Stalkers


Yang kesah

30.6.15

Potluck Iftar 2015

Dah settle iftar potluck dengan ipar ipar dan anak anak sedara pada ahad lepas.

Kali ni buat kat Bandar Saujana Putra. Umah berteduh si pengantin baru.


Sebelum berbuka.

Gambar sedang berbuka tak de pulak snap. Betul betul berbuka namanya.

This round aku masak nasi daging utara sama air asam tomato kerisik. Licin..sebenor nye tak cukup. Huk huk huk. Yang kabor tak mari, tetibe mari. Rasa sorang sikit je lah.



Ni geng hantu doyan. Acara kemuncak selepas Isyak.Ada satu grup lagi selamat dah membelasah moreh lepas terawih.

Settle dah la satu hal.

Next weekend ..planning nak bawak Omak aku shopping baju raya pulak. Next week lagi satu boleh la start wat sekut raya pulak.

Huk huk planning nama nya. Tak tau yang mana jadi nyata.

- Posted using my iPhone -

27.6.15

Tacap tacap

Sungguh bersemangat waja!! Itu pon sebab aku tengah di kala bulan mengambang..

Bebudak follow apak mereka ke Jalan Kebun, so ambik kesempatan la mengecat rumah. Tak la keseluruhan, tacap kat contengan bebudak aje dan pintu-pintu bilik.

Last year raya dah cat dinding kaler putih. Laki aku komplen berbelak katanya. Belang belang pon aku taruk cat sekali. Habis semua dinding kaler putih. 

Tugas tambahan aku cat pintu aje. Kaler biru PKR lagi.


Asal nya kaler krim. Dinding putih..tak de kontras. 


Sama je susunan perabot cam kali terakhir aku tangkap gambo. 

Nampak atas ekon..line oren tu? Hahaha tak sampai tangan nak cat tang situ. Lain hari la aku rajin baru tacap..


21.6.15

Salam Ramadhan

Ni nak sapukan sawang sawang kat blog sebab lama tak berupdate..Sibuk sapu sawang kat rumah, kemas kemas stor, almari..persediaan nak sambut puasa kununnya.

Selamat berpuasa untuk muslimin muslimat sekalian.. ramadhan ke empat pon hari ini. 



14.6.15

Gila Besi

Layan jer la..tapi aku lom kesempatan nak kayuh beskal nye pon.


Ok lah anak anak dah besar. Leh riadah sesama.


Siap laki aku buh kan carrier rotan ni so that binik nye leh kayuh basikal bawak kenit. Tapi kenit penakut. Dia syok tolak basikal aje. Omak nye pon malas nak kayuh. Dari aku kayuh, baik aku mop lantai ke.. gitu pemikiran aku.


Ni lah folding bike katanya..Leh lipat gini. Dalam 5 kg je berat basikal ni. Imported dari Perak ni. Punya jauh beli..kebetulan dapat tawar mur mur nye price.

- Posted using my iPhone -

2.6.15

Jenguk rumah

Alang alang lalu, singgah sat tengok progress rumah. 

Pasaipa dia kaler kuning tak tau la..trend ka? Nampak cam bangunan gomen negeri pulak. Kaler bendera negeri nih.

Depan rumah. Awning depan bajet abis. Dah naik balkoni sat ni, naik la seri kot.

Rumah jiran jiran depan yang dah mula diduduki.

Belakang. Extend habis habisan sudah.


Sinki lom pasang. 


Laki aku la pi jenguk sampai masuk dalam rumah. Naik atas, terjah ke belakang segala.

Kalau aku naik habis semua tentera pon nak follow. Tengok gambo sudah.

Ikut brochure, dijangka siap bulan 3 tahun depan. Ada 3 unit lagi, harga dari RM268,888. Dah naik 20K.

Perak ke Penang

Kali ni balik bukan saja saja balik, follow rombongan pengantin perempuan ke resepsen sebelah lelaki kat Batu Kawan pada hari Sabtu tadi.

Dari Ipoh gerak lebih kurang kul 8 pagi, sempat lah singgah Sungai Aceh rilek rilek dulu. Baru lah ke majlis resepsen dengan rombongan dari Sitiawan.


Selamat menjalani kehidupan suami isteri..katanya dah berkawan dekat 10 tahun sebelum selamat disatukan.

Time balik tu la buat planning nak masuk pulau. Nak masuk via Jambatan Kedua. Tak jauh dah pon dari Batu Kawan ni.


Pestime eber ni lalu. Berapa ek tol dia? Dalam RM8++ kot. Dah pukul 3 lebih dah masa ni. Nak ronda ronda kat Padang Kota ja sambil pekene pasembor.


Mungkin kenyang lagi kot makan nasik kenduri, tapi ada a few makanan tu memang kureng la cam char kuew teow dia. Ceroi ja kuah dia. Harap udang ja besaq. Cendoi pon kureng sebab pakai santan kotak. Pasembor layan abis la..

Tak dak plak kulaan kat sini. Kalau tak leh la singgah. Nak balik naik feri pon tak lepas sebab Q dah panjang. Keluar balik via jambatan lama.

Pukul 8 malam gak la sampai Sg Aceh sebab nak ambik khazanah beg beg baju dulu. Dah kasi refresh badan segala..pukul 10 malam gak la sampai rumah mertua aku.

InSyaAllah pagi ni aje bertolak balik ke Sah Alam.

- Posted using my iPhone -