Stalkers


Yang kesah

24.7.16

43 hari

Cepat je masa berlalu. 

Alhamdulillah mak sudah mengkurus. Ada lah turun gak. Hari tu time ngandom naik 4 kilo je, dari 60 kg ke 64 kg. Tapi selamat dah turun 11 kg..buat masa ni lah..53 kg. Menten gini okay dah. Hat kebiasaanya dia akan naik lepas tu. Bonci betoi.

Anak pon makin membolat. Hari tu masa check up 37d tu dah 5.4 kg

Sejak makin tua usianya tak ketahuan jugak peel nye. Kemain payah nak tidurkan die ni. Anak jantan sorang kot kan, lain sangat pangai ngan kakak kakak. 

2-3 hari ni memang aku buh lam buaian aje. Kalau nak tunggu, mau 3-4 jam juge tu. Haram satu kerja tak jadi pulak. Nak buh lam buai tu jenuh juge. Kene mintak permission dari tuan buaian. Tuan buai tak bagi memula. Umpan bagi jajan, beli hadiah, bawak g jalan..semua die tolak. 

Tuan buai kedekut kedaung.

Lepas 2 hari si kedekut kedaung ni baru bagi pinjam. Tu pon lepas die yang tido dalam tu dulu. Tapi next day kene mintak izin lagi. Huhuhuhu.

Ade berbaki 2 minggu lebih sebelum aku gi kerja. Last year planning nak duk umah jadi housewife full time jaga anak. Tapi belum kecapaian lagi nampak nya. Tak pe, just follow the flow dulu nampaknya.

17.7.16

11 Syawal 1437H




Kengkawan datang visit kami semalam. Sebelah petang, kazen kazen pulak mai bertandang. Letih dowh. Macam ni cancel la nak gi jalan umah orang. Huhuhu.

Boboi boy memang lena sungguh malam tadi, keletihan agaknya. Tapi jenuh gak la nak bagi tido. Merajuk dah agaknye mata nye tu.

Aku pun sama naik lena di ulit intan gak la malam tadi. Lagi lagi semalam hujan lebat kat Shah Alam ni. 

Alhamdulillah.

13.7.16

Raya 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Tangan di hulur maaf di pinta. 

Tak tau lah bape syawal dah rini,  maklum lah tak berapa celebrate katakan. Ahahaha sedey. Yang aku tau dah set dalam kepala, 26/7 tu dah abis pantang. Pehtu 11/8 dah naik kerja. 


Sepanjang posa ni pak depa la banyak mengisahkan hal depa. Spesel tengs gak la kat tok nek depa. Tunggang tersenget terbalik gak la umah aku..huhuhu redho jer la. 

Walaupon aku ni tak la pantang secara ekstrem, tapi benda basic aku follo jer. Jadi, raya ni memang aktiviti cam rutin harian masa pantang tu diteruskan. Tapi
pesday raya tu syiok sikit la..makan tu upgrade sikit. Dapat makan sup daging ngan rendang ayam kampung. Sesapnye dapat makan ayammmm..


Yang menarik kat gambar ni is pada si pemakai baju kaler ijau tu. 

Special tahun ni, aku hadiah kan kurta  tuk dia. Kaler ijau gitu aku ambik. Nak bagi sedondon ngan baju mil aku la kononnya.Pasrah jer la beliau memakai agaknya kan. Huhuhuhu.

Alhamdulillah tahun ni beliau sihat walafiat dapat beribadat di bulan puasa macam selalu. 


Walau mata pejam..nampak dahi tu berkerut..tanda nya tak lena betoi betoi tu. Peel beralih bulan agaknya. Tak tau lah..yang pasti dari hari kedua kat kampung sampai lah hari nak balik sini tido nye tak berapa lena. Agaknya telinga tu dah matang mencerap segala bunyi kot. 

Next week de check up sebulan si Aidan.  Ikutkan this week tapi misi yg insist bagi date next week, aku ngikot jer la. Kata misi, "takut akak kat kampung beraya lagi". Adeh...raya lah sangat! 

3.7.16

Minit minit akhir nak balik kampung

Ada satu tahun tu, aku terlebih rajin, iron baju baju raya, pehtu hang kat tingkap, esok nye selamba balik kampung dengan meninggalkan baju baju itu. Musnah lah ceria di Aidilfitri pada 1 Syawal tahun itu. 

Moga kejadian tu tak berlaku lagi tahun ni sebab tahun ni pon aku iron siap siap baju raya tu semua. Dah hang kat tingkap lagi. Bukan sebab terajin ke ape, malas nak ambik nombor iron baju pagi raya nanti. Maybe nombor giliran aku cepat sebab aku ada lesen hilang upaya 44 hari. Hew hew hew.

Ade sikit lagi barang belum packing. Malam sat ni la pulun bagi siap. InSyaAllah pas semayang subuh pagi sok, baru bertolak balik. Harap boboi tak meragam la, lena lah selena lena gomez nye macam selalu.

Sob sob sob. Sedih tak dapat membelasah juadah di hari raya nanti. 

#rayanantibaru25hari
#dukdiamdiam
#makanhatihati 
#ingatlahbabyyangmenyusu
#mohonbagibabyduitrayalebih
#bukanpenyakitberjangkit
#babytakcompletevaksinlagi

Aidan 22 hari

Misi misi..misi mai juga akhirnya pagi tadi.

Misi terkejut ingatkan si boboi ni gegirl. 

Kannn ..aku pon kekadang ingatkan dia gegirl. Especially kalau tengah tengah malam dia paksa aku bangun berwirid sampai 2-3 jam.

Misi tanya lagi "last baby ke ni kak?"

Hua hua hua. 

"Tak tau lah".  Apa aku bole jawab lagi kan. 

Yang ni pon 

#mengandungtanpasengaja 
#nakkurus
#mendapatbuyong
#rezekiAllahbagi
#bersyukurlahwei
#toksahmacammacam

Btw, si boboi ni dah 4.9kgs. 

2.7.16

Nak Raya Dah..


InSyaAllah tahun ni beraya berenam. Bertambah la bayaran zakat fitrah tahun ini.


Misi sakan la ...tak tau pi mana..depa pi mana? Sampai misi lupa mai visit kami. Hari ni dah 21 hari. Misi kena mai timbang si botak ni masa 20 hari. Tak tau berapa kilo dah si botak ni. Masa 10 hari dah 4.3 kgs. Esok misi mai kata nya..

So, hari ni baru nak start packing. Banyak benda nak packing. Boring betul. Memang taun ni bawak lemari lah sebab tak leh nak basuh baju kerap kerap. 

Subuh senin baru nak gerak balik nya. Semoga selamat perjalanan nya.