Stalkers


Yang kesah

28.2.13

Mc

Demam panas,sakit tekak,kepala berat dan pusing. Trus dapat MC.

Baru baru nak kebah, kena hujan plak masa on the way balik dari Sri Muda.

Pening balik.

Aku selak 2-3 helai laman file yg ambik dari staff house tu.

@%€|£!!!

Trus masukkan file tu dalam woven beg. Bawak gi opis, study kat opis jer la.

Buat tambah rerama atas kepala aku aje nengok file itu.

Esok?

Mc lagi, tapi esok jer la citer.

Mahu
menidurkan diri setelah si kenits sekalian tidur .



- Posted using my iPhone -

24.2.13

Lepak hari ahad

Sesekali lepak...kat depan dewan besar CIAST Sek. 19 Shah Alam.


Sambil menunggu Mak ambik duit bantuan rakyat 1 malaysia. Sempat lah layan kuih kesui dan apam gebus.

Sesaja melepak gini gini tak de maknanya. Panas jugak cuaca tadi. End up nya kat Al Rafi Bistro pulak kat sebelah Mydin 17. 2 boss kecik melayan teh ais dan jajan skit.

Patutnya hari ni aku jadi iron lady. Memandangkan esok aku cuti bawak Auni monthly check up dengan KK,makanya esok lah iron baju. Malas ni sebenarnya.

Minggu ni bosan sebab ada kojer berlambak pending. Kojer yang aku tak suka tu larr menyebabkan aku lagi super bosan. Sebab tak gaji lagi, tambah lah bosan...

Esok isnin ek? Lagi bosannnn...


- Posted using my iPhone -

23.2.13

Auni 4 bulan

4 bulan sudah. Cepat aja masa berlalu.


Pejam celik pejam celik, lepas ni dah setahun.

- Posted using my iPhone -

20.2.13

Al Kisah - Uwang

Sudahkan anda menyemak penyata kwsp yang terkini?

Ececeh..cam iklan kat radio pulak.

Fenomena semasa, opismates berpusu pusu lah ke kwsp berhampiran. Macam macam urusan larr. Kalau nak keluarkan duit epf, kira kayo kan?? Sebab ada duit lah tu pasal nak di keluarkan kan??

Masak masak Ahad

Ni yang memberatkan timbang ni! Tapi perut mintak di isi. Haruslah home made cooking larrr, dah hari minggu kaedahnya.

Ahad lepas, kekonon busan makan nasi. Nak ala western lah, usahakan lah ...(berapa banyak lah yer?) menyedia cum menghabis stok barang dapur macam macaroni dan benda prego adik aku dapat free tu.

Resepi ayam bakar tapi bila dah masak rupa macam ayam golden wrap kepchi pulak. Error gitu. Hado ku kesah ke sebenarnya?? Janji bleh makan. Kata iras kepchi kannn...tinggal tak de jagung dgn cendawan aje.


Simple je masaknya. Perap ayam. Balut dalam aluminium foil dengan kentang. Campak ke dalam oven , bakor sampai masak.

Macaroni rebus cam biase. Kuah tu cambahkan aje campbell nye sup ayam & prego nye pes pasta dalam periuk. Tambah sikit air lah. Jangan cair plak macam kuah sup tu. Salad sikit. Tebuk baked bean dalam tin.

Sedia di hidang..

Senang masak ala ala gini esp tang campak campak tu. Kalau nak best lagi, bleh tukar ayam dengan lamb. Fefeeeling plak makan lamb chop ala ala kat Tony Romas kee.

Kalau de bonu$$ best tu makan kat situ. Dah tak de, diam diam sudeee okay.

Sambung buat wish list makan makan....

- Posted using my iPhone -

19.2.13

Arwah Ayah

Al fatihah untuk arwah ayah , Abdul Hamid bin Ismail yang meninggal dunia pada 18 Feb 2005 kerana sakit kanser.

8 tahun lepas,

Aku masih muda, 22 tahun. Adik perempuan 19 tahun dan adik laki baru 14 tahun. Mak masa tu baru 43 tahun.

Susah sangat bila tak de ayah. Dari semua segi pon lagi lagi untuk kami yang masih remaja masa tu.

Pemergian ayah memaksa kami - Mak dan aku sendiri memikul tanggungjawab besar, menjaga keluarga dan mencari rezeki.

Semoga arwah ayah tenang di sana, di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.


- Posted using my iPhone -

17.2.13

Mummy's Day Out

Duit angpow wat modal nengok wayang. Jangan puii puii sangat. Sekali sekala lah kann tengok movie berjemaah dengan kengkawan.

Ko mampu??Mampu lah dah di bagi rehat 2 jam tu...belum pergi Jln TAR je lagi. Boleh di bawak ketengah tu usul ini. Kan Danny kan? kan? kan?

Tengok citer Hantu Kak Limah 2. Pecah perut gelak ketawa. Kalau tengah tahan kencing, mahu terkucil. Spare lah pampes dewasa okay.

Tapi sebelum nengok wayang..jenjalan mencuci mata dulu kat Daiso Japan. Kedai RM5.

Layan lah kak kiah prepare wish list kat sini. Ai berkenan nak beli acuan aiskrim tu. Boleh buat aiskrim utk bebudak. Tak yah beli kat speda Mat Kool lagi.






Tengok kat skrin besau, pueh hati lah. Dengan bunyi nye lagi..seram oo HKL 2 itu.

KL Gangster 2 bila? Boleh tuu di bawak ke tengah . Kan Danny kan? kan ? kan?

- Posted using my iPhone -

16.2.13

Site Visit

Cuti tahun baru cina, stay kat rumah aje. Tak balik kampung pun sebab baru je balik 2 minggu lepas yang ada cuti Mualid Nabi & Thaipusam tu.

Demi menghilangkan bosan di hati anakanda bertiga , wat site visit larr ke Taman Hijjaz Mulia di suatu petang itu.

Ingat nak jalan ke sekitar umah aje. Rupanye pintu rumah tu dah tak berkunci. Apa lagi kannn. Kitorang masuk lah menerjah.

Anak sapa lah yang berjoget joget tu kannn??


Sakan mek Sarah menjerit jerit. Bukan kena sampuk, seronok berlari lari. Kitorang pulak cuak, dah lar umah kosong tu.

11.2.13

Novel Lagi




Dari dulu aku kurang 'taste' baca karya si Aisya Sofea ni. Ni pendapat peribadi aku jer la.

Yang kat belakang tu kata best seller. Pon tak kena taste bacaan aku. Sedih memanjang jalan citer nye..Lemas jugak yang membacanya.

Kalau kena taste tu, aku baca ulang ulang kali. Macam novel Duri oleh ahkak Pojiah. Kebanyakan novel ahkak Pojiah Ashaari aku suka kecuali novel yg cover ada lukisan Hrithik & Aishwarya Rai tu je , X best!!

Pape pon ni lah antara aktiviti mengisi masa cuti raya cina ni. Balik kampung tak la memandangkan 2 minggu lepas dah balik. Nunggu mengundi lah balik pulak. In Sha Allah.

2 budak main beskal je la. Tak yah lepaking Giant nak naik basikal.


- Posted using my iPhone -

Ularrr

Korang yang mana satu? Mesti feeeeling yang no 1 tu kannnn??


Haha. Jangan no 7 sudahh.

Selalu aku wayang cina lebih, tapi Jumaat tadi aku usahakan lah mendaki escalator dan lif ke Tower 1,KLCC.

Kalau sesaja, memang konpem aku tak pergi. Takat nak sopping, Bukit Naga pon hade tempatnya. Ni pasal lesen company lah aku seret kaki ke sana. Usahakan jugak lah mencari lrt map ke sana.



Berjaya jugak sampai ke sana...seorang diri. Dulu ada kawan teman, tak lah mengesah nak cari jalan masuk ke tower tu.

Nasib deria ke 6 berfungsi masa tu, jadi tak de lah sesat barat di sana. Nak sesat pon susah, sebab poket kosong! Hahaha.

Rabu ni kena kerja kuat lah siapkan lesen. So that, jumaat boleh kita ENJOYYYYY, wayang cina...eh, tengok wayang!


- Posted using my iPhone -

5.2.13

Dubu Dubu

Sebut betul betul. Jangan pandai pandai tambah R okay.

Malas ai nak karang berjela jela. Al maklom ai sekarang bizi bekerja. Bizi lah sangat kannn.

Tengok tengok gambo ai 'kecehikkkk' kat situ yer. Sila jamu mata..
























Yummeh.


- Posted using my iPhone -

3.2.13

Otromen 7

5 + 2 budak. Jadilah 7.




Macam budak lelaki peel 2 beradik ni. Dah mak tok beli baju,naik syeikh lah jadi otromen dan raksyasya di rumah.
Bawak gi Mydin mart nak beli wrapping plastic nak balut buku Sorfina. Dah Pak Su bermurah hati plak nak belikan menan. Ahkak degil nak otromen jugak. Ahdik berkeras nak sempoa itu. Perahsan lah konon sempoa itu mainan.
Sejak bergelar sosialis ni, pandai pulak kenit kenit girl ni bawak kengkawan masuk umah. Kengkawan pon fans otromen juger.




*beratur nengok otromen.
Habis show, auntiey collect sorang seposen yer.
- Posted using my iPhone -

2.2.13

Insta , insta dan insta

Ai suker jugak sekali sekala mendekorasi gambar. So beberapa hari ni ai banyak mengisi masa menempek nempek gambo dalam instaframe & instadeco sambil menyusukan si Auni.

Gambar family. Ingat nak send kat bff ai zaman sekolah dulu. Dia mintak nak tengok. Erm, sekali tak bleh mms plak. Nak kena suruh en dol settingkan nanti. Henpon motorola gitu gitu pon lepas mms.




Tak de kojer..tribute to Bebe. Sejak nengok kartun mr bean, Bebe dah ada nama lain..Cheddy. Si Sorfina bagi nama tu..salah dengar lah tu. Walhalnya teddy larrr.



Petang tadi nye projek. Dah dia aje tinggal kat umah, kakak dan en dol gi Giant. Menjadi lah mangsa ibu melunas mengodek godek insta.



Yang ni bleh tahan cun kan? Frame Kat instadeco. Yang tak cun tu ada mangga plak 2-3 ketul. Nak unlocked, sila bayar. Muahaha. Bayor bayor tak minat larr.



Lastly berjaya send kat bff gambo ini. Pinjam henpon en dol tadi. Gambo ini je yang ada sebab guna gambo dari henpon en dol.



Sangat larr tak de kejer kan..gambo umah dari mudah pon nak jugak diinstakan. Kualiti sikit gambonya kalau ambik dari mudah.


Okay. Gambo tuan tanah dengan opismate. Nak jugak instaframe.


- Posted using my iPhone -

Malam Ini

Terbongkang Auni tido dengan lenanya...terjongkang pulak ibunya bertenet.

Aman.

Tenang.

Sunyi sepi.

Mana taknya, kakak kakak yang bingit berada jauh di hadapan taman dengan nenek dan ayah mereka.

Malam ni ada aktiviti sempena Maulidur rasul. Aktiviti malam malam ni ai enggak bisa join la. Auni pon kecik lagi. Tak sesuai bawak budak kecik keluar memalam kan??

Rase cam mahu menidorkan diri plak. Dah tadi membaham nasi goreng paprik & black forest cheese cake.

Ate, tingat pulak kambin dalam freezer. Sok kari kambin, ayam masak merah & nasi briyani lah berasap dalam umah ni.

Makan...makan..

- Posted using my iPhone -

1.2.13

Hijjaz Mulia

Developer antar surat, inform letrik & air dah pasang kat rumah Jln Kebun tu. Pastu depa mintak rm150 sebab depa dah hulur dulu kat Syabas nak pasang meter tu.

Sekarang tunggu CF yang akan ambik masa utk beberapa bulan pulak. Kira dah final stage lah.

Selain tu, depa inform nama taman yang baru sebab MBSA tak benarkan penggunaan nama orang untuk perumahan baru. Tukarlah Hijjaz Sakinah ke Hijjaz Mulia.

Pelik pulak rasanya nama mulia itu.


Nih kena start membajet duhit untuk gril , lampu & kipas. Yang basic aje dulu.

- Posted using my iPhone -

Insta prem

Insta~prem pulak..prem gamborr aje pon di kasi tepek tepek.
Masa kat kampung last week.




Masa tengok lion dance kat MV.




Prem harimau bintang.




Kus semangat..anak perempuan aku di edit tambah tinge renab, misai mr pringles pon hade..hazabb!!




- Posted using my iPhone -