Stalkers


Yang kesah

29.9.11

Penatnye berlakon

Aduh..susah jugakkan kalau semua benda kena buat sendiri. Elok pulak petang ni ala ala kena sampuk, aku pi berlakon dengan skrip sendiri lagi. Elok pulak jiran tetangga sudi berlakon sekali..one man show tak kelas ler kan..Mesti lah wonder pets show kan..

Actually kami ni dalam misi nak menyiasat kes kehilangan kertas kat opis aku di tingkat 3.
Maklumlah sejak hantu bonceng melonjak di pasaran, bermacam jenis hantu pun ada kat tingkat 3 tue.
Mana tak hantunya..file melambak, isi kandungan file pergi mana? Ada yang kata file tu berjalan-jalan lalu meloloskan diri ke dalam tong sampah dan menjadi habuan MBSA. Yang lebih menyeramkan tue..dengar dengar kertas kertas tu sendiri melacurkan maruah mereka, menjual diri mereka di kedai kedai bahan kitar semula. Amboi..tak ke naik bulu roma korang akan fiil kertas kertas ni. Takkan kertas tu boleh gerak sendiri pi kedai tue kan. Mesti ada hantu yang buat kerja ni kan..itulah yang kami tengah siasat.

Petang tadi dah ku palam separuh makhluk yang disyaki. Lewat petang aku palam lagi dia sampai habis..Dah lah tak mengaku dia buat, di jual pulak nama hantu yang lain, lepas tu hantu siap planning nak buat lagi kerja terkutuk tue. Bawak sabar jer la. Hantu ni kalau ceramah bab keagamaan memang dia juara lah..padahal nan hadoooo

Aku dengki ke dia jual harta company? Bukan, masalah dia jual, dia cakap orang lain jual. Duit kenyang dia tibai sorang-sorang, lepas tue mengaku dia tak ambik apa-apa. Lagipun dia memandai jual tanpa kebenaran yang jelas dari pihak sepatutnya.

28.9.11

Selamat Hari Raya

Esok dah menjengah kite ke 30 Syawal..hari akhir umat Islam meraikan Aidilfitri.
Sepanjang hayat usia di bandar Shah Alam ni, raya tu lebih kepada aku menerima jemputan rumah terbuka pada setiap hujung minggu dan juga hari hari biasa. 

Undur masa ke tanggal 1 Syawal yang lepas..banyak kenangan manis pada waktu itu. Kenangan kurang manis? Ada..menjadi ingatan sebab pertama kali menghadapinya. Selama 28 tahun hidup ni, 1st time lah aku tertinggal baju raya. Buat persiapan awal kemain, sekali tertinggal pulak bajunyer. Lastly, baju kurung yang aku dok laram kat opis kaler biru jer ada dalam beg. Terpaksa lah sarung jugak! Untuk cik abang, mujur ada sepasang lagi baju melayu kaler biru nye belum siap jahit dekat kampung. Tak de lah spoil sangat kan. Dapat gak kami sedondon..bebudaks pakai merah. Kita merancang, tuhan menentukan. Aku terlupa pasal baju raya kami tu sebab leka mencari minyak TYT Daun Ubat. Korang tahu? Baru beli minyak tu..untuk hilangkan gatal gatal kesan gigitan binatang, buat sapu kat perut baby pun okay. Lastly, minyak tak jumpe, baju tertinggal.

"kadang-kadang..Allah sembunyikan matahari.. Allah turunkan hujan dan kilat... kita tertanya tanya..ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..

24.9.11

Raya Raya Taman


Tahun ini adalah tahun ke 4 taman kami menganjurkan jamuan raya. Selalunya, ongkos nya datang dari collection bulanan dan ada collection special sempena raya ni akan dibuat.

Tahun ni, majlis sambutan diadakan pada 24 Sept 2011. Menu utama adalah kambing boer menjadi korban sebanyak 2 ekor, di golek & grill bersama sos black pepper. Menu lain adalah nasi minyak, rendang ayam, kari daging, nasi impit dan lemang serta kuih muih. Lemang ni special sebab buat dan bakar sendiri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh ketua penduduk dan bacaan doa dari ustaz jemputan. Selepas tue di adakan pula acara penyerahan duit raya kepada budak2 taman oleh AJK taman. Diikuti dengan upacara cabutan bertuah. Tahun lepas aku bertuah sebab dapat hadiah ..penapis untuk makanan yang digoreng. Kebetulan en hubby outstation ke JB, terpaksa lah pulak aku jadi wakil ambik hadiah.
Apa hadiah tahun nie?



bertuah sungguh rumah no 31 ni yer?


20.9.11

Raya Raya Opis

Sempat lagi dengan bajet yang halus mulus, SSRC menganjurkan jamuan raya dan meraikan belated birthday buat bosses terchenta pada 14 Sept 2011. Biar sederhana, asal matlamat terlaksana..
Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari. Menu makanan kami adalah Briyani Special bersama ayam masak merah, jelatah, dalca sayur, ketupat dan lemang bersama rendang ayam. Kuih kuih raya sumbangan sharing is caring dari staff dan sedikit buah buahan untuk sumber pelawasan..wakaka.

birthday cake dengan tema yg menyayat hatiku..terusik tapi tak berdarah yer
hanya sumatecian yang tahu..

majlis utama - ucapan dan potong kek oleh big boss

penyerahan duit raya- terketar tangan bukak green pau..note hijau beb..
what u expect? 50 ringgit ka? bangkrap oo company


wanita wanita perkasa..setia pada pasangan, setia pada sumatec..
wakaka..motto baru kami, jangan termuntah yer..

19.9.11

Hantu Layannnnn

Ambik kau..free jer aku kasi title hantu..Hantu Layannnn
Melambak sangat dah title hantu..hantu gigi la, hantu susu la, hantu kak limah lah, terbaru hantu bonceng..
Hantu gigi sebab gigi dia buruk..hantu susu suka minum susu. Hantu kak limah balik umah jer la..hantu layannnn ni korang tahu jenis macam mana?
Hantu ni suka bercerita..mereport report kerjanya. Aku bagi jer title Hantu Layannn..tang layannn tu kalau sebut panjang sikit na..barang 2-3 harakat.
Hantu layannn..sampai aku tak terlayan lah dia punya citer..asik bercerita jer kerjanya. Kita pun layannnn jer lah. Kalau aku bosan, aku pulak menjelma jadi Hantu Bo-Layannn..
Hisyh..geram aku kat hantu sekor nie!

Sorfina Alya..4 tahun

pada tanggal 18 September 






16.9.11

Kulaan Beraya

Korang tahu maksud kulaan tu? Dalam bahasa Banjar maknanya sedara, adik beradik. Ahad lepas, 11/9/11(cantik pulak tarikhnyer) aku menjemput kawan kawan lama Kak Mas dan Kak Eka, dulu satu opis. Sekarang memasing bawak haluan sendiri, aku jer lah setia dengan company lama ni.
Nak tahu apa persamaan kitorang nie? Kami ni kait mengait dengan orang Banjar. aku dan kak Mas memang asli Banjar..Kak Eka plak husband nyer Banjar. Itu yang menguatkan hubungan persahabatan tu. Aku rasa ni dah raya kali ke empat kami kunjung mengunjung antara satu sama lain.


Mereka sampai ke umah aku dalam jam 2 petang. So, menu hari tu untuk mereka pada asalnya nak buat nasi kerabu. Alih alih tukar..renyah ler plak nak buat Nasi Kerabu Pok Sam Mok Tie nyer. Aku hidangkan nasi jagung jer bersama ayam masak merah, gulai daging , jelatah dan papadam. 


Lepas tu kami singgah pulak ke rumah Hamidon, pun kawan lama gak. Dia baik dengan Kak Eka. Kat sana pun dia hidang nasi campur. Rezeki, jangan ditolak. Lepas tu petang sikit baru gerak ke rumah kak Eka kat Taman Sentosa Klang. Dia hidangkan kami laksa utara.. sesuai, dah lama aku tak makan laksa. Kat situ ler baru sempat berposing..





Ziarah Jiran Tetangga


Gambar kat bawah ambik masa jiran tetangga datang ziarah Jumaat tadi. Gambar diorang datang tak berani plak nak ambik, sah diorang cop aku poyo laks. Lebih kurang 30 orang jugak lah yang datang semalam. Menu semalam mee goreng, pisang emas, tembikai dan puding gula merah. Tak guna juga nak masak banyak sebab semalam pun ada 3-4 buah rumah jugak turut buat open house. Perut pun mana boleh lebih muatan kan



6.9.11

Kelas kau Jah..

Tak raya lah kalau tak de kunjung mengunjung di hari raya.
Tak meriah raya tanpa hidangan raya.
Tak meriah raya tanpa air ribena..
Dek dialog sharifah shahirah dalam iklan ribena raya..terus jadi modal kami mengusik tuan rumah yang hidangkan air ribena untuk kami hari raya tu hari..kelako, kelako

5.9.11

selamat hari raya

Alhamdulillah..selamat jua kembali ke Shah Alam ni sabtu tadi, jam 1.30 pagi.
Maklumlah bertolak lepas maghrib jumaat tu..ikut jalan lama, nak elakkan kesesakan kat highway PLUS.
Selamat hari raya untuk semua..tak sempat nak post masa raya hari tu sebab berukband nya lembab sekali..
Agaknya orang orang kuning(Digi) tu semua pergi beraya collect duit raya kot.