Stalkers


Yang kesah

31.12.14

Bilik Sarah

Suatu malam tu si sarah ni menangis beria ia mintak nak katil sendiri. Tak mo share tilam bantal! Suh apak nye groom bilik paksu malam tu juge!!

Paksu pon dah menyewa kat luar. So, bilik tu memang kosong lah masa weekdays gini. Weekend pon balik kejap aje.

Sempena cuti paksa selepas Krismas tu, pi lah terjah Ikea kejap cari katil. Dah survey gak kat kedai biasa. Mostly banyak jenis besi. Yang kayu tu mahal pulak. Tok laki kite kenan ke kayu. Aku prefer besi la. Lagi tahan lama kot!

Beli la 2 katil bujangers. Tapi yang lenjan tu 3 bujangers.


Minggu ni apak la neman depa tido dalam bilik tu. Hat beria tu memang penuh keberanian la tido situ.

Tu pon belum siap kemas betul betul bilik diorang. Kalau tak de si tikus beso aku kacau, leh la anytime nak kemas kan.



Dah macam boboi boy aje kenit aku ni. Rambut tu tersalah potong..Nak cepat nye pasal. Dah cam makan dek tikus!

- Posted using my iPhone -

24.12.14

Baling Belakang - Langkawi

Throwback la..Ngeh ngeh ngeh.

Terima kasih kepada jajan belian kak ton dari bumi Langkawi.


Dapat sebantal Daim. Febret ni. Save bajet aku belikan jajan tuk bebudak minggu ni.

Duk belek belek henpon, sebelum kasi delete gambo lama tu..Meh la update kenang kenangan Langkawi.



Dalam kotak bertingkek tingkek aku pose sebelum ni, ni lah mende alah nya.

Pinggan pelestik aje. Up sikit..melamine namanya. Aku beli benda alah ni aje. Bajet sopping pon RM100 aje. Pinggan makan 12pcs, pinggan hidang 2pcs, mangkuk 6pcs, pinggan sedang 6pcs. Baru RM70++. Wat guna harian katakan.


Aku tengok gambor nih, baru teringat..Aku ada beli ek mende alah ni? Mana lah aku campak kan ia..Mahu time raya sat ni baru sibuk cari tu. Murah je..Material kaca tebal.


Sudu pon murah. Satu set ada 6 sudu/garfu RM3.30 aje. Jangan tak beli..sudu nye berat..Senang wat umpil tin sekut.

Senduk nasi besi pon ada 5 bilah RM10, tapi aku dah selamat sedekah kat jiran jiran sebagai souvenier. Kelasss..sebab coklat habis bebudak dah belasah.


Time nak balik ni. Bini boss tunggu tren. Gambor curik je la dari belakang. Tak kose aku nak tegur. Bukan dia kenai aku pon. Jauh sekali nak belanja aku
makan..


First time mak aku dan bebudak naik
kapal terbang.


Next round nak try naik feri plak. Aku fobia gak naik naik feri ni sebab aku dulu mabuk teruk masa gi Redang. Kak Ton citer okay je gi sana naik feri..smooth gitu.

Tak tau lah tahun depan..akan tercapai ke misi melawat negeri negeri di Malaysia ni? Berbaki 4 negeri lagi lom gi..Sabah, Sarawak, Perlis & Kelate.

Semoga banjir di negeri pantai timur dan perak makin surut dan pulih seperti sediakala. Adeh..tak terkata bila tengok rumah ditenggelami air sampai ke paras bumbung rumah.

- Posted using my iPhone

Site Visit

Alang alang balik ke kampung tu, singgah jap tapak pembinaan rumah kat area Chemor Ipoh sana.



View depan.


Sejuk mata tengok binaan dari batu oren gitu.

Semua balik dengan gumbira setelah melihat indon indon duk menukang rumah itu.

InSyaAllah plan nak bayar 30% guna saving en dol lepas keluar asb tahun depan.

Sekali belek belek S&P nye rini..alamak hakmilik ada 67 tahun je lagi dari 99 tahun. Rugi tu..hilang 30 tahun.

Nak fefelin buat pelaburan pon cam dah kelautt. Besor sangat modal investment nye. 30% plus cost lawyer bank bagai bersamaan dengan 80K dengan mrta nye tak de, hakmilik 67 tahun je tinggal. Yang bagus nya..monthly dalam RM800 aje.

Tak kesampaian la projek rumah ketiga gayanya , ate banyak cons nye dari yang pro.


- Posted using my iPhone -

22.12.14

Majlis A & A

Selamat pengantin baru untuk Siti Nor Azhani dan Aliff Rosli. Semoga kekal ke akhir hayat.


Selamat menikah pada hari Sabtu tadi dan semalam adalah majlis persandingan depa.

Pheww..Aku pon subuh tadi pukul 2 pagi tiba di Shah Alam ni. Gegas gegas balik sini lepas tolong kemas kemas abis kenduri tu.

Hari krismas ni majlis resepsi sebelah lelaki plak di Alor Star. Huuuu jauh. Tak pergi kot.

Ada gak lah plan nak ke sana..alang alang Papa suh amik compulsory leave 26 hb ni.Tapi tak gi sana kot. Jauh juga.

- Posted using my iPhone -

18.12.14

Rumah Ketiga

Fakta rumah ketiga- Pinjaman perumahan dibenarkan oleh bank adalah 70% aje. As per policy by Bank Negara sejak 2010.

Yang ni satu hal.

Yang lagi satu hal.

Tu hal ptptn aku tu.

Tunggu lah bulan depan..

Aku pikirkan dulu masalah aku lom packing lagi baju baju nak balik kampung sok. Eh silap..gi travel around the Europe you allls.

Hahahaha..beso betui darjat laki aku nak bawak aku gi Europe.

Mana tau termakbul doa tahana kan?? Kot laki aku menang peraduan memesin rumput ke, trus dapat pakej pelancongan percuma..tak ke bahagia gitu..

- Posted using my iPhone -

13.12.14

Apam Susu In Da Hauz

Dah lama tak baking during weekend.
Rasa cam rajin sikit. Cewah! Selalu bukan tak rajin..sibuk sikit la. Kejap kat bukit..kejap kat kebun.

Ni hari try buat apam susu. Sebab bahan dan buatan nye senang lagi mudah.

Sebijik rasanya saling tak tumpah cam rasa apam polkadot tu.



Jenuh aku try marble kan dia. Huru hara gayanya marble itu.



Resepi kat internet. Type je resepi apam susu.

Dengan belen ovalette tu, leh seround pulak buat kek minyak nanti.

- Posted using my iPhone

10.12.14

Majlis Perpisahan

Cam cikgu cikgi gitu. So skema.

Meraikan hari pencen Tok Abah di TGI Friday lunch tadi.












Ni sebahagian lah gambo aku dapat tempek. Tak larat tempek lah..mata dah nak katup. Siyes kenyang gilo..

- Posted using my iPhone -

7.12.14

Penangan Pulut

ZzzZzzzZzzz




Sampai umah je jadi cam meow tu. Mana tak nya..penangan pulut.

Tengah hari tadi ke rumah ex office mate di Sungai Merab, Kajang. Parent dia buat majlis kahwin adik perempuan dia.

Pertama kali la aku jumpe kenduri belah sini serve pulut untuk hidangan makan nya.Nasi putih pon ade je tadi tapi Aku  senduk elok je nasi kaler kuning tu..ingat nasik minyak, rupanya pulut.

Dengan kenit pon sekali cam lali time tidur petang tadi. Bagus!! Biar sampai malam pon tak pe.


Maggi Uncle Bob

Mee Maggi taruk pak choy dengan ayam uncle bob. Boleh lah !


Tak lupa teh tarik ku.

Satu minggu tak tapaw teh tarik dari febret place itu. Winduuu..

Tak tau nk membelasah ape dah malam malam gini. Harap cepat kebah selsema ku ini. Jangan hilang selera plak 10hb ni.


- Posted using my iPhone -

4.12.14

Projek Pantry Panas

Kelassssss..Projek Pantry Panas Geng Kiah telah bermula.

Wahahahahahaha..gelak syaiton sikit!
PPP telah bermula semalam..dapat la sepoyok bubur kacang ijo.

Alamak! Tak besa la nak selfie dengan masakan..maklum lah sebelum ni projek semuanya projek underground. Tak de exposure cam sekarang.

Expose sungguh! Siap pegang senduk gitu..Menunggu tomyam nye mendidih.




Lunch tadi masak tomyam campur. Makan bersama nasi putih dan sambal belacan dari food court serta telur dadar imported dari dapur utama Kak Ton.

Gambar close up tomyam tak de plak..Malas nak mengemis dari bossia aku.




Master Chef Wan resmikan dulu. Chef merangkap penanggah.

Minum petang pulak adalah bubur pulut hitam..Yummy sangat..sampai tak sempat foto foto an.

Sesekali buat gini kat opis, tak de salahnya. Seronok weh..makan ramai ramai, berkumpul ramai ramai walau menu nye miskin aje tapi jangan lah over sampai terlupa buat kerja!

Esok dan seterusnya..pantry tak berasap la gayanya sebab Pak Santa udah mau kembali. Waduh!

- Posted using my iPhone

3.12.14

Sampai Seru

Anak anak buah pakat semua dah membesar. Sorang sorang nak menikah.

Yang ni bertunang aje. Last week tunang nya. Tapi tak turun ke Gemas pon. Takut lari budget 2015. Tunggu nak menikah sat ni baru pakat turun.


Hujung bulan ni ada sorang lagi anak buah bakal menikah. Bulan 5 tahun depan, sorang lagi naik pelamin.

Pejam pejam celik kang..sampai lah kot turn anak sendirik plak nak menikah..



- Posted using my iPhone -

26.11.14

Payung Petronas

2 bulan gak la tunggu nak claim dapat payung ni!

Sebenor nye tempoh redeem dari July hingga September tadi. Kelayakan tu senang aje, isi minyak RM200 ,kumpul 10 cop mohor ..1 cop mohor bernilai RM 20.

Asal stop je kat petronas pam aje, mesti selit selit tanya stok payung dah sampai blom? Memanjang out of stock!! So, ramai la customer komplen TIPUUUU!!!

Maka nya, tempoh redeem telah di lanjutkan. Tak lama pon , extend 2 minggu aje. Kena daftar dan kita tinggalkan contact no kat mana mana petronas station terdekat. Bila sampai stok, dia akan call kita.

Eiii susah jugak claim barang foc ni..Tak tau la list tu hilang ke apa..Dekat sebulan jugak tunggu. Bila check dekat rekod mereka, tak de plak register nama laki aku.

Marah! Pasrah!

Aku dah lupakan lah payung bongok tu pon..

Ikutkan hati nak suruh aje dia pi check kat cctv dia. Cam naharom betul bebudak yang incharge list nama payung argue dengan aku pasal pendaftaran payung tu.

Tapi malas lah panjang panjang kan.

Tengok sikit rupa payung nya yang sampai bikin rakyat marhaen sakit ati!!



Baru ni petronas station tu call suruh ambik payung nya.

Jumpak dah kot list nye..Bikin panas aje!

- Posted using my iPhone -

22.11.14

Ngintei Ngintei

Ngintei ngintei dulu drawing dan seangkatan dengan nya.



Mohon di beri kelancaran dan kemudahan kepada yeop untuk segala urusan berkaitan.



Moh pecah tabung..

- Posted using my iPhone -

20.11.14

Gate Bajet Cun

Di ambang ekonomi hujung tahun ni..tau tau pulak gate DIY laki aku rosak. Chooiii! Ngam ngam setahun la pagar tu berjasa kepada tuan nya.

Dah kawasan rumah aku ni pernah kecoh pasal kapel india duk mencuri di siang hari. Siap panjat pagar masuk rumah orang bagai..

Memang keperluan sangat la menukar gate baru sejajar dengan situasi semasa.

Gitewww..





Lebar 17 kaki, tinggi 5 kaki. Tak tau lah ngikut spesifikasi keselamatan ke idok, tak pasti. Dah kabor nak pagar rega 2K++ aje. Mendapat lah gini.

Tak pe lah..dari yg ado DIY tu.

- Posted using my iPhone -

15.11.14

Walimatulurus di JPN

Pelik juge sebab buat dalam tu. Aku tau kat JPN ni orang register aje. Rupanya memang ada dewan luas untuk majlis majlis jugak.

Officemate laki aku nye majlis buat kat sini hari ni. Resepsi sebelah perempuan.

Wefie lepas membelasah.



Lajak jugak tadi ke Wet Land. Dapat la tunjukkan flamingo dan itik kat bebudak sebelum hujan turun kat sana tu.

- Posted using my iPhone -

7.11.14

Bajet

Ada sebulan lebih lagi nak tutup buku kira kira/bajet tahun ini.

Apa plan tuk bajet tahun depan plak??





Eh, silap post pulak!!


Muahahahahahaha.



- Posted using my iPhone -

2.11.14

Hari Sukan TDK 2014

Tahniah dulu kepada pasukan Tok Gajah yang menang tipis dengan JDT. Wakakaka cam pengulas sukan bunyi nye. 

Agaknya ada kot penduduk taman aku ni semalam turun stadium, so buat aktiviti taman - hari sukan pada pagi ahad ni. 

Turun padang gak la sefamilia..Dah tahun ni ada baju tshirt taman pulak. 




Semangat lavendar nampak nya pagi gini.


1.11.14

Jeruk Mangga Asam Boi

Satu malaya kecoh buat resepi jeruk mangga ni. Tengok gambo pon dah kecur air liur nye..


Kalau ada orang bawak cam last week tu, Mak Mayra bawak..Bedal jugak la..Nak DIY ..tak jumpe mangga muda nya lagi.

- Posted using my iPhone -

Gangster Mai Opis

Lupa nak blurkan muke 'abang long kawasan Bangsar' masa upload ke fb semalam. Macamla retis sangat.

Patut 'abang long kawasan Bangsar' tak de perasaan takut takut..kata 'abang long kawasan'.


Dia mai kejap je pon. Tanya khabar gitu. Alang alang nak gi karok katanya..Menyinggah kejap.

Tak abis abis dengan karaoke nye.

- Posted using my iPhone -

22.10.14

Gambar kat Hotel Kuda

Lepas ni takde dah la nak jejak tidur sini. Hu hu hu

Hotel memang luas. Kalau dia bagi 3H 2M, dan la kot nak try shuttle free die ke Mines dan KLCC atau pusing tasik ke.

Tengok kepala katil ..Inglish tema nya. Tak lupa lampu kepala kuda. Dinding pulak pasang wall paper ala ala keemasan gitu.



Lampu kepala kuda..Kuda hitam pulak tu. Seram bile tengok time
malam..


Kaki meja ala ala kaki kuda. Nasib kaler putih..Kurang lah seram nya.








Pool view. Siang hari okay la..malam hari gelap gelita..haram tak dipasang nya lampu.


Pemandangan kul 7.30 pagi gitu..Walkaton ke tu?


Jamban nya luas juga. Biasa je ada bath tub seketul. Cermin je la penuh kiri kanan..side mirror pon ade..Seram jugak pandang depan nampak belakang, pandang tepi, nampak depan belakang..Hua hua hua.

Memanjang aku seram ek..Mana lah tak seram..Aku google pasal hotel berhantu, hotel ni pon salah satu nya..Ate hotel lama katakan. Yang lama lama ni banyak lah kisah kisah nya tersendiri.

Sepanjang aku stay kat sini, tak de lah perkara menakutkan jadi. Tapi suasana malam kat sini agak menyeramkan lah.

Lampu nye stok stok malap gitu..Even kat tepi kolam dan garden tu langsung tak dipasang lampu..Lampu kat koridor pon malap..Dah la bilik kami hujung. Aku rasa bilik yang di beri pon khas untuk ahli kelab rasanya. Sapa je saja saja nak cuti masa weekday kan? Towel tu pon bau cam hapak..Selalu bau hapak ni sebab lama tak guna kan?

Tak pa..semua nye telah selamat.

- Posted using my iPhone

Chop D'Stop

Kene pinjam henpon orang baru bulih up pasal tempat makan aku pergi malam kelmarin.

Ni lah tempat nya..


Betui sesangat lah super delicious.

Ada sorang tu claim dia dah kenyang..so order lah sepinggan lamb grillled aje sama cheesy sos. 


Gini baru RM16.00 aje. Ada lamb 3 slices, jagung suku, fries, carrot dan yang ijo tu sayur pe ek..aku lupa.


Ni Sarah punya. RM3 aje.


Ni aku punya..mini mushroom soup. Pon RM 3 aje. 


Sopie diet minum jus aje. Jus mangga. aku punya air tak dan ambik gambo ek..Sedap jugak. Honey lemon ice..kunun nak legakan kahak si kenit la. 
Semua jenis jus RM 3 jugak.

Kalau berkunjung ke bandar Sri Kembangan tu, leh la menyinggah sini. 
Memang boleh kata semua hidangan western mewah dengan cheese nye. 

Tempat ni letaknya kat bazar rakyat PKPS bersebelahan Giant Sri Kembangan. 

Nak lebih tepat lagi call ini orang la. 


21.10.14

Happy Diwali

Lately, semakin banyak masa aku melayan tv.. Memang hobi sejak belum baligh lagi..

Sempat lah layan Panggung Sabtu minggu lepas. Ada filem hindustan si Aamir Khan berlakon. 


Walhal filem ni main masa tahun 2008 lagi. 

Pandai la director pancing orang tengok citer ni. Awal awal tu cam aku pon bolayan sangat..Tengok gitu gitu aje..Earlier cam citer kelakar aje..Tak lama tu start lah adegan ganas ganas. Penceritaan berdasarkan diary tu unik juge..tapi kalau lelaki macho yang tulis diary??  Euuwwww..ntah macho nye bungkus masuk washing machine tak..Biasa la film film bolly, mana nye masuk akal sangat..

Macam baca novel pon ada fefeling nya..Abis, korang tak happy ke dapat boifren kaya gile..CEO gitu. CEO plak fall in love gile b@@i kat ko aje..Siap bagi rumah la. Orang kaya katakan..Yang best tu CEO setia pada yang satu, tak suka berpoya poya.

Yang syok tu, tengok si Aamir Khan ni la. Ingat kan SRK je hade badan sado ..Encik Aamir pon tak kurang juge. Harap badan je lah sado..rupa tu ada nampak kertu jugak la. Compare to SRK dan Salman, idok le ketara tang wajah tu..

Minggu sebelum tu aku tengok Dhoom 3 masa fly ke Langkawi tu hari. Pi balik tengok filem ni. Tapi tak sempat tengok ending..Fly sejam, movie 3 jam..Cam ne tu?


Nih movie tahun lepas. Meletop kat Bollywood sana kata nya. 

Dari Dhoom 1 lagi nampak scence action over tak hengat! Tapi tu lah 1 of resepi filem depa..layan kan aje. Serius macho cam ne pon..tetap hero heroin bergelek sakan menari tarian resepi rahsia turun temurun depa..Part ni senang, aku fwd kan aje kalau tengok lam cd..Kalau kat tv, meleleh air mata kita kan..sebab semua lagu pon siaphade subtitle..

Raya ni, tak tau movie ape main..Main la kisah 3 Idiots tu..Aku tengok tak pernah habis. 

Pape pun, Selamat Memyambut Deepavali dan Selamat Bercuti.