Stalkers


Yang kesah

4.10.15

Selepas cabut gigi

Alhamdulillah, macam dah tak de sakit. Terjaga malam tadi pon tak rasa pape. Maybe sebab aku cabut geraham depan je..tak banyak komplikasi kot kalau nak banding cabut gigi putri bongsu. Aku pon harap 1 hari ni tak de la gigi ni wat hal. Dah la pain killer tak bagi. 

Sebab doctor pon eksaited ek nak kerjakan gigi aku..aku pon tak dapat nak tanya banyak banyak. Nak telan air liur pon tak leh. Asyik suruh nganga aje. Sudah nye aku tak sempat tanya ni tak leh kumur berapa lama? 

Terpaksa la aku tanya encik google. Tengok sharing info dari blogger lain. 

Antara tips yang aku baca lepas cabut gigi ni, yang penting jangan berkumur. At least 24 jam. Nak elakkan bleeding. 18 jam pertama ni pon kalau bleeding..kene gi balik ke klinik tadi. 

Sebaik doctor berjaya rentap gigi tu, doctor akan suh gigit kapas tapi rupa cam kain jarang kuat kuat tuk stopkan bleeding. Bila kapas basah dah dengan air liur atau darah, kene tukar dengan kapas baru. 

Lidah tu kene jaga. Hahaha susah weh..sebab lidah panjang kan..asik nak skodeng je kesan cabutan tu. Kikiki..nak elak infection. Kalau infection tu lah kang jadi masalah bengkak la ape. 

Digalakkan minum air sejuk berais. Wakakaka aku memang suke..bekfes pagi ni dengan teh ais pon dah cukup. Malam kang dah leh gosok gigi. 

Makanan minuman panas kene elakkan. Pasaipa..takut salur darah mengembang lalu menyebab kan bleeding balik. Penting sangat jangan bagi kesan cabut bleeding nampak gayanya. 

Makan makanan lembut cam sup ka, bubur, bijirin..untuk lunch rini buat sup belen daging qorban. 

Pastu tak leh wat kerja berat berat. Berat tara mana tak tau la. Nasib aku cabut hari Sabtu, leh la rileks hari ahad gini. 

Tu je la antara tips nye. 


Tiada ulasan: