Stalkers


Yang kesah

24.4.14

Istimewa Bulan April

Bulan nih memang istimewa, ada anniversary, ada last injection dan ada first increment.

Ahad tu gi dinner aje. Bersila jap kat restoran pilihan Sopie. Sebab ada pondok pondok.


Kemain kepit mulut Sopie sebab gigi dah rongak. Dah tercabut 4, 1 dah tumbuh balik (lepas 3 bulan) dan 3 lagi last week baru meninggal. Lagi 3 bulan lah tu baru keluar yang kekal.


Kenit..2 hari sebelum injection 18 bulan. Demam 2 hari. Macam fakta nombor 2 pulak. Ni hari dah tak de panas badan dah. Habis dah injection immunisasi dia.

Buat ibu bapa muda mudi, rekod immunisasi kena simpan. Karang anak masuk darjah 1,cikgu akan mintak kita fill up tarikh anak2 dapat immunisasi ni pada kad rekod kesihatan murid. Sumtime cikgu mintak fotostat copy kad immunisasi ni.

Last but not least, adjustment gaji nan di nanti nanti setelah peralihan kuasa kuasa baru.

Malas aku nak ulas panjang lebar. Make it simple, janji ada!

- Posted using my iPhone -

22.4.14

Akibat Kuat Melantak

Mujur kena cherry berry waktu air ade..
Puas melantak nasi kenduri kot plus membelasah sepoyok kerang cicah sos cili bawang putih.




Selpi katanya..satu family. Tak
muat dah taruk muka ayah. On the way gi makan kenduri kat Kinrara sabtu tadi. Kekonon langkah menjimat air, tak yah masak-masak.

Tak tau lah area umah aku ni cam haywire sikit jadual catuan nye. Last week, senin sampai khamis ada air. Jumaat & Sabtu pagi tak de. Sabtu tengah hari sampai Isnin ado. Nah hari ni tak de balik..rimas weii..

- Posted using my iPhone -

18.4.14

Pendafataran Darjah 1 2015/2016

Boleh masuk web jpn selangor. Cer google apa website nye. Malas aku nak tempek link kat sini.

Masa bos aku pi cuti nyambut tahun baru, aku mencilok( hahaha pengakuan benar ni) membuka website jpn untuk daftar mek sarah darjah 1 2016 nanti.

Pendaftaran dah di buka dari 1 Mac - 30 April. Boleh apply online sendiri kat rumah, atau minta sekolah apply kan. Sekolah pon boleh tolong key in online.

Yang dah key in online kat rumah, lepas siap, kene bawak gi pejabat sekolah untuk pengesahan.


Ogos 2015 kang kene pi lagi sekali punya pengesahan sambil bawak dokumen dokumen yang sekolah mintak.

Untuk mak pak anak anak masih kici2, kena rajin rajin skodeng depan sekolah untuk lihat apa apa maklumat berkaitan pendafataran darjah 1 ni.

Takut terlepas pendaftaran, penuh kelas nanti.


- Posted using my iPhone -

Syukran Jumaah

Aku suka hari Jumaat, sebab nak pi kerja tenang, jalan tak jem.. Ramai cuti kot sebab leh sambung sabtu ahad.

Ada orang tu di pagi hari jumaat ni, terliuk liuk cam pokok kelapa kene taufan. Kalau rasa diri tu makin berumur, sila lah matang dan professional! Tunjukkan nilai budi pekerti, jangan hanya menceceh di mulut aje!

Aku abaikan lah faktor sekeliling. Nak terlentang ke, nak berkepak ke..lantak lah..Ni hari aku fokuskan kepada mandat beso key-in imbuhan untuk tahun ni.

Serius betul aku hari ni beb! Serius tipu jer la..Dah tinge kene ceramah, kaver pakai muke toya jer lah!

Syukran. Jumaah yang barakah.

Rezeki tuk semua termasuk aku. Yang penting ,sikit pon aku ambik, banyak pon aku ambik. Wakakaka, tamak tak hingat tu! Ahh, cam ada option. Terima jer lah.

Memang sesuwai sangat, datang pada saat nan tepat sebab aku tengok budget puasa raya tu cam ketandusan sign RM nye.

Idok lah fefelin nak raya besar besaran. Ate macam tak pernah beraya. Macam sebelum ni duk planet lain. Dah lama hidup kot, cuma memang minat lah fefelin plan belanjawan2 nih. Abis, suka berbelanje tapi duit belanje selalu tak cukup aje, macam mana tuh?

- Posted using my iPhone -

17.4.14

Temujanji Spital

1st date kan.. tak berani nak pospon pospon. Dah lah gi spital gomen kan..


Besa lah, gi hospital mesti nak selfie kan nombor..abis, giler lagi 86 lagi kiah oii aku nak menengok board no nih!

Mana tahan!! Serba salah nak pi kafe melantak dulu ka pi tunggu nombor..Haaa..bhgn melantak tu harus, kang tak melantak..admitted plak nanti kat sini..terjejas mandat beso esok hari ni!

Mujur aku tolak wilcha kan. Kira keutamaan lah tu. Terus di approach register tanpa perlu ikut nombor.

Tak lah lama menunggu.

Misi ada buat dressing jugak tadi masa check luka luka, nak check hado infection ke tak. Dressing Sdn Bhd katakan.

Most luka luaran dah kering pon. Luka dalaman aje tak ketahuan lagi. Tulang cantum ke tak cantum belum tahu lagi. Next temujanji baru x-ray. Yang pasti kaki kiri tetap kena pantang tak leh pijak tanah lagi untuk sekurang kurang nya 3 bulan.

Temujanji untuk fisio pon dah ada. Medical report untuk insurans company pon dah siap. Baguih lah satu hari ni settle semua.

Esok..mau merealisasikan mandat yang tertangguh di hari ini pula.

- Posted using my iPhone -

16.4.14

Emosi Terlampau??

Dalam tawa ada tangis, dalam tangis ada syukur. Dengan syukur baru ada sempurna. Ada sempurna baru ada sabah bah!!

Perghhh gitu..Ada copy paste sesiapa nye statement ke tak? Ayat cam cun, melantun lantun dari kotak hati kecilku..

Ke aku terlalu cepat berekspresi? Kata reformasi..gitew lah kekdah nye kan kalau dah agresif tahap gerila..Huk huk huk

- Posted using my iPhone -

10.4.14

VIP sudah!!

Yep! Bulan ni start VIP5. 5 sudah lah..kene wasatiah sikit!





Tenet ada, tibi ada, talipon ada..Summore la ni leh tengok sume channel selama sebulan. Perasan yang channel sport selalu tayang HD. Rumput seakan akan hidup gitu.

Tepon plak cam tak de function sangat. Tunggu lah anak anak dara aku meningkat hormon nye kan! konpem siasatan bil akan dikemukakan! Chewah! Tapi call henfon pon murah je baru 10 sen/min.

Yang patah kaki dah dua hari tak keluar bilik, layan tenet aje..ate free, laju pulak tu. Sebelum ni dia bayar seminggu tujuh hengget langgan data plan maxis.

So far tenet nye ok je. Tibi tu pon okay tapi nak kabor de sikit ralat lah! Tengah duk layan channel sport, tetibe de cam crossline gitu..

Tetibe de tayangan gay tengah duk "projek". 2-3 saat jugak lah crossline tu. Melopong gak lah ,cangak cangak cari remote sebab memasing ingat ada yang main remote ke. Mujur budak budak duk ralit dengan ipad depa.

Cer imagine kalau lah cross line jadi masa duk buat open house raya..Mahu ada yang tercekik tu masa makan! Hahahaha.

- Posted using my iPhone -

8.4.14

Detik 15

Perkembangan org patah peha tu, so far luka surgery tu dah kering. Hari ni tak silap hari ke 15 dah. Mengikut pembacaan aku, untuk kulit tu bercantum sepenuhnye ambik masa 4-6 minggu jugak.


Tu lah ada 4 luka kat kawasan peha nak cuci hari hari. Yang kat tulang pinggul tu beso lukanya. Kat betis yang kena tebuk tu hari ada 2. Uiii, total ade 6. Campor kesan gelembung, ada 7 semuanya.

Nak cepat luka tu sembuh, kering ,tu di pesan untuk jaga pemakanan. Yang gatal gatal aku suruh pantang dulu. Ikan jer la menu terbaik, tapi ikan yang tak gatal. Mahu adik aku mimpi ngeri asik makan kerisi aje..Murah dan mudah jumpa. Huhuhu.

Ikan haruan pon bagus untuk sembuhkan luka luka ni, tapi susah jumpa ikan ni. Satu hari satu kali la belasah pati haruan ni.

Pati haruan ni dah berinovasi..ada yang di mix kan dengan madu la, dengan gamat lah tapi hasil bacaan mendapati yang hado gamat tu tak digalak ambil bagi pesakit ada masalah tulang patah, melambatkan proses penyembuhan pulak katanya. Kene lah yang pure.

Vitamin tambahan lain adalah seperti zink dan vitamin C. Mempercepatkan lagi penyembuhan.

Tak dilupa susu anlene atau apa apa jenis susu lah sebab susu kaya dengan kalsium. Untuk pertumbuhan tulang dan kekuatan tulang.

Kes patah macam ni sekurang kurang nya, lepas 5 bulan baru betul betul boleh jalan macam biasa kalau tak de apa apa problem lah.

Lama 5 bulan duk umah yer..kalah orang bersalin. Tapi orang bersalin leh jugak lah berjalan ke sana ke mari kan..


- Posted using my iPhone -

6.4.14

Pizza My Heart

Hari sabtu lepas, pukul 2, tv 2 ada main citer omputih. Dulu dulu pukul 2 main citer hindustan. tv2 hindustan, tv3 hindustan..compete la pulak kan.

Ok, aku layan lah citer Pizza My Heart.


Ok lah citernye walau movie ni dah berkurun ditayang. 2005 dulu. Persaingan 2 buah family Itali mengusahakan restoran Pizza masing masing.


Nak jadi citer, anak masing masing bercinta lah pulak. Orang tua kedua dua memang menghalang. Ala ala versi moden Romeo & Juliet pulak.

Yang penting happy ending..

Tapi kan , aku tengok iklan drama Romi cinta Juli pon best..sebab hero nye hensem. Persis abang Aron gitu..tapi heroin je kureng.

Hehehe..tengok iklan aje. Tak kesampaian nak tengok drama betul betul.


- Posted using my iPhone -

Catuan Air

Catuan air area Bukit Naga bermula hari ni. 2-2. 2 hari tak de, 2 hari ade. Sebulan katanya!

Air dah start slow. Kat sinki tu keluarnye cam air kencing aje. Paip kat carpoch dan belakang umah masih ada air keluar walau sepoi sepoi bahasa aje. Belum sepenuh nye air di catu. Tak tau lah sok lusa kering terus ke..

Nasib yang eksiden tak leh mandi lagi..Kurang sikit penggunaan air. Tapi ada budak budak, leceh jugak lah. Memang menjejaskan aktiviti harian bile tak de air. Lagi lagi untuk mandi dan masak.

Untuk mengurangkan penggunaan air lam umah sini, petang tadi melarikan diri ke JK sat. Mandi petang/malam siap siap kat sana. Area JK last month dah start kena catu.



Sesambil basuh baju..tu bebudak tengah on air segmen sel sel berhubung. Habis tonggang terbalik sudah!

- Posted using my iPhone -

3.4.14

Bosan lah!

Ada orang buat ballet lam bilik ayor, leh jadi polar bear 2 hari kat umah. Ahahaha..aku nak buat apa ek, so that leh landing lama kat rumah?

Cer try pregnant kan, leh 2 bulan duk umah. Adeh, bunguks nye idea!

Bosan betul nak kerja minggu ni. Bos tak de, kerja ade..gaji dah nak habis! Bonus? Stage proposal aje?? Ermm, banyak sangat faktor mempengaruhi ek?

Ate last week boleh kata tiap tiap hari cuti. Kalau tak half day, full day..kes adik aku admit tu lah. Energetic sungguh last week.

Tu this week cam lemau semacam..tapi tak selemau orang balik holiday petik stoberi la. The sweeetest moments turns to a disaster holiday katanya..

Macam leh wat tag line movie plak yer! Boleh..dah tu memang pelakon drama jugak. Cuma tak berapa letup lah..cinema tak tayang. LOL!

- Posted using my iPhone -

Penyembuh Luka

Ni bukan lah kisah Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor tau..ni kisah Kakek ku Suster!

Ahahaha, demi mengelak banyak pergerakan, kalau leh cempung senang. Ni jalan pon cam main lompat kapal terbang, so aku lah jadi pencuci luka operate adik aku tu setelah berguru secara telepati dengan kengkawan yang pernah luka. Boleh kah gitu??

Luka percintaan, luka makan hati tak main la!





Operate 24hb baru ni. Baru 7-8 hari. Luka nya masih ada belum kering. Aku nengok pon geram. Kelmarin bagi seround dengan hair dryer. Asal boleh je kan..

Nak buat cam kat klinik tu tak lah, harap result nye sama lah. Dengan motif ngelakkan terjadi jangkitan kuman.

Kalau terjadi jangkitan, jadi cam kes kaki aku tu la. Luka sikit aje, tapi sebab dah kata jangkitan, luar biasa rasa nya. Terus rasa sekeliling kawasan luka merah, bernanah, bengkak , gatal , siap demam lagi!

Di samping ada nurse, ada 3 orang pembantu nurse yang menyibuk..


Pembantu nurse sedih tak dapat merempit dan exercise jalan jalan. Yang paling kenit dah upgrade, nak masuk kereta aje!

Tak yah bercakap, buat bahasa isyarat aje..Best part tu, nampak ayah pakai baju je, dah bunyi bunyi minta dukung die.

- Posted using my iPhone -