Stalkers


Yang kesah

28.2.11

walimatul urus @ segamat

Terima jemputan walimatul urus dari sepupu perempuan a.k.a anak sedara emak aku pada 27 Feb, Ahad.masa zaman kecil kecil cili padi pernah datang sini. time tu pun, masih belum sekolah lagi. Dah ingat ingat lupa. Yang paling aku ingat, aku asyik muntah muntah dek mabuk naik van. Bersempit sempit.
Majlis di adakan di Felda Selancar 3, Muadzam Shah. Dilah ni anak ke 3 dari 7 beradik. Pengantin lelaki pulak berasal dari Segamat, tapi sekarang bekerja dengan Syabas kat Seri Kembangan.



Actually, planning nak gi sana pagi ahad, pergi hari..tapi sebab ramai sedara mara dah gerak gerak khas pagi sabtu tu, so kitorang geng bas sekolah(en hubby,aku, mak,amin,sopie & sarah) pun bertolak ke sana lepas zohor ,lepas selesai urusan jual beli 'lips' si gino. Rushing sangat, sampai tertinggal camera & adik aku tertinggal beg pakaian. Natijahnyer, terpakse destinasi bajet amik gambar pakai hp. Gambo pengantin pun x sempat snap. Lastly, sampai sana dekat maghrib jugak lah. Puteri puteri pun dah lembik lemau sebab mabuk. Lebih kurang 4 jam jugak lah perjalanan nyer ikut Segamat, Johor.


Majlis diadakan secara gotong royong oleh penduduk setempat. So, kami yang datang ni x de lah nolong banyak. Nolong makan der lah..Memang meriah, malam ahad tu ada plak segmen "suka suka karaoke" aka SSK ala ala bachelor party untuk si pengantin. Si pengantin & adik adik bersakan lah berkaraoke hingga jam 12.30 pagi..sib baik suara sedap. Aku rasa kalah lah sore bebudak opis aku huhuhu. Sedap sedap suara pun, capang gak lah telinga tahap ceplos sebab ganggu kitorang tido. Dah la letih dalam perjalanan, nak lelap mata pun susah. Budak budak ni pun dekat jam 11 malam baru nak tidur. Tu pun setelah aku bertukar jadi makhluk hijau si Hulk Hogan. Rumah ni atas bukit, so waktu subuh memang sejuk giler lah speselly tapak kaki aku.Panas susah nak tido, sejuk pun susah nak tido. Nyamuk nyamuk pun best tahap dracula twilight..dapat hirup darah orang bandar.


Majlis nikah diadakan pada sebelah pagi ahad tu kat masjid berhampiran. Sebelah tengah hari pula majlis sanding dengan tema biru turqoise. Kitorang pun gerak balik ke SA lepas pengantin dah bersanding,lebih kurang jam 2.00 ptg. OTB, singgah jap kat Jelai, ziarah kakak ipar.  Rehat dlm sejam, baru continue perjalanan. Jam 6 lebih baru selamat tiba ke SA. Nak singgah Nilai 3 pun x de mood, sebab si puteri puteri mabuk & muntah lagi..Nanti bulan 7 lah singgah Nilai pulak sebab abang si Dilah ni plak nak nikah. Kena simpan duit sebab nak bercuti cuti malaysia plak weekend ni.
pelamin biru


pengantin nyer x de

17.2.11

Rezeki jangan di tolak, ayam & pizza mari mari

Event di sponsor oleh opismates yg menyambut raya cina baru baru ini dan tidak larat meng’organize’ open house utk kami semua..

Kami terima & redha jer..orang nak belanja makan FREE kan, susah per.. makan jer, makan jer..x kuar seposen pun duit

Terus raser best yang amat..lagilah ayam panas panas dan pizza dominos yang panas panas jugak. Makan beramai ramai dalam suasana yang sejuk sejuk.

Jejaka jejaka dapat melahap sekejap jer, dah buru buru nak mengerjakan solat jumaat.



dominos hot
Wanita wanita nya pulak makan bak finalis finalis Gadis Melayu ..amik ayam seketul, pizza sekeping..sembang sembang sembang. Sekali dah masuk mulut, wanita wanita tak ingat dunia dah..terus nak tambah ..tambah lagi..dan tambah..
wanita wanita gembira

16.2.11

mee rebus maulidur rasul

semalam cuti umum Maulidur Rasul
x de plak terlibat dgn mana mana perarakan
mahupun ceramah ceramah bertauliah 
jadi, aku pun merendek seorang diri kat dapur jer lah memasak
terus baik punya cilok resepi dari sini
cam teringin nak makan mee
dah lama x makan mee
asik asik makan nasik
kot kerjakan sawah padi ker
x per lah makan nasi tiap hari
jarang jarang aku x makan nasi
kadang kadang je makan mee


mee rebus perak
en hubby : makan 2 x, lunch 1x, petang 1x
mak : makan 2x, lunch 1x, petang 1x
aku : makan 2x, lunch 1x, dinner 1x
sopie : makan mee shj-main main
sarah : makan mee shj - main main main dan main
adik laki aku : makan tambah 2x masa dinner, sbb dia kerja smlm


kalau de, daging rebus sedap gak..sebab rasa kosong jer
baru jer pas makan nasi daging
tu malas dah nak tambah daging



13.2.11

Jom Masak : Nasi Daging Air Asam

hari ahad, hari bersama keluarga
sebab malam semalam dah keluar jenjalan ke k4
so, hari ahad bersantai kat umah
cam biasa, kalau nak try resepi baru
mesti surfing sini jer la
sebab selalu masak2 ikut resepi situ menjadi kot
ingat nak try buat nasi kerabu
tapi cam renyah sikit penyediaan nyer
sebab pagi ni agak heavy menu bekfes
nasi putih dan sambal ikan bilis beserta telur mata
so, yang lunch punya nak simple sahaje
terus terdetik kat hati
nak masak nasi daging
nasi putih pagi punya pun ada lagi
so, nasi daging just buat ngam2 utk 5 orang sahaja
memang  99 % ikut macam resepi ini kecuali
beras tu
guna beras biasa jer, x de basmathi

pingganku yang simple..haruss

Penyediaannyer mudah dan cepat
Tang rebus daging sampai empuk tu jer la lama sikit
Nasi tu rupe, kaler & rasa mcm nasi tomato

9.2.11

Party Bajet (Full) : Monyet Gembira Dapat Pisang

Actually, susah nak arrange birthday party yg ala ala surprise tahap gaban kat mamat sorang ni. Hari isnin tu beliau dah tunjuk tanda2 sakit demam pembawaan budak barangkali.




Sebab tu, dah pesan awal awal kat beliau, jangan x datang kerja masa birthday tu. kang sapa nak makan makanan yg kita masak & special cupcakes tu.



rose 1 Malaysia


So surprise tahap langit ke 7 lah pulak sebab  beliau menerima kunjungan bunga ros ala2 tema 1 Malaysia gitu sbb colourful sangat..sapa lah yg bagi? Istri lah tu..so romantic, order bunga..bagi husband kat opis..


Mamat sorang ni trademark dia monyet lah..sikit2 panggil orang monyet tak pun korengger , monyet gak maksudnyer tapi dlm bahasa tamil lah. Sebab this year rasa nak order cupcakes..sesuai lah taruk decor icing theme monkey utk beliau. Selain cupcakes, menu semalam adalah nasi lemak rendang ayam. Rendang chef Norr masak kat umah. Nasi lemak home made ok,opsss opis made ok.



monkey & banana cupcakes

besday boy w pose ala2 akua

8.2.11

raya kelima

try kira berapa?
boss bagi, opismatec bagi & ex-opismatec bagi jugak
siap sampul raya tu 
tak tahan

balik kampung

Di suatu malam yg dingin..dek tiupan midea aircond 25 degree celcius..


Sayer : eh, kite nak balik kg ke raya cine ni?
Dier   : balik ah
Sayer : boleh balik, tapi senin 7hb tu kena kerja dah la..ganti orang
Dier   : okeh

So, pagi Rabu tu dlm kul 9 pagi , kami(en hubby,aku, mak, amin, sopi & sarah) pun memulakan perjalanan. Cam biasa, ikut jalan lama melalui Klang-Teluk Intan-Sitiawan-Taiping-PB. Normal perjalanan (stop isi minyak 1x, makan & gi toilet), amik masa lebey kurang 5 jam if x de kesesakan lah. Sebab Isnin tu budak2 dah start cuti sempena raya cine ni,  so, otw back to kg ni jalan ok ok jer. x de sesak pun. 
Sekali...salah masuk jalan, terus sampai Lumut. Picnic lah kejap kat Lumut. Ramai tuh orang.







 Tapi kitorang dah siap2 bawak bekal..ada nasi putih, ikan goreng & sambal ayam..Nyum Nyum!!Ala2 dah hilang kebas kaki, baru lah start jalan balik..
Menuju ker destinasi..Telok Pial n Sg Baru.

kg ku kg mu jua
Kat kg ni, ada keluarga mertua lah..bafak mertua, mak mertua..kakak ipar, abang ipar.
Mak & adik laki aku cam biasa, akan stay kat umah arwah nenek aku. Aku & en hubby terus bermalam kat umah mertua. 
Lebey selesa stay kat umah mertua aku sbb umah bawah kan. 
X susah2 nak turun naik tangga. Lagipun rumah ni besar. 

Balik ni pun bukan apa..cuma melawat orang2 tua di kampung. Kalau dah kerja, bila nak pi tengok diorang kan?? Dah la call pun jarang2!! Selain tu, waktu ni lah adik beradik en hubby balik, boleh berkumpul bersama-sama.

Time ni lah,dapat meng'request' masakan2 yg susah nak di jumpai kat SA ni..contohnya, cam asam pedas keladi dan ikan wadi goreng. wadi ni cam ikan pekasam jugak, ni febret orang banjar ni. Makanan simple2 jer, cam masak lemak labu, wadi goreng, keli bakar , ulam & sambal belacan..tapi sbb makan ramai2..memang bertambah tambah makan..
x pasal2 tambah berat badan aku lagi







2.2.11

Party Bajet : Monyet Gembira Dapat Pisang

Collection bajet :-
Boss (di paksa bayar) - RM 50
Kuli Ln(1st bayar sbb dia gaji dulu) - RM 10
Kuli Sa - RM 10
Kuli Nn - RM 5
Kuli Ah - RM 10
Kuli Ea - RM 10
Kuli Pa - RM 10
Total collection - RM 105


Tema Party :- Monyet Gembira Dapat Pisang


(Menu utk 20-25 tetamu)
-Biskut cap monyet - RM 59
-Pisang Emas 3 tandan - RM 50
-Misc - RM 20


Note : Hui, dah terlebey bajet ni..cam ne nak wat?? 
Nantikan party mOnyet utk peminat kamikaze mOnyet
di skrin deskTop/laptOp anda 8 February ini ...