Stalkers


Yang kesah

5.1.12

Skodeng Skodeng Sopie

Baru sempat nak hapdate. Ini lah modalnya..anak masuk tadika/sekolah. Al maklum sesi persekolahan start semalam. Untuk Sopie, semalam pulak adalah hari orientasinya.

Agak merisaukan sebab ini kali pertama dia ke tadika. Perasaan risau memang ada sebab dia perlu berdikari lebih tahun ini untuk travel dari / ke rumah dan tadika dengan van.

baru berlatih pakai baju

Macam semalam cuma dapat ajar dia pergi tadika dengan van, tunjukkan kelas ,tempat duduknya dan ajarkan dia bezakan toilet girl/ boy. Asalnya ingat tak nak cuti hari ini sebab  yakin Sopie boleh bawa diri dia, lagipun bukan Sopie nak pergi stadium Bukit Jalil, pergi tadika jer! dan kat sana ada ramai guru-guru yang pasti akan membantu.

Tapi, rasa macam tak puas hati jugak kalau tak tahu macam mana keadaan Sopie masa sampai tadika tu, so aku dan en hubby pun melancarkan misi skodeng-skodeng Sopie. Selepas Sopie naik van ke tadi, kami pun bertolak ke tadikanya tapi kami sampai lebih awal , sebab van Sopie perlu hantar budak tadika lain.




Menunggu si mangsa tak sampai, so aku suruh partner skodeng pergi kerja dulu la. En hubby ada meeting pukul 10, so misi skodeng akan di lakukan oleh aku sorang jer la. Tak pe, aku professional!

Tak lama, muncul Sopie, turun dari van di bantu oleh pembantu kat tadika ni. Then, sampai pintu depan, Sopie pun buka kasut dan melangkah masuk dengan jayanya sambil menjinjit kasut di tangan kiri dan beg yang berat kat tangan kanan menuju kelas Ummu Zulaikhanya.. Aduh, bagus anak ibu! Ingat pesanan ibu yang di ulang-ulang sejak semalam!

Tapi geram pun ada, sebab tak de sorang guru pun kat depan tu, sebab masing-masing sibuk uruskan kelas memasing. Hampeh!!! Nasib anak aku kuat ingatan. Sebenarnya, terlebih dahulu aku dah buat sendiri name tag untuk Sopie.

So, aku terjah pulak Sopie dalam kelas. Dia dah selamat duduk dalam kelas. Semalam aku chop dia duduk kat tengah , barisan kedua..supaya dekat dengan kipas. Ha ha ha! Aku kesian sebab dia pakai tudung kan, takut dia tak selesa kalau panas.

Dalam 5 minit pembelajaran dia, aku pulak duk skodeng-skodeng dia kat tepi tingkap, dia perasan pulak aku tepi tu. Argh, kantoi!!! Apalagi! Tersengih sengih lah dia time tu. Cepat-cepat aku bisik kat dia dan bye bye dia, aku cakap aku nak pergi kerja. Cepat-cepat aku blah. Toleh-toleh jam baru pukul 8.06 pagi.

Mengingatkan banyaknya baju kotor dan beg sekolah kecik tak basuh, aku terus sms kawan kat opis, aku nak cuti full day hari ni. Kebelakangan ni cuaca panas. Elok memerap kat rumah jer la.

Sopie juga berjaya balik ke rumah dengan jayanya walau semalam tak sempat nak ajar dia balik dengan van, sebab semalam balik dengan Pak Su nya sebab sesi orientasi semalam habis awal.

Harap-harap dia sukaaaaaa jer gi tadika, jangan lah buat hal malas nak belajar pergi tadika. Pendek kata, kena kerap mandrem Sopie malam-malam dengan kata-kata motivasi dan positif.

Terima kasih untuk Sopie sebab tak buat perangai , hatta menangis!

Sebagai persediaan, aku pakaikan temporary name tag untuk Sopie sementara tunggu dapat name tag dari Pasti.

d.i.y dari name tag seminar RTW last yr...ada ku kesah?

Takut-takut Sopie salah masuk van, aku buatkan satu key chain yang ada alamat dan no hp kami as parents in case Sopie tersesat masuk van ke dan sangkut kat beg dia.  En Hubby gelak sakan kat aku esp kat name tag tu. Banyak lah dia punya gelak! Ni namanya bertindak sebelum terkena la. LOL! Dan Sopie selesa memakainya hingga ke akhir sesi.

Tiada ulasan: