Stalkers


Yang kesah

29.12.11

Kau milikku

Tak dramatik betul ending cerita Tentang Dhia tu, suami isteri meninggal dunia endingnya...aduh, sedih jugak tu. Tapi pernah jadi kat nenek sepupu aku, isteri meninggal pagi hari, lepas kenduri, malamnya suami pulak meninggal. Masyaallah.

Kau milikku adalah novel terbaru yg di beli secara online dari kaki novel. Daftar jadi ahli secara free, setiap langganan dapat diskaun rm4. Yang best pos fee pun foc.

Contoh aku beli kau milikku, harga asal rm23, beli online dapat rm19 dan ku memang just bayar rm19 sahaja. Ni baru syok beli barang online.

Sambil buat kira-kira, bergosip dgn kak kiahs dan mengadap tepon sekalipun buku tebal 702 ni dah habis baca.

Masalah! Isk isk isk



- Posted using my iPhone -

27.12.11

Ya habibi ya maulana

Tengah proses melatih Sorfina belajar pakai tudung, next week dah nak ke tadika. Semalam dah bayar duit yuran dan buku-buku. Memang bayar budak tadika mahal, tapi sekali bayar jer la.


Sarah pun poyo nak juga berrtudung, tudung hadiah Tok Tam baru balik tanah suci.


- Posted using my iPhone -

26.12.11

Wrap wrap wrap

Breakfast hari ini. Breakfast orang malas.daging burger goreng dengan sos masam manis dan salad.



- Posted using my iPhone -

23.12.11

Pencuci mulut lepas dinner

Memang sedap...uwek!
Sudah 2 hari setengah makan dessert ni, itu pun on off sebab mengantuk lah.




Pil tanda C+ tu untuk sakit tekak & paling memualkan baunya. Betul ke klinik tu bagi untuk sakit tekak.

Warna pink tu ubat demam, tapi konpius kalernye pink siap tulis paracetamol BP lagi. Was was aku dengan ubat ni juga.

Yang kaler oren pulak antibiotik. Selalu dalam kapsul belang-belang.

- Posted using my iPhone -

21.12.11

siakap simpang 9

triple s gitu..siakap simpang sembilan.
makan tengah hari menu siakap stim di simpang sembilan, penang.
aktiviti pada hari isnin, al kisah ahli ahli kerabat masih keletihan kenduri kendara semalam.
jadi, puan cikgu yang bercuti sekolah di suruh memasak untuk kami.
menu adalah siakap stim dan seangkatan dengannya.

siakap stim, kailan ikan masin, sambal kicap dan sardin goreng

model bersama abc resepi masing-masing
Tapi, kerugian di pihak aku dan bebudaks sebab tak dapat nak rasa ABC buat sendiri sebab demam.ABC resepi sendiri ni cuma letak ais kepal dengan sirap, susu pekat dan tabur dengan buah pala hiris dan kismis.

20.12.11

Pengantin yang pink


Warna tema untuk majlis kahwin anak buah(Ayu) en hubby yang entah ke berapa. Bakal suaminya(Syahrul) pulak berasal dari Teluk Intan. Uniknya kenduri kat kampung aku ni, memang tak de kompang dan sebarang muzik pun. Masak pun secara gotong royong dengan menumbangkan seekor lembu dan seekor kambing. 

16.12.11

Berombak Rindu di Summit

Penangan Ombak Rindu... Asyik mesyuarat tingkap pasal kutipan Ombak Rindu. Nah, sekali ketua geng beri cadangan konvoi tengok sesama. Aduh,sedih...tapi malu pulak beria-ia nak mengeluarkan airmata depan ahli geng kan.

P/s: ketua geng dan ahli geng adalah opismate ku...

15.12.11

Online voucher free double zinger combo kfc tamat- tak sampai sehari

Lewat tengah hari aku received email pasal voucher online purcahse apa apa jer produk kfc, automatik dapat FREE set double zinger burger . FREE yer tuan-puan sekalian. Aku dah beli combo ni ahad lepas. Harga leg tahan...dekat RM12.

Ni lewat malam, dah kecoh kecoh kat fb, promotion tu dah finished sebab diorang dah out of stock. Bayangkan, anak buah aku belasah beli roti kecik tu 2 ketul, seketul 60 sen yer, tetiba dapat free 2 set double zinger burger ni. Hai, bangkrap KFC ni. Ni mesti bukan kes out of stock tapi baru mereka perasan kebaikan mereka kepada rakyat kot. Ha ha ha!

KFC Malaysia membuat pengumuman promosi sudah tamat tak sampai sehari pun. Sakan lah kena hentam si KFC nya dalam FB. Petang tadi sempat print untuk 3 orang kengkawan. Entah diorang sempat redeem ke tak.

Aku pun tadi ingat nak redeem tapi sebab baru sangat makan, konon nak redeem lain kali lah sebab promotion hingga 15 Jan 2012 tue. Lastly pergi Sub Way nak habiskan balance kupon buy 1 free 1 yang dah nak expire esok.

14.12.11

Invisible like Skylar Grey

Jatuh cintan pulak dengan lagu ni sejak first time tengok vc kat astro hits. Muzik dan suara dia ala-ala Sarah Mc Lachlan. Aku suka lagu Adia. Lagu febret aku masa form 3 dulu. Tak heran la, rupanya Sarah Mc Lachlan ni memang memberi pengaruh kepada muzik yang di bawa sekarang. 


Penyanyi, penulis lagu dan penerbit album yang berasal dari US berusia 25 tahun. Nama betul ialah Holly Brook. Tapi tahun ini dia mahu di kenali sebagai  Skylar Grey.
" (grey), represents the unknowns in life" 
Macam-macam. Aku tak suka grey tapi lagu grey ni aku suka yang ditulis sepenuhnya oleh dia. Hayati baik-baik lirik. Nak dengar lagu ni? Dengarkan kat SINI


Gambar kredit to her official fb.
Invisible by Skylar Grey

11.12.11

Snack box time

Macam faham faham jer bebudaks ni parents cuti, paksa bawa mereka ke Giant KU setiap weekend/ Kalau dah ke sana, balik mesti kena singgah kfc dulu.






Tuan tanah pun nak interframe sekali. Macam aku berkata sesuatu...



- Posted using my iPhone -

Spagetti Bolognise ala Soto

Nampak dalam Masterchef Malaysia, yang part penyingkiran peserta kena buat kuah spagetti bolognise. Terlayan pulak Masterchef sebab buat spagetti bolognise lunch tadi.



Tapi yang ni aku buat guna daging ayam yang direbus dan dicarik-carik. Dah macam soto lah pulak. Apa ada hal. Habis jugal dibelasah oleh ahli-ahli terhormat rumah ni. Sebab campur dengan stok ayam , kurang lah kemasaman para tomato sekalian. Sopie pun suka..


- Posted using my iPhone -

9.12.11

Pegi Balik ke Permata Petronas

Macam dah cerita kat entry lepas, aku ada briefing pasal lesen Petronas untuk tahun depan, 2012 jumaat minggu lepas.
Aku perasan ada yang search pasal Petronas Learning Centre aka Permata dan tersangkut kat blog ni.
Percayalah tuan/puan, aku pun search kat google macam mana nak ke sana dengan pengangkutan awam.

Jadinya, aku ingin berkongsi tips ke sana menggunakan kenderaan awam.



8.12.11

Tudung Untuk Sarah

Suruh kakak berlatih pakai tudung, adik pulak yang bersemangat. Tengoklah...

7.12.11

Layan...

Layankan si kecik ni, si kakak dan ayah dah tidur. Tak pepasal berjaga menemankan kecik layan video kartun tom n jerry kat you tube. Kalah mak dia--> aku lah tu. Aku cam halusinasi dah ni, budak bertuah ni tak mengantuk lagi.

Tengok jerry angkat berat, kecik pun angkat berat sama..adoi, berat mata ibumu ni dikkk!



Kakak dan ayahanda sudah selamat beradu..bondamu bila?



- Posted using my iPhone -

5.12.11

Plain Jane Bukan Hanya Sesaat

Dua novel yang disambar pada jumaat lepas , hari yang sama tapi waktu berbeza.

Terjumpa Plain Jane di kedai buku di Klang, berhampiran komuter stesyen Klang. Kebetulan nak cari disket, tak sangka terjumpa ni. Ramai yang kata susah nak jumpa novel ni. Dalam hujan lebat selepas selesai seminar kat Permata Petronas Bangi, sambar jugak novel ni.

Novel ni macam kisah realiti, tentang seorang gadis yang hidup sederhana tetapi tiba-tiba berubah menjadi luar biasa. Bertitik tolak dari percintaan dengan Zaniel, lelaki yang ala-ala serba perfect, merubah kehidupan sederhana Siti Nur Balkis. Kerana mengikutkan kesempurnaan Zaniel, Balkis hampir kehilangan keluarga tersayang , ibu, Bak, Babang dan Badek, tak lupa juga Lilee dan Apis Milo, teman sekuliahnya.

Dapatkah Balkis menyedari kealpaannya? Benarkah Zaniel Mr Right nya?

Poli moli joli

Haha...sesuka jer tajuk macam tu. Nak citer pasal tudung pergola polycarbonate yang bulan lepas dah war war tu. Sekaki kosnya RM4. Total bersama bingkai adalah sebanyak RM350. Uv protection shield ada warranty 10 tahun. Upah pasang tidak ternilai sebab en hubby pasang sendiri lor