2 hari sebelum merdeka tu la tak de air. Subuh Isnin. Kata Syabas de paip pecah.
Petang Isnin tu air masih tak de. Harap air dari tangki aje. Leceh nak angkut angkut air lagi lagi ada baby tu. Bebudak pulak sekolah satu sesi aje, jadi renyah juge bile bekalan putus, orang ramai kat umah.
Macam angkut air dari rumah kat Jalan Kebun pon okay jugak rasanya tapi laki aku suka idea bermalam kat sana lagi, jadi poie la bermalam di sana. Lagi pulak next day dah cuti merdeka.
Renyah packing jer la. Bebudak pon dipontengkan dari sekolah hari selasa tu. Jadi merasa la berulang gi kerja dari umah jalan kebun.
Laki aku mencadangkan jugak kami pindah ke sana. Tapi tak habis bincang lagi bila nak pindah nya. So far aku selesa kat sini sebab anak anak senang gi sekolah, mak aku pon tak bosan sebab ade kawan kat kejiranan ni, lagi pulak dia aktif join aktiviti masjid kat kampung aku ni. Kalau laki otstesen pon aku masih boleh gi kerja sendiri. Jadi nya tu lah antara sebab aku statik je kat bukit naga ni.
Dulu dulu sebelum de baby, datang jugak la cuci baju dan iron baju kat sana. Tunggu la Aidan besor sikit lagi, boleh continue aktiviti gitu.
Yer la kita merancang, Allah Taala la menentukan.
Hari merdeka tu, sebelah tengah hari baru balik sini. Melalui rutin harian seperti sedia kala. Huhuhuhu.