Bebenornye.. balik kampung sebab ada kampung run.
Menarik lokasi larian sebab tepi ban pecah..tepi laut. Idok ler aku join, aku kroh kroh kat umah je. 6.30 pagi lagi yang berlari dah gerak.
Balik sana pas maghrib hari jumaat tu. Tapi singgah tido kat Ipoh dulu, umah kakak ipar. Umah sendiri lom siap lagi. Hari tu de la calling calling tanya, katanya pending CF ngan Majlis sana. Ada jugak menyinggah sana sebelum ni, tapi tak dapat masuk dah sebab gate depan pon dah kene lock.
Jadinya, pagi sabtu baru gerak balik ke kampung. Elok je setengah jam sampai kampung, dapat pulak call dari pak sedara belah aku admit kat spital Taiping. Teruk gak sampai koma, leher ngan tangan kiri patah. Masa kami visit belah petang tu, alhamdulillah dah sedar pon. Nasib tak amnesia.
Pak mertua aku baru kebah demam nye sebab jatuh katil 2 minggu lepas. Ikutkan sebelum jatuh tu, mak mertua kabor sihat walafiat je sampai boleh la keluar jenjalan kat laman umah. Tu pon selera makannya tak de. Masih rasa tak sihat katanya.
Pagi isnin baru gerak balik sini. Separuh perjalanan aku bantai tido dalam keta. Siyes letih balik kampung ni walau pon aku tidak berlari.
Cuti sekolah kang mebi laki aku balik lagi sebab join penang bridge run tu ngan kengkawan nye. Tak pe haku pon ada agenda gak ni, soon..nak KL walk aje. Huhuhuhu