang clerkkkk sebelah mata hokayyy! Yang tu secara khususnya! Yang secara umumnya, jangan lah suka pandang rendah kat orang lain. Sesekali puan clerk nak di naik taraf, haa mengalahkan tahap senior seksatari gitu. Makan dalam musuh musuh berbungkus selimut. (Semoga yang terbaik untuk mu ahkak PA! Kalau masyuk, jangan lupa open table untuk kami di Tony Romas. Ahahaha. Sempat lagi set reminder makan di sini!

Tapi makan hati berulam jantong la tak bergaji gaji lagi minggu ini. ADUDU betul! Itu elok aje membungkuskan diri dengan selimut kat umah macam aku! Zzzzzz...

Chauu..

- Posted using BlogPress from my iPad

6.3.13

Semuanya OK!

"Semuanya kan ok!"
"Jangan ragu, segalanya kan berlalu"

Aku ambik petikan lagu rap kumpulan KRU - Semuanya Ok tajuk lagunya. Maklum lah peminat KRU di era 90an dulu la katakan. Tapi lagunya pasal perasaan wanita dalam percintaan. Tak kene mengena lah dengan aku pon sebenarnya walaupon aku seorang wanita,isteri,ibu dan...(over di sini nam tambah tambah)

Aku secara seriusnya merujuk kepada dunia kerjaya aku ni lah. Bertahannya aku di opis ni sebab dasar kurang mengesah inilah. Semuanya ok, kot mana baik atau buruk, segala yang tersurat dah qada qadar kita kan, so just face it..(Ewah omputih pulak kat belakang itu).

Tak lupa sentiasa doa dan pikir yang baik baik. Positif sokmo lah kalau boleh kan.
Bercakap, menulis senang..nak praktis? Ermmm..Sendu lah jugakk.

Stress semakin melanda..Kat opis, gitu gini hal, harap dapat lar dikurangkan bila ke jalan kebun nanti...

Ahaha. Propaganza disitu...

In Sha Allah, esok dah boleh ambik kunci rumah itu, (oppa gangnam style sikit).

Namun sebab kekangan kojer yang tak menghabis menghimpit nafas, terpakse lah dipospon ke hari jumaat yang mulia ini.
So, geng komuter kurang lah sorang jumaat ini.



Kebetulan pulak hari ni ada 2 orang tu suami kurang sayang hari ni, memasing konvoi balik ke arah Shah Alam.Ahaha. Saja ambik gambo, minggu depan mak boyong bakal meletop, dah tak leh bergabung.

- Posted using my iPhone -

Penkek o Penkek

Awal bulan kannnn, anak tekak mengada ngada nak makan lain sikit dari hari biasa. (Macam lah dah gaji. Sebenarnya ini hasil berkat menabung. Sikit hari lagi leh beli cincin pulak yer). Tok Mah Pak Jib jangan mara yer. Hehe.

Maka check in lah kami ke sini - Paddington House of Pancakes Midvalley.

Lokasi kat LG - bersebelahan dengan Tony Romas. Nyaris nak masuk Tony Romas. Nasib lah duit syiling jatuh ,lantas kami terinsap lalu menyedari bahawa poket memasing koyak membawa syiling..

Dah terang lagi nyata restoran ni signature dish nye adalah pancakes aka lempeng. Lempeng pon lempeng lar.




Pancakes KLCC tower ke hape ini? Gambar yang sangat mengujakan.




Lastly, 3 orang gi Itali,sorang sesat menjala ikan. Yang pi Itali order creamy pasta dan yang menjala dapat ikan dowry lalu dipanggang.




Menu mencuci molot pulak manggo puree pancake ice cream. Terbaek lah di musim panas terik ini.




Interior design restoran ni a little bit moden. Kitorang pilih meja kat sudut corner. Sonang nak beraksi katakan.. Aksi apa??




Amboi, senget benget ha kapla berposing. Mau tido pon boleh, bantal sudah tersedia. Hahaha!
Takut tak tengok gelang kak ton??? Kak ton dengan fruit punch nyer.




Mak buyung yang pastinya bersyukur dapat melepas hajat nak makan lempeng. Lepas ni pantang tau elok elok! Kalau teringin lempeng lagi, boleh...makan lempeng tepung jer la.




Next?? Tunggu lar gaji dulu.

- Posted using my iPhone -

2.3.13

Hujung minggu ini

Jumaat, sabtu dan ahad.

Bosan lah minggu ini, En Dol tak de. Bebudak pon keluar masuk keluar masuk umah, kejap main kat luar pagar, kejap bergayut kat pagar...macam macam.

Masing masing sekreatif mungkin mengisi masa masing masing.

Macam mana lar Auni nak tido, ada makhluk gergasi bergayutan di tepi.


Gitu lar kalau apak tak de umah. En Dol otsteson ke Langkawi 3H 2M. Ada worksyop.

Sebut Langkawi, kali ni nyer trip aku kirim coklat aje. Ferrero, daim & whittakers. Whittakers almond tak tahu cam ne rase. Sekalian alam kata sedappp. Kalau kirim air liur, dapat coklat pree tambah sedapp.

Visyens? Korel? Pairex? Tak merembes plak kali ni nak mengirim.

Sebabnya keterujaan dah terhala ke arah lain. Apa tu? Tungguuuu. Tapi kak kiah banjeros ni jadi ke tak ni??

- Posted using my iPhone -