Stalkers


Yang kesah

29.9.12

37w4d

Pegnancy dah cecah 37 minggu lebih , nak masuk 38.

Haha..risau jugak sekarang.

Asyik nak ke toilet aje kebelakangan ni. Belum kira lagi, sakit punggung & sakit belakangLagilah sekarang banyak berjalan..

Actually due 16/10 tapi aku selalu tersasul sebut 15/10. Hopefully, biarlah baby menjengah pada tarikh ni. Tak de yang special pon pada tarikh ni.

Lain la kalau masa tu 15/10/15..

Gilo ape. Mengandung gajah ke sampai tahun 2015?



- Posted using BlogPress from my iPad

21.9.12

Beraya dengan Kakak dan Abang Tiri


Macam tak percaya aku kerja kat KL sekarang, lagi dengan perut bulat aku ni.

Rezeki kat sini, gagah jugak le kat sini dulu.

Minggu ni masih bizi dengan kerja kerja mengemas. 


Dulu masa kat banglo (ofis lama), duduk asing-asing, jauh jauh pulak tu.

Sekarang dah pindah ke flat (ofis baru), duduk dekat-dekat, sekelompok gitu.

Best jugak.

Sorang buat air minum petang, yang lain pon follow. Ok la tu kan.


Hari Khamis, kami di jemput join makan-makan organize by kakak/abang tiri.


Save duit makan, tapi bayar jugak, company bayarkan.


Plan asal makan dengan Tan Sri Halim tu tapi dia ada meeting pulak pukul 12.

Tu dia suruh kami makan awal, 11.30 pagi start.

Kesian abang abang tiri rushing beli nasi briyani.


Aku pon 1st time jumpa mereka mereka ni.

First impression pasal diorang ni..?

Adat la..

Ada yang O.K

Ada yang sedang-sedang O.K.

Mintak tak de la yang K.O.

Cukup-cukup la yang ada sekarang ni pon. Uhuk!

20.9.12

Walimatul Urus 'Abang Mail'

Kesian anak buah aku yang sorang ni, lekat pulak nama Mail Upin Ipin.

Penangan menyakat anak anak buah sendiri la.



Hari Sabtu kami sekeluarga tiba di Felda Jelai 3 dan pulang ke gagang pada pagi Isnin cuti PH tu.



Perut aku start mengeras ngeras jugak le sesekali.

Actually, otw nak balik dari sana, sempat singgah ke Nilai Square pulak.

Sempat lagi menyoping..sakit sakit hilang.

Lepas antar anak sedara kat Old Klang Road, terus ke Sg Buloh untuk majlis tahli arwah Mak Long aku.

Memang stress perut aku rasanya. Cam rasa nak bersalin dah.

Mujur belum masanya lagi...banyak kerja nak settle kan kat office baru.

- Posted using BlogPress from my iPad

12.9.12

35 Minggu

Minggu depan cukup bulan la nampaknya mengendong.
Minggu depan jugak start kerja kat office baru.
Ni bukan setakat fizikal aje kena kuat, mental sekali.
Tang fizikal tu jer la, nak maintain energize sokmo tu kadang kadang terkucil.
Tak pe, MC ada 11 hari lagi..

Next week Isnin, ada check up dengan UMRA.
Ok la cuti replacement hari tu.

Next Selasa, check up dengan doctor dari govt klinik pulak untuk 3rd RME.
2nd RME tak buat masa 28-32 minggu tu.
Misi tu la tak arrange appointment.
So, tak leh nak pospon la buat RME ni gayanya.
Jangan aku terbuat CTG sekali sudah la. No No!

Tak de sejarah lagi anak anak aku keluar awal. On time aje.
Harap harap on time keluar ye.
Biar ibu mu ini ke KL dulu untuk beradaptasi dengan dunia baru.
Huhuhu..

Lepas ni, rutin zaman aku bujang dulu start balik la.

Yer la, dunia ini berputar kan.

Berebut rebut naik bas la, naik komuter la.
Pastu suka jalan kaki. Nak jalan pon laju laju.
Cam ni punya gaya hari hari..cepat le aku masuk labour room!
Lepas berpantang pon mahu slim badan kalau hari hari sibuk kejar train.
Tak slim pon tak pe,
Slim World & Mary France sebelah office je. Jauh sikit Bizzy Body.
Menabung jer la dari sekarang...Bueek

- Posted using BlogPress from my iPad

KL..aku dah sampai

Lepas ada sikit meeting dengan big boss, kami di benarkan untuk pergi ke office baru di Boulevard, Mid Valley tengah hari semalam.

Bukan pergi saja saja cuci mata ek.

Angkut stationery dan personal thing kami nak guna next week.

Memang teruja masuk office baru. Fefeling cam masuk rumah baru la.

Nak mengemas tu yang malas sebenarnya.

Tapi, sayang nye office ni kecik. Tak banyak space nak simpan dokumen dan file kami.

Aku punya dept kat 1st floor pulak. Dekat dekat dengan bilik big boss pulak tu. Tak sure temporary ke permanent kat atas tu.

Elok letak HR kat bawah la. Senang nak lari balik. Huhuhu.

Harap harap semuanya ok dari Tan Sri sampai le ke kakak/abang tiri nanti.

Officially start kat office baru ni 18 Sept.

Tapi aku terpaksa cuti la pulak hari tu sebab ada appointment untuk RME dengan doctor gomen.

Tak jumpa la dengan mereka mereka itu nampaknya.

- Posted using BlogPress from my iPad

10.9.12

Rumah Jadi Office

Mulanya aku tak nak beli sebabnya rasa rumah pon dah penuh.
Lepas tu, lari dari tema kaler rumah aku ni.
Kelabu ultraman tu..

Tapi fikir fikir balik, nanti rumah kat Jln Kebun tu dah siap, boleh le transfer mana mana perabot yang berkenaan ke situ nanti.
So, beli jugak la beberapa furniture ofis ni.

Yang cantik cantik bebudak ofismate dah booked ler..cantik cantik , harga pon cantik yer.

Yang ni masukkan ke bilik adik aku.
Marah gak dia.
Bikin sempit bilik katanya.
Beli dari boss aku RM30.




Yang ni panjang..letak kat belah dining.
RM30 jugak.
Tu kat dalam Sopie dah rasmi main pondok-pondok.




Highlight untuk bunga tu yer. Sedekah dari tuan haji.




Tu drawer plastic kaler pink.
Satu RM10.
Boss aku kata buruk sikit, suruh aku bersihkan la balik ni.
Mintak murah RM 5 tak bagi.
FOC lagi la tak bagi.
Dah kata buruk.

Plan nak letak baju bebudak ni la.
Sebab tak de space kat bedroom, lastly letak kat luar.
Simpan le kasut kasut dulu.




Last item aku beli, tong merah besar macam tong sampah hitam tu.
Boss aku pun hairan, apa la aku nak buat tong besar cam tu.
Suka hati aku la..bayar maaa..
RM 10.

Habis ler RM 90.
Opismate yang lain ada yang habis beratus jugak la.
Mana la boss aku nak bagi gaji kalau staff pon boleh aje bayar ca$h gitu.
Tak payah tunggu gaji dah.


- Posted using BlogPress from my iPad

KL Menjerit

KL menjerit..suruh kami pindah cepat cepat.
Tak menyabor bapak nak bersatu dengan kami.
Tahu la kami anak anak tiri yang vasssss kan. Hahaha ! Perasan!

2 minggu ni bebudak opis memang bizi berkemas la.
Aku?
Mood malas melanda la pulak.
Malam semalam pon dah plan nak MC le kekonon.
Tapi bangun pagi ni cam sihat la pulak..cancel MC ku..
Sakit pinggang kan.

Mana tak sakit tulang belulang aku ni, sabtu pagi tu sibuk mengangkut furniture opis aku beli tu.
Dah angkut, nak arrange dalam rumah pulak.
Rumah dah cam sardin king cup daaa..

Tengah hari lari ke Seksyen 23 utk open hse immigresen kat RMC tu.
Tak tahu pulak situ warehouse Immigresen.
Tapau bawak balik dari open hse tu.
Huhuhu..jakun nye. Sebab cupcakes choc tu..febretku.




Ahad tu pulak sibuk mengemas rumah, dah kengkawan nak datang beraya.
Memasak pulak tu, berdiri lagi.
Patah patah pinggang pon sempat beraya ke 4 bijik rumah semalam.

Harap harap patah pinggang pon boleh le ke KL kan.
Sebulan aje lagi.

Semangat si kecik aku nak gi beraya..bertudung gitu.
Blom lagi dia angkat tasbih nye tu.


- Posted using BlogPress from my iPad

6.9.12

Sopie Sopie Sopie

Sopie seawal umo 1 bulan hingga 3 tahun.

Dari Giant jadi Sinyu!

Janji sihat sudah la.






5.9.12

Jerebu

Jerebu untuk membunuh aedes.

Sorang neber aku, 5 beranak kena denggi.

Tapi dia kata bukan sebab gigitan nyamuk sini tapi dari Melaka.

Bulan puasa lepas pon sakan MBSA buat semburan nyamuk.

Hari ni lagi satu kali.



Macam kebakaran aje.




- Posted using BlogPress from my iPad

4.9.12

Handover Task

Alamak kena buat buku scrap (betol ke spelling aku ni) la pulak lepas ni.

Boss yang sorang ni memang suka procedure bagai.

Gara gara nak handover kerja la ni sebelum due aku 15/10 ni.

Kerja penting ni.

Kira gaji .. tapi, kira awal pon dapat lewat.

Cam no?

Sekarang dah 34 minggu. 6 minggu jer lagi.

Jangan keluar awal sangat la. Sebab 16/9 tu kakak ipar buat wedding anak dia kat Jelai, Negeri Sembilan.

Tapi, kalau awal pon ok jugak sebabnya boleh balik kampung raya haji ni. Dengar nak tumbang kambing. Boleh join cukur jambul n doa selamat sekali.

Walau tak boleh makan, tak pe ....sebab TGI Fridays pon hade.

Sempat lagi ni..tapi..

Huhuhu..tak gaji lagi ni .

Tak pe, pergi jer la mamak mamak tu, banyak dia masak kambing kan.

Kang kempunan.


- Posted using BlogPress from my iPad