Dah berjaya tido di rumah itu...semalam je pon.
Petang sabtu bawak toto,bahan tenusu bebudak, kain baju sikit dan tv.
Bebudak layan megi masakan En Dol. Perasmian masak mengunakan dapur induction. Hehehe.
Ni aktiviti di pagi sabtu, pasang meja, penyidai kain dan langsir. En Dol dan bebudak ke sini. Aku? Aku uruskan rumah yang lama ni lah. Adil gitu.
Wah, anak dara nan sorang ni cam pelik dan takut takut bila masuk umah ni. Dah lama sikit, kemain laju dia lenjan walker nye itu. Paling suke, terjah area dapur.
Kami sampai sana dalam 6.30 petang cam tu. Pas solat maghrib, baru keluar dinner. Dinner kat luar lah sebab x de bahan nak masak masak. Fridge pon blom beli lagi.
Bebudak 2 orang tu tak de masalah nak tido. Yang bermasalah, si kenit lah. Ntah apa hal, kenit mengempeng aje. Maybe dia rasa pelik kot, tilam tak empuk, cuaca pon panas. Adeh! Tidonye tak lena, otomatik tido aku pon tak lena.
Sarah pulak, sungguh memvenci kan, siap terkencing atas toto pulak.
Di pagi hari yang terang benderang..kelihatan tibi hasil main kutu di situ. Terlupa angkat meja sekali. Jadi bertapak sulaiman lah tibi di atas lantai..
Pukul 10 kami bertolak ke Bukit Naga balik. Bersiap nak attend kenduri pulak kat Sungai Buloh.
Hiyahhh! (angkat tangan cam otromen sikit)
Hanya semangat yang waja bisa melawan keletihan. Kekononnya..
- Posted using my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan