Tapi tak leh cuti panjang sebab sekolah agama tak cuti pulak.
Jumaat, sabtu & ahad tu gigih lagi aku duk umah. Hari hari masak homecook gitu. Kemas rumah, cuci kain..
Tapi raya pertama cny tu..keluar gak la melayan tekak nak makan steak. Tak gi la kedai pak cik Tony. Gi kedai mak cik Barbarian aje kat laman seni Sec 13. Nama kedai bebenor nye Dwap Barbarian. Vape and grill gitu.
Ade sorang geng basikal laki aku rekomen. Kalau geng rekomen laju je ngikutkan. Lagipon de masuk JJCM gak.
Rib - half slab. Aku makan satu pun dah kenyang. Punya makan ..dan ambik gambo burger aje. Nak jakun2 ambik gambo rib tak dan pulak.
Beef Cheese grill burger kot namanya. Aku dah lupa dah. Sopi layan la menu western gini. 2 orang lagi tekak nye nasik aje. Sib de fries..leh gak layan.
Aku gi tu dalam kul 6 petang. Sedang elok la tak ramai customer lain lagi. So kejap je dah dapat makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan