Stalkers


Yang kesah

24.9.11

Raya Raya Taman


Tahun ini adalah tahun ke 4 taman kami menganjurkan jamuan raya. Selalunya, ongkos nya datang dari collection bulanan dan ada collection special sempena raya ni akan dibuat.

Tahun ni, majlis sambutan diadakan pada 24 Sept 2011. Menu utama adalah kambing boer menjadi korban sebanyak 2 ekor, di golek & grill bersama sos black pepper. Menu lain adalah nasi minyak, rendang ayam, kari daging, nasi impit dan lemang serta kuih muih. Lemang ni special sebab buat dan bakar sendiri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh ketua penduduk dan bacaan doa dari ustaz jemputan. Selepas tue di adakan pula acara penyerahan duit raya kepada budak2 taman oleh AJK taman. Diikuti dengan upacara cabutan bertuah. Tahun lepas aku bertuah sebab dapat hadiah ..penapis untuk makanan yang digoreng. Kebetulan en hubby outstation ke JB, terpaksa lah pulak aku jadi wakil ambik hadiah.
Apa hadiah tahun nie?



bertuah sungguh rumah no 31 ni yer?







Adapun, gambar semasa bbq tak de aku ambik. Mahu terkeluar bijik mata Opah tengok aku ke hulu le hilir jadi fotografer..Huhuhu So, tak dapat sharing & caring gambar gambar majlis. Elok rasa perut dah capai matlamat, terus bawak balik budak budak ni ke rumah..Masing masing dah mengantuk dan kepenatan bertawaf di taman permainan tadi..

Tiada ulasan: