Stalkers


Yang kesah

30.1.16

Idam idaman

Siam pon siam la janji durian.

Kalau minggu ni tak dapat durian fresh, aku nak beli durian crepe ja kat mv tu. 


Rini dah dapat. Selamat dah ni membelasah 3-4 ulas. Sib baik dah malam, sambung sok hari makan lagi. 

Baru je settle check up monthly last week. Semua normal. Berat last check up masa Dec ritu ngan check up Jan beza 100g aje. Tu yang rasa merdeka je nak membelasah makan. 

Tak tau yang dikendong ni jantina apa. Rasanya kalau scan dah leh nampak ni. Tunggu lapang lapang sat ni baru gi scan.

18.1.16

Mengandung 2016

Perghh tajuk cam semorang mengandung. Cam trend gitu. 

Boleh la tulih sikit sikit pasal perkembangan diri. Kali ni betul betul diri ni berkembang. 

Berkembang masuk 18 minggu dah. Cam ala ala capsicum kembangnye kot. 

Ni pon mata dah cam nak katup..lain kali la citer kembang kuncup segala kan. 

13.1.16

Lepas Meran, Rashid pulak..




Tanak ketinggalan ek. Copy paste dari FB. Tu lah kecoh sangat selfie sambil susukan anak. 



Tapi betul lah, aku tak nah buat la pangai gitu. Huhuhuhu.






3.1.16

Mandi manda di Hotspring Sungkai

Stay la 2 hari 1 malam kat Felda Residence Hot Springs Sungai Klah. Booking kat agoda je, dapat la RM172. Free breakfast tuk 2 orang & entry ke waterpark. 

Nak book masa cuti ph maulidur rasul xmas tu penuh plak. Dapat weekend ni aje. 

Hari pertama tu sampai sana, check in lebih kurang 2.30 pm. Lewat check in sebab soru dulu kat tempat makan yang femes amos tu. 

Lunch dulu kat Nasi Bamboo Sg Klah. Memang ramai orang. Tapi ada la meja. Menu sini masakan kampung tapi tarikannya adalah nasi dikukus dalam buluh. 


Cam skrol besar gedabak tu nasi bamboo nye.Tu la batang buluh nya. Nasi dibungkus dengan daun. Tak tau la daun ape. Sumbat masuk lam buluh utk dikukus. 


Lauk semalam..kambing salai dan set nya. Aku order masak lemak siput sedut , kerabu ,ulam ulam dan tembikai jus. Total bill +- RM30. 


Muko muko yang happy konon duduk hotel. Bilik nye luas juge. Tapi bilik ada bau.Towel pon cam hade bau tak sedap. Tah la, hidung aku kot, lately sensor nye terlebih bau kit. Bath tub, beranda even kecik, iron pon disediakan. 


Kat Taman Teraputic. Pijak pijak batu kat aliran air panas. Leh rendam kaki jugak tapi petang tu ramai sangat orang. Ye la guard tak jaga. 

Ade je tempat merebus telur. Tapi laki aku gi semalam dah tutup tempat nye. Petang petang tu de je guest bawak telur sendiri rebus kat sana sebab tak de orang monitor dah.


Kena beli tiket nak masuk taman dan waterpark hot springs ni. Dewasa RM15. Bebudak RM12. Hari pertama tak beli la sebab kami sampai tak de guard jaga pon. Huhuhu mandi free je la. 2nd day baru beli tiket. Kenit je semua foc. 

Tak tukor baju dah trus depa terjun mandi. Hari pertama ni aku tak join la. Tolong ambik gambor jer. Ni kat mountain springs pool.

Lagi sejenis yang air panas tu tak pegi la..petang pon dah panas. Tak nak la berendam lam air panas lagi. 

Kalau baca review orang lain , kalau nak cari makan sendiri kene keluar ke pekan Slim River tu atau Trolak. Lebih kurang 15km juge. 

Tuk dinner kuar gak makan, tapi kat gerai kecik je betul betul depan pondok polis bantuan kat felda residence tu. Ada masakan panas. Kira ok lah tu..tak de dah pikir nak food hunt sangat. Tapi sedap je masakan akak tu. 

Kami order 3 nasi putih, tomyam tuk 2 orang makan, telur dadar 2 orang makan, daging merah dan air. Kos lebih kurang RM 27. 

Second day tu breakfast ada free la tuk kami. Bayar tuk bebudak aje. RM 35 tuk 2 orang.

Pas breakfast main air lagi sampai kul 11 pagi. Yer la nak bersiap packing bagai, just nice la check out kul 12 pm. 

Singgah makan kat Tanjong Malim. Nak singgah lagi sekali kat Nasi Bamboo pekena tempoyak patin pulak ka tapi kedai tutup plak. Singgah makan Kat Tanjong Malim. Kat shop lot tepi UPSI. Kami pekena nasi ayam kat Saudagaq Sup Junior. Nama pon saudagaq opkos la utara mari punya. 

Femes gak especially tuk student la. Mur mur jugak. Nasi ayam baru RM4.50. Ayam pon sedang sedang. Sedap. 


Hari ni tak de ABC. So aku order sirap bandung. Rekomen sangat. Sedap! Hahaha air paling sedap..sebab panas sangat tadi. Kos makan abt RM19. 

Selama sampai ke rumah lebih kurang jam 3.30 tadi. Ada jem sikit la kat hiway Plus area Bukit Beruntung tu, ada eksiden kat lorong sebelah je pon. 

Bebudak sempat la lena lam keta jugak tadi. Jangan sok wat hal pulak tanak bangun. Aku pon siap siap sudah iron semua baju sekolah hari jumaat tadi. Dah tau nak berjalan..takut sok kelam kabut aje. 








1.1.16

Year end 2015

Akhirnya aku terjaga pada detik 12 malam 1 Januari 2016. 

Hadoi sungguh sungguh pulak anak jiran jiran ni main mercun nye. Macam raya lah pulak! 

Hari terakhir ni agak meletihkan badan kit. Aku terkejor kejor gak gi opis balik tuk event year end gathering tengah hari tadi ni. Bagi muka la kat si putih putih melati tu. 

Pagi nye sempat la datang tuk daftar hari orientasi darjah 1 untuk mek sarah. 


Muka boring je. Rini betul betul taklimat, hari bayar yuran dan collect buku teks. Kelas pon belum tahu kat mana. Tunggu 1st day sekolah pulak nanti baru tahu.  

Suppose rini aku cuti full day. Kalau tak sebab MD suh mai makan..aku gi makan gak la hi tea ngan cik kiah. Tapi dah pospon la event tu hari lain. Senang cari kain dan hi tea sekali. Tak nyenyabor dah cik kiah mencari kain ela.


Ala hari ni kak ton tak dapat join. Dia pon nyetelkan anak nak masuk form 1. 

Gambor pas makan makan tadi. Lokasi kat Absolute Thai Hot Pot Mid Valley. Sebelah Oasis foodcourt tu je.

Food memang sedap. Sedap lah sebab aku memang lapar giler..separuh hari morning break je ngan susu coklat. Pagi tak sempat nak breakfast langsung. Mujur si genit tak menguek. 

1st day masuk opis kang tak jumpe dah la orang British. Tamat nye penjajahan British pada hari ini. Hu hu hu hu.