Stalkers


Yang kesah

29.9.11

Penatnye berlakon

Aduh..susah jugakkan kalau semua benda kena buat sendiri. Elok pulak petang ni ala ala kena sampuk, aku pi berlakon dengan skrip sendiri lagi. Elok pulak jiran tetangga sudi berlakon sekali..one man show tak kelas ler kan..Mesti lah wonder pets show kan..

Actually kami ni dalam misi nak menyiasat kes kehilangan kertas kat opis aku di tingkat 3.
Maklumlah sejak hantu bonceng melonjak di pasaran, bermacam jenis hantu pun ada kat tingkat 3 tue.
Mana tak hantunya..file melambak, isi kandungan file pergi mana? Ada yang kata file tu berjalan-jalan lalu meloloskan diri ke dalam tong sampah dan menjadi habuan MBSA. Yang lebih menyeramkan tue..dengar dengar kertas kertas tu sendiri melacurkan maruah mereka, menjual diri mereka di kedai kedai bahan kitar semula. Amboi..tak ke naik bulu roma korang akan fiil kertas kertas ni. Takkan kertas tu boleh gerak sendiri pi kedai tue kan. Mesti ada hantu yang buat kerja ni kan..itulah yang kami tengah siasat.

Petang tadi dah ku palam separuh makhluk yang disyaki. Lewat petang aku palam lagi dia sampai habis..Dah lah tak mengaku dia buat, di jual pulak nama hantu yang lain, lepas tu hantu siap planning nak buat lagi kerja terkutuk tue. Bawak sabar jer la. Hantu ni kalau ceramah bab keagamaan memang dia juara lah..padahal nan hadoooo

Aku dengki ke dia jual harta company? Bukan, masalah dia jual, dia cakap orang lain jual. Duit kenyang dia tibai sorang-sorang, lepas tue mengaku dia tak ambik apa-apa. Lagipun dia memandai jual tanpa kebenaran yang jelas dari pihak sepatutnya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

sejak bila ada hantu ? ini mesti hantu kebulur...kertas pun nak curi

Ctwawa berkata...

Berani kerana benar..gubra kerana salah.