Ustaz Dusuki pesan , " jika kita mengandung, anak itu gugur, walaupun kandungan tu baru seminggu atau sebulan, bagi nama pada anak itu. Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka bagi mereka nama lelaki. Kerana dia akan ada di akhirat nanti. Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih jika gugur, kerana anak itu sedang tunggu kita. Buat amalan kebaikan di dunia dan semoga kelak bertemu di dalam syurga.
Aku ni de la sikit experience gugur, which is aku rasa baru sekitar 4-5 minggu, 2 tahun lepas kot. Yes at that time upt result 2 kali positif. Tak de rezeki kan.
So aku nak bagi nama la jugak, Aidin. Kalau ade Aidin, tak de la kot Aidan kan. Jadi aku mensyukuri segala nikmat yang ada.
Namun, ada info begini pulak.
Sepakat IJMAK ulamak salaf mengatakan, janin yang tidak cukup 40 hari TIDAK DISYARIATKAN samada diberi nama, mensolatkan, atau mengaqiqahkan.
Jumhur ulamak salaf mengatakan anak2 yg mati di dalam kandungan samada kurang atau lebih dari 4 bulan tidak perlu dinamakan meskipun disolatkan.