Stalkers


Yang kesah

31.12.14

Bilik Sarah

Suatu malam tu si sarah ni menangis beria ia mintak nak katil sendiri. Tak mo share tilam bantal! Suh apak nye groom bilik paksu malam tu juge!!

Paksu pon dah menyewa kat luar. So, bilik tu memang kosong lah masa weekdays gini. Weekend pon balik kejap aje.

Sempena cuti paksa selepas Krismas tu, pi lah terjah Ikea kejap cari katil. Dah survey gak kat kedai biasa. Mostly banyak jenis besi. Yang kayu tu mahal pulak. Tok laki kite kenan ke kayu. Aku prefer besi la. Lagi tahan lama kot!

Beli la 2 katil bujangers. Tapi yang lenjan tu 3 bujangers.


Minggu ni apak la neman depa tido dalam bilik tu. Hat beria tu memang penuh keberanian la tido situ.

Tu pon belum siap kemas betul betul bilik diorang. Kalau tak de si tikus beso aku kacau, leh la anytime nak kemas kan.



Dah macam boboi boy aje kenit aku ni. Rambut tu tersalah potong..Nak cepat nye pasal. Dah cam makan dek tikus!

- Posted using my iPhone -

24.12.14

Baling Belakang - Langkawi

Throwback la..Ngeh ngeh ngeh.

Terima kasih kepada jajan belian kak ton dari bumi Langkawi.


Dapat sebantal Daim. Febret ni. Save bajet aku belikan jajan tuk bebudak minggu ni.

Duk belek belek henpon, sebelum kasi delete gambo lama tu..Meh la update kenang kenangan Langkawi.



Dalam kotak bertingkek tingkek aku pose sebelum ni, ni lah mende alah nya.

Pinggan pelestik aje. Up sikit..melamine namanya. Aku beli benda alah ni aje. Bajet sopping pon RM100 aje. Pinggan makan 12pcs, pinggan hidang 2pcs, mangkuk 6pcs, pinggan sedang 6pcs. Baru RM70++. Wat guna harian katakan.


Aku tengok gambor nih, baru teringat..Aku ada beli ek mende alah ni? Mana lah aku campak kan ia..Mahu time raya sat ni baru sibuk cari tu. Murah je..Material kaca tebal.


Sudu pon murah. Satu set ada 6 sudu/garfu RM3.30 aje. Jangan tak beli..sudu nye berat..Senang wat umpil tin sekut.

Senduk nasi besi pon ada 5 bilah RM10, tapi aku dah selamat sedekah kat jiran jiran sebagai souvenier. Kelasss..sebab coklat habis bebudak dah belasah.


Time nak balik ni. Bini boss tunggu tren. Gambor curik je la dari belakang. Tak kose aku nak tegur. Bukan dia kenai aku pon. Jauh sekali nak belanja aku
makan..


First time mak aku dan bebudak naik
kapal terbang.


Next round nak try naik feri plak. Aku fobia gak naik naik feri ni sebab aku dulu mabuk teruk masa gi Redang. Kak Ton citer okay je gi sana naik feri..smooth gitu.

Tak tau lah tahun depan..akan tercapai ke misi melawat negeri negeri di Malaysia ni? Berbaki 4 negeri lagi lom gi..Sabah, Sarawak, Perlis & Kelate.

Semoga banjir di negeri pantai timur dan perak makin surut dan pulih seperti sediakala. Adeh..tak terkata bila tengok rumah ditenggelami air sampai ke paras bumbung rumah.

- Posted using my iPhone

Site Visit

Alang alang balik ke kampung tu, singgah jap tapak pembinaan rumah kat area Chemor Ipoh sana.



View depan.


Sejuk mata tengok binaan dari batu oren gitu.

Semua balik dengan gumbira setelah melihat indon indon duk menukang rumah itu.

InSyaAllah plan nak bayar 30% guna saving en dol lepas keluar asb tahun depan.

Sekali belek belek S&P nye rini..alamak hakmilik ada 67 tahun je lagi dari 99 tahun. Rugi tu..hilang 30 tahun.

Nak fefelin buat pelaburan pon cam dah kelautt. Besor sangat modal investment nye. 30% plus cost lawyer bank bagai bersamaan dengan 80K dengan mrta nye tak de, hakmilik 67 tahun je tinggal. Yang bagus nya..monthly dalam RM800 aje.

Tak kesampaian la projek rumah ketiga gayanya , ate banyak cons nye dari yang pro.


- Posted using my iPhone -

22.12.14

Majlis A & A

Selamat pengantin baru untuk Siti Nor Azhani dan Aliff Rosli. Semoga kekal ke akhir hayat.


Selamat menikah pada hari Sabtu tadi dan semalam adalah majlis persandingan depa.

Pheww..Aku pon subuh tadi pukul 2 pagi tiba di Shah Alam ni. Gegas gegas balik sini lepas tolong kemas kemas abis kenduri tu.

Hari krismas ni majlis resepsi sebelah lelaki plak di Alor Star. Huuuu jauh. Tak pergi kot.

Ada gak lah plan nak ke sana..alang alang Papa suh amik compulsory leave 26 hb ni.Tapi tak gi sana kot. Jauh juga.

- Posted using my iPhone -

18.12.14

Rumah Ketiga

Fakta rumah ketiga- Pinjaman perumahan dibenarkan oleh bank adalah 70% aje. As per policy by Bank Negara sejak 2010.

Yang ni satu hal.

Yang lagi satu hal.

Tu hal ptptn aku tu.

Tunggu lah bulan depan..

Aku pikirkan dulu masalah aku lom packing lagi baju baju nak balik kampung sok. Eh silap..gi travel around the Europe you allls.

Hahahaha..beso betui darjat laki aku nak bawak aku gi Europe.

Mana tau termakbul doa tahana kan?? Kot laki aku menang peraduan memesin rumput ke, trus dapat pakej pelancongan percuma..tak ke bahagia gitu..

- Posted using my iPhone -

13.12.14

Apam Susu In Da Hauz

Dah lama tak baking during weekend.
Rasa cam rajin sikit. Cewah! Selalu bukan tak rajin..sibuk sikit la. Kejap kat bukit..kejap kat kebun.

Ni hari try buat apam susu. Sebab bahan dan buatan nye senang lagi mudah.

Sebijik rasanya saling tak tumpah cam rasa apam polkadot tu.



Jenuh aku try marble kan dia. Huru hara gayanya marble itu.



Resepi kat internet. Type je resepi apam susu.

Dengan belen ovalette tu, leh seround pulak buat kek minyak nanti.

- Posted using my iPhone

10.12.14

Majlis Perpisahan

Cam cikgu cikgi gitu. So skema.

Meraikan hari pencen Tok Abah di TGI Friday lunch tadi.












Ni sebahagian lah gambo aku dapat tempek. Tak larat tempek lah..mata dah nak katup. Siyes kenyang gilo..

- Posted using my iPhone -

7.12.14

Penangan Pulut

ZzzZzzzZzzz




Sampai umah je jadi cam meow tu. Mana tak nya..penangan pulut.

Tengah hari tadi ke rumah ex office mate di Sungai Merab, Kajang. Parent dia buat majlis kahwin adik perempuan dia.

Pertama kali la aku jumpe kenduri belah sini serve pulut untuk hidangan makan nya.Nasi putih pon ade je tadi tapi Aku  senduk elok je nasi kaler kuning tu..ingat nasik minyak, rupanya pulut.

Dengan kenit pon sekali cam lali time tidur petang tadi. Bagus!! Biar sampai malam pon tak pe.


Maggi Uncle Bob

Mee Maggi taruk pak choy dengan ayam uncle bob. Boleh lah !


Tak lupa teh tarik ku.

Satu minggu tak tapaw teh tarik dari febret place itu. Winduuu..

Tak tau nk membelasah ape dah malam malam gini. Harap cepat kebah selsema ku ini. Jangan hilang selera plak 10hb ni.


- Posted using my iPhone -

4.12.14

Projek Pantry Panas

Kelassssss..Projek Pantry Panas Geng Kiah telah bermula.

Wahahahahahaha..gelak syaiton sikit!
PPP telah bermula semalam..dapat la sepoyok bubur kacang ijo.

Alamak! Tak besa la nak selfie dengan masakan..maklum lah sebelum ni projek semuanya projek underground. Tak de exposure cam sekarang.

Expose sungguh! Siap pegang senduk gitu..Menunggu tomyam nye mendidih.




Lunch tadi masak tomyam campur. Makan bersama nasi putih dan sambal belacan dari food court serta telur dadar imported dari dapur utama Kak Ton.

Gambar close up tomyam tak de plak..Malas nak mengemis dari bossia aku.




Master Chef Wan resmikan dulu. Chef merangkap penanggah.

Minum petang pulak adalah bubur pulut hitam..Yummy sangat..sampai tak sempat foto foto an.

Sesekali buat gini kat opis, tak de salahnya. Seronok weh..makan ramai ramai, berkumpul ramai ramai walau menu nye miskin aje tapi jangan lah over sampai terlupa buat kerja!

Esok dan seterusnya..pantry tak berasap la gayanya sebab Pak Santa udah mau kembali. Waduh!

- Posted using my iPhone

3.12.14

Sampai Seru

Anak anak buah pakat semua dah membesar. Sorang sorang nak menikah.

Yang ni bertunang aje. Last week tunang nya. Tapi tak turun ke Gemas pon. Takut lari budget 2015. Tunggu nak menikah sat ni baru pakat turun.


Hujung bulan ni ada sorang lagi anak buah bakal menikah. Bulan 5 tahun depan, sorang lagi naik pelamin.

Pejam pejam celik kang..sampai lah kot turn anak sendirik plak nak menikah..



- Posted using my iPhone -