Stalkers


Yang kesah

13.7.16

Raya 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Tangan di hulur maaf di pinta. 

Tak tau lah bape syawal dah rini,  maklum lah tak berapa celebrate katakan. Ahahaha sedey. Yang aku tau dah set dalam kepala, 26/7 tu dah abis pantang. Pehtu 11/8 dah naik kerja. 


Sepanjang posa ni pak depa la banyak mengisahkan hal depa. Spesel tengs gak la kat tok nek depa. Tunggang tersenget terbalik gak la umah aku..huhuhu redho jer la. 

Walaupon aku ni tak la pantang secara ekstrem, tapi benda basic aku follo jer. Jadi, raya ni memang aktiviti cam rutin harian masa pantang tu diteruskan. Tapi
pesday raya tu syiok sikit la..makan tu upgrade sikit. Dapat makan sup daging ngan rendang ayam kampung. Sesapnye dapat makan ayammmm..


Yang menarik kat gambar ni is pada si pemakai baju kaler ijau tu. 

Special tahun ni, aku hadiah kan kurta  tuk dia. Kaler ijau gitu aku ambik. Nak bagi sedondon ngan baju mil aku la kononnya.Pasrah jer la beliau memakai agaknya kan. Huhuhuhu.

Alhamdulillah tahun ni beliau sihat walafiat dapat beribadat di bulan puasa macam selalu. 


Walau mata pejam..nampak dahi tu berkerut..tanda nya tak lena betoi betoi tu. Peel beralih bulan agaknya. Tak tau lah..yang pasti dari hari kedua kat kampung sampai lah hari nak balik sini tido nye tak berapa lena. Agaknya telinga tu dah matang mencerap segala bunyi kot. 

Next week de check up sebulan si Aidan.  Ikutkan this week tapi misi yg insist bagi date next week, aku ngikot jer la. Kata misi, "takut akak kat kampung beraya lagi". Adeh...raya lah sangat! 

Tiada ulasan: