Stalkers


Yang kesah

8.4.14

Detik 15

Perkembangan org patah peha tu, so far luka surgery tu dah kering. Hari ni tak silap hari ke 15 dah. Mengikut pembacaan aku, untuk kulit tu bercantum sepenuhnye ambik masa 4-6 minggu jugak.


Tu lah ada 4 luka kat kawasan peha nak cuci hari hari. Yang kat tulang pinggul tu beso lukanya. Kat betis yang kena tebuk tu hari ada 2. Uiii, total ade 6. Campor kesan gelembung, ada 7 semuanya.

Nak cepat luka tu sembuh, kering ,tu di pesan untuk jaga pemakanan. Yang gatal gatal aku suruh pantang dulu. Ikan jer la menu terbaik, tapi ikan yang tak gatal. Mahu adik aku mimpi ngeri asik makan kerisi aje..Murah dan mudah jumpa. Huhuhu.

Ikan haruan pon bagus untuk sembuhkan luka luka ni, tapi susah jumpa ikan ni. Satu hari satu kali la belasah pati haruan ni.

Pati haruan ni dah berinovasi..ada yang di mix kan dengan madu la, dengan gamat lah tapi hasil bacaan mendapati yang hado gamat tu tak digalak ambil bagi pesakit ada masalah tulang patah, melambatkan proses penyembuhan pulak katanya. Kene lah yang pure.

Vitamin tambahan lain adalah seperti zink dan vitamin C. Mempercepatkan lagi penyembuhan.

Tak dilupa susu anlene atau apa apa jenis susu lah sebab susu kaya dengan kalsium. Untuk pertumbuhan tulang dan kekuatan tulang.

Kes patah macam ni sekurang kurang nya, lepas 5 bulan baru betul betul boleh jalan macam biasa kalau tak de apa apa problem lah.

Lama 5 bulan duk umah yer..kalah orang bersalin. Tapi orang bersalin leh jugak lah berjalan ke sana ke mari kan..


- Posted using my iPhone -

Tiada ulasan: