Stalkers
Yang kesah
4.1.13
Tolong apa dik???
Kesahnya cam ni, petang tadi, elok elok nak daki tangga lepas turun dari train ktm tu, ada lah sorang peminat kejar kejar ai. Ai masa ni kat KTM Klang. Ramai umat international kat sini kann..harus ramai yang mengejar ku.. Auww, fefeeling retis lah pulok!
La hai..lelaki remaja rupanya yang mengejar ai tadi. Persis Aliff Aziz pulak tu. Kelasss gitu..naik saham ai! Tengah duk kendong bag pack bawak susu anak pon, hade remaja terpikat lagi mengejar. Ekekeke!
Puii.. Sila simbah ai dengan air panas!!!!
Budak tu cam blur blur. At first, dia cakap, dia nak mintak tolong dari ai.
Otomatik muka ai tukar serius terkezzut lah kan. Ai baru lompat keluar dari train je masa tu. Tetiba di halang gitu tengah tengah jalan.
Ai tanya nak tolong apa? Berkerut seribu dinar dahi ai tadi. Gasaknya cara tanya cam gangsta kann..adik tu dah takut. Siap pesan, jangan marahkan dia.
Entah apa dia cakap..dia kata nak gi Putrajaya. Ai dengar perkataan Putrajaya jer pon. Budak tu kata dia tak cukup duit..dia nak RM 16.90. Ha..tang duit tu telinga ai tangkas mendengar. Kih kih kih!
Ai tanya dia..ni dari mana? Kata budak tu dia dari JB. Pastu budak tu cakap sorry sangat dengan muka sedeh dia tu.
Ai hulur kat dia not merah seketul. Terus ai blahhh cepat cepat. Ai pon tak sampai hati tanak tolong, tapi ai was was jugak entah entah budak tu menipu ke.
Maklum lah zaman sekarang ni, macam macam orang buat untuk hidup. Menipu antranya!
-xoxo-
- Posted using BlogPress from my iPad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
wah baiknye ko dik non..kalau aku, aku lari jer bak larian 100 meter tu..skang susah nak caye kat org ni..kiter niat iklas, tapi org niat songsang..cenggana tu
Haha, separa baik tu sebenarnya.. Budak tu x cukup $ tambang lg tu
The best takut kene tipu. Bw dia gi kaunter belikan tiket. Suh dia show all duit dia ada n kita topap yg kurang. Bg cash ni dia leh wat benda lain. Titik
Catat Ulasan