Sebelah pagi, en dol ke pondok aktiviti TDK. Ada gotong royong. Menaik taraf pondok aktiviti. Aktif jugak taman aku ni. Hasil koleksen bayor bulan bulan, walau ada yang escape, sejak 5 tahun yang lalu, kami dapat beli kabin sebijik, khemah untuk kenduri kendara, kerusi dan peralatan pinggan mangkuk.
Ni yang ambik gambo ni, buat kerja ke tengok aje? Hehehe.
En Dol turun sana. Mak turun masjid, ada aktiviti ceramah. Aku? Tidak mengalah okay..sempat 5S di rumah. Sangat bersemangat..mujur si kenit tak meragam. Elok je main dengan kakak kakak dalam walker.
Tengah hari settle, lalu melayan Iron Man. Petang terlelap..tapi memang sangat bersemangat! Pukul 6.30 petang, turun jugak ke umah baru.
Nak jugak mengemaskan umah sane. Walhal kerja kerja pasang lampu baru buat separuh. Usaha mop bilik bilik yang dah siap pasang lampu dan kipas.
Ini pemandangan dari luar..sekitar jam 7 petang. Hahaha..langsir lom pasang.
Semangat katakan, telekung pon siap bawak. So, dapat lah solat Maghrib kat sini.
Ingat nak tido sini weekend ni, sekali...lupa! Weekend nak balik kampung lah, gi mengundi..
Kerja pasang downlite kat hall patut settle semalam, tapi en dol pulak kene pergi site attend meeting. Hari ni pon tak free..so, pospon till next week lah.
Haduih, tak sabor dah nak menghias rumah sana. Kekononnya larr..
Ni kat bilik tidur. Kipas cap kaki tiga brand cap ayam. Milux? Pernah dengar? Baru 80++ harganya.
Berjaya jugak mengaplikasikan lampu ayam kat dalam toilet. Lampu dari rumah sekarang.. kekonon untuk dining kat rumah ni. Tapi tak praktikal plak. So, kasi bungkus, masuk kotak, tolak ke stor aje jawabnye..
Ada lagi 2 ketul lampu ayam. Lampu ayam Melodi pendant Ikea. Yang putih tu, tapi dah tukar kelabu..sebab lama duk dalam muzium katakan. Yang itu bakal beraksi di bahagian dapur kami. Belum pasang lagi.
Gambo malap. Kalau nak cerah, sila on kan suis lampu..Ekeke.
- Posted using BlogPress from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan