Stalkers


Yang kesah

22.8.15

Halal Funride 2015

Secara rasminya pagi tadi la berlangsung di perkarangan Masjid Tunku Mizan Putrajaya. Perasmian oleh TM di JPM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Start kayuh 8.30 pagi, minit minit pertama pon dah haru..baru fefelin nak belajor tukar tukar gear. Serius! Aku tak penah naik mountain bike ni. Pestime. Training kayuh pon tak de langsung. Hantam jer la labu.


Aku tak concentrate sangat lah ngan angka 28KM tu. Just follow the flow aje. Aku target kayuh slowly dari awal tapi menten kayuh sampai abis. Slow pon slow lah janji beskal tu gerak.

15 minit kayuh pon kaki dah start lenguh. Putus putus napas pon hade. Cam nak pitam pon hade. Dah la panas terik pulak sinaran mentari pagi.

Tapi aku teruskan jugak mengayuh. Tanak la tersadai kat tepi jalan. Dah la tak familiar ngan kawasan ni.



1st medal ever.

Selamat gak sampai garisan penamat selepas 90 minit mengayuh pelbagai gaya.




Acara kemuncak ni..lucky draw. Tapi diri ini tiada luck pula.

Aku memang tak berminat aktiviti meletih gini..jadinya mungkin ni event yg once in lifetime aku buat gamaknye. Ikutkan laki aje nih.



Dia ni gayanya memang semangat sungguh. Harap harap tulang belakang tu tak de terslip lagi.

- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: