Stalkers


Yang kesah

30.8.14

Cuti Cuti

Sebenor tak cukup tido jumaat lepas.. dak kenit meragam sebab serombong nye banjir. Dua belah tu block.

Ubat dah bagi..Apak nye bagi ubat gini.


Kemain berendam lam ayor. Sok luse nak bagi ubat lagi.





Cer teka kat mana ni?

Mungkin bulan ni main air je kerjanya.

Tak yah lah teka teki bagai. Malaysia ni kecik aje. PD tu lagi lah kecik. Tu pantai Teluk Kemang.

In Sya Allah, sok nak ke sana beramei ramei dengan geng geng khemah kat hutan selangor dulu.

- Posted using my iPhone -

Sibuk Giler Kentang

Maklum baru pindah ke kondo katanya. Ahahaha. Dari banglo ke penthouse, nah dah ke kondo pulak..

Dah selamat pindah ke Gardens North Tower. Stress naik turun lift.


Banyak banyak gambor, sekeping ni je ada. Gambor pantry. Biasa lah...full chemistry dgn pantry katanya..

Ambik pon sebab nak send kat electrical man tuk pasang water filter. Tak sempat lagi nak posing kat tempat tempat lain.

Tunggu lah next next entry ya! Kita tayang tempat kak ton, sarang aku, sarang sarang boss dan pemandangan menarik dari tingkat 22.

Aku suka 22..febret nombor tu.

- Posted using my iPhone -

20.8.14

Ke New York Ke Kite?

Moh beramei ramei..

Ke NY Steak Shack, baru di buka di Mid Valley ni. kat LG je sebelah Dominos pizza.



Tak yah nak bervisa bagai, tak yah nak naik kapal terobang pon, dah sampei pon kite ke new york..


Ramai jugak umat beramei ramei makan kat sini. Sebab tu kami meronta ronta nak singgah sini.





Semua order rib eye steak tapi hat 150gm aje, maksima 200gm kalau tak silap berat daging nye. Datang dengan pilihan sauce dan side dish nye.

Hat menarik nye, sauce tu dia akan curah beramei ramei depan muka kite. Dah steak tu berasap asap ala ala leh steam kan muke gitu. Kira terkezut terus terhibur gak lah melihat adegan itu.


Beramei ramei makan sambil tidor yer. Berbeg beg bawah mata kan. Bukan lah C&K bag ke, eye bag aje.

Seperti nabi anjurkan, makan lah daging tuk menguatkan badan. So, walau pon tak cukup rehat dan ngantuk, masih bertenaga eveready lepas tu. Aih, kemain selit selit kebaikan gitu..


Tahu lah kan akak akak vogeh yang makan..sibuk selit suh komen itu ini. Tak dapat tebiu, selit form lah pulak..

Amik kau, ROKIAH BOULEVARD bagi 3.5 bintang dari 5 tuk NY Steak Shack. Sedap, murah dan pantas!

- Posted using my iPhone -

18.8.14

Balik Kampung Lagi

Home sweet home..Alabama!

Alabama lah sangat!

Letih lah balik balik kampung ni. Jauh perjalanan kali ini. Syukran, akhirnya tiba di umah sendirik!

Jumaat, malam Sabtu tu tido di Jelapang Ipoh dulu. Sabtu pagi baru balik kampung.

Kami balik kali ni sebab ada majlis bacaan yaasin, doa selamat untuk ipar ipar nak naik haji dan majlis tunang anak buah aku sekali.


Sabtu hade gotong royong. Majlis adalah pada hari Ahad selepas Zohor. Selepas Isyak, settle kemas, terus gerak ke Ipoh balik. Then pagi ni baru gigih balik ke Ala Shah Alam.


In Sya Allah, nikah dan sanding akan diadakan bulan 12 nanti.

Letih giler lah weh, dah belasah sekoleh kopi pon, mata nak katup jugak..Adeh!

- Posted using my iPhone -

15.8.14

Hari Jadi




Budak ni nak kek aje. Kek kecik je dah bagi dulu..wat syarat! Hehehe..this year aku nak wat rangkuman aje. Mudah!

Rangkuman cam ne? Entah aku pon tak tau rangkuman cemane..sebab aku kan pandai beranak, berderet deret tiap tiap bulan hade birthday anak. Di mulai dengan dia ni bulan 8, Sopi 9 dan kenit 10.
Mak pak dia save cost..sharing trus bulan Julai. Huk huk huk..

Tu lah..kalau birthday sendiri ni, macam tu jer lah sebenor nye. Mintak hadiah pon, bagi hint direct kat laki sendirik je kan sebab laki kite.. Idok le hint mintak hadiah kat kawan opis kan?

Giler saiko sangat mintak hadiah besday dengan aku!

- Posted using my iPhone -

7.8.14

Temujanji Hospital

Hari ni yang terakhir..Yahoo!!




Tulang bercantum dengan baik sekali. Perfect! Itu komen doctor pelatih dan doctor senior tu. So doctor kata leh discaj sepenuh nye. Tak de dah apa apa follow up selepas ni.

Aku pon sebenor nye tetibe berasa ada satu beban terangkat dari kepala aku. Lega..cuti tinggai sikit, stress nak
plan cuti dengan
balance yang sedikit.

Kejap aje lega nya. Neber aku sebelah rumah hat caring bebenor tu dah remind suh buat tuntutan hilang upaya kekal pulak.

Tuntutan hilang upaya sementara dah settle. Sepanjang 4 bulan lebih ni, Socso dah bayor lebih kurang RM6K. Boleh lah cover cover bayar hutang masuk spital tuh, tu segala jenis mak nenek kelengkapan bantuan untuk berjalan, mencuci dan membalut luka, supplemen tambahan , ubat ubat, makanan berkhasiat dan susu.

Besor jugak perbelanjaan jaga orang patah tulang ni. Nak cepat pulih katanya.

So, tuntutan hilang upaya kekal
socso dah leh submit lepas tuntutan hilang upaya sementara settle / lepas abis MC nya. Sok adik aku dah kerja..kawan semangat..Cemuih dah duk rumah.

- Posted using my iPhone -

6.8.14

Hari hari ..hari raya!

Kisah hari raya.

Hari ni beraya lagi..peringkat cubicle. Ko mampu ada peringkat cubicle? Potluck je pon bebenornya..

Dah jadi kebiasaan kami akan menjemput officemates lain join sama..tapi this year, sorry ... naik lorry yer.

Kami bertiga jer lah balun bekalan kami.. Tetap rasa seronok..sambil sambil tengok harga share..eh!



Ada lemang, nasi impit, rendang daging, serunding bilis dan sekut raya.

Sapa mampu mengendong lemang Ayahanda mai opis? Kalau bukan Kak Ton, sapa lagi kan.

Tu ketupat instant tu, leh tahan berat lah..Lari allignment bahu aku duk pikui ketupat. Tak pa lah sok amik MC.

Aci nyanyi lagu havoc boleh?

Budak puncak alam memang ada gaya,
hari ini datang bawak serawa,


Serawa doyan lagi..Sedap makan dengan roti. Nyaman..

- Posted using my iPhone

5.8.14

Outstation

Kisah outstation.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/05/imigresen-mh17/


InsyaAllah ahad ni laki aku dah boleh balik. Mujur lah tak de masalah. Kalau ada, tu yang keluar ura ura maybe kene stay sampai sebulan tu.

Sekarang memberi kunjungan ke ambessy kita di sana. Wakakaka..memberi kunjungan gitu. Apa, ingat sultan ka menteri? Orang jemput makan katanya, pi lah makan..sedap sungguh makan kari ayam dan sambal belacan diperantauan.

Dah follow gomen nye orang kan..cenggitu lah resam nye. Laki aku standby dan buat support aje. Tempias je lah dapat sikit sikit pengalaman.

- Posted using my iPhone -

3.8.14

Aktiviti Weekend

Semalam projek mengecat dinding rumah. Touch up balik contengan kehidupan bebudak kat dinding tu. Alang alang kotor kene cat, trus cat dinding belang belang itu.


Semangat mengecat tu datang sebaik aje selesai susun sekut masuk bekas sekut raya.


Kekonon cam rajin sikit kan.

Ni hari, aktiviti makan makan pulak. Baru siap menanak nasi briyani. Tunggu mak aku pulak menyedia burung puyuh masak kurma nya, Semalam kat Econsave de jual puyuh .Sekor RM3.

Tak lupa..pencuci mulut nya. Sejak sejak aku beli peti sejuk display separuh harga ni, ada jasa jugak lah peti itu.


Kita buat tiramisu oreo plak. Adik jantan aku buat. Kami tolong ngap aje..Susah pe kan.. Aku cakap je cara cara buat nya. Pukul cream cheese seketul dgn gula & whipping cream sampai kembang. Sudukan masuk cawan selang seli dgn oreo yang dah dihancurkan. Sejukkan. Pehtu..Nyam nyam nyam

- Posted using my iPhone -

2.8.14

DVI

Nak jugak citer yer..Walhal aku berasa ngantuk gak ni. Tapi tak berapa lelap mata..laki aku dah terbang dah ni. Riso jugak kan..naik flight pon tak berapa selamat la ni. Ada yang terhempas sebab cuaca buruk, buta buta kene tembak cam MH17 pon adoo..yang tak jumpo jumpo cam MH370 pon adoo. Aduh, tak de kuasa nak halang ..berserah pada takdir aje la. 

Aku pon cam tak percaya..Selama ni bini dia aje selalu ala ala CSI. Laki nye ini kali terbabit dengan kerja kerja ala ala forensics - 'DVI' untuk mayat mayat mangsa MH17. Tapi related to passport lah rasanya. Dah itu je bidang kerja laki aku. 

Apa ek DVI tu? Tak dan nak tebiu laki sendirik.. Pagi die ada meeting, pehtu gi opis kejap collect advance..Pehtu aku suruh dia jenguk umah baru tu, bawak balik bekas kuih dan sekut raya aku tertinggal..Kul 8 tadi dah bertolak ke airport. Hahaaha..penting tu aku remind die pasal bekas sekut raya aku..nak tanya DVI ape benda pon tak tau dah. 

D tu tak sure stand for ape..Deutch ke? V & I tu  Victim Identification sebab duk dengar VI ni aje Pak Jib sebut lam news petang tadi..

Nah pak jib de citer sikit pasal DVI nih..Cer click bawah..

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/08/01/MH17-DVI-experts-identified-Malaysians/

Wakakakaka. D tu Disaster rupanya. Sengal betul kabor Deutch. 

Harap laki aku pergi dan balik dengan selamat..