Stalkers


Yang kesah

27.6.21

Diet 2021

January sudah!
February sudah!
March, April, May pun sudah!

Hahahaha Jun.. hampir nak sudah!

Nak coret pasal fasa turunkan berat badan tahun ni lah.

Officially Aku start pada 6 Jan 2021 dengan berat 65kg. December 2020 tu 68kg tau. Seram ooo!

Mid Jun 2021 baru ni, berat Aku 58.7 kg 🀭🀭
Paling ringan masa bulan puasa tadi, 56.1 kg 

Aku tak suka tahan lapar, so IF bukan pilihan aku. Aku cuma eat clean & amik kalori around 1200kcal/day. Pastu  pairkan dengan brisk walk / slow jogging sebab nak cepat berat turun.

Bila start jogging tu, nampak ketara gila badan aku mengecik. Inch loss banyak la kiranya. Baju aku dari saiz XL, sekarang pakai M pun dah selesa. Inch loss sampai ke tangan-tangan aku sekali mengecik. Huk huk huk. Itu pun laki Aku komen, aset² Aku pun dah menguyus sekali katanyaπŸ˜…πŸ˜…. Bila chubby, dia suruh kuyus. Dah kuyus, chubby kan sikit πŸ™„ 

Aku fikir-fikir balik, tak de keperluan pun aku nak kurus keding nya. 
Itu belum ye mulut acik bawang tu mengomen, kuyus sangat dah ni ha katanya. Tak helok kuyus2.
Aku suruh berat aku je turun, tapi sekali pakej lak badan kuyus sekali.  

Sekarang ni, aku makan je cam biasa. Ada hari eat clean, ada hari macam rimau. Diet santai santai aje sudah. Aku belum fix kan berapa kalori aku nak untuk sehari. 1400 kcal ok kot kan. Pasni aku concentrate brisk walk je lah. Tayah jogging2, skipping sangat!

Aku suka gila brisk walk tepi2 tasik ke. Ade view camtu, rasa privasi pun iyea. Aku doakan laki aku semakin kaya lah, so that kot2 boleh lepas ni beli rumah baru tepi tasik. Wakakakakakaka. Selak aje pintu belakang, jumpa da tasik gitu. 

Maybe next year January aku buat full blood test la kot, nak tengok reading kolesterol aku dengan gula darah aku camne je lah. Ha boleh buat comparison kat situ je lah. 

So, istiqamah ye kita diet sepanjang tahun, untuk long term..sepanjang hayat la! 

Stamps Lembaga Hasil Dalam Negeri

Permohonan penyeteman bagi surat cara sekuriti adalah diwajibkan dibuat melalui STAMPS mulai 1 Mac 2021 kecuali bagi surat cara subsidiari yang mana surat cara prinsipal telah disetemkan menggunakan kaedah Setem Tertera Frangki Digital. Walau bagaimanapun, bermula 1 Julai 2021 dokumen suratcara subsidiari berkaitan hanya boleh disetemkan menggunakan kaedah Setem Hasil.

Sekian, harap maklong 🀭🀭

Copy paste dari web stamps 

Haaa penyeteman sekuriti ni untuk kontrak kerja syarikat la. Kata nya dah effect sejak Mac 2021 baru-baru ni. 

Share sikit experience buat penyeteman sekuriti secara online ni. Penuh suka duka bersulam menci! Huhuhuhu. 

1. Kena register sebagai ejen dulu. Jangan risau..tak de caj pun masa daftar. Aku upload IC copy depan belakang & company form kat stamps tu. 

Aku ni.. terpaksa la aku register jadi agent LHDN untuk kompeni. Online tak online, Aku jugak hadap nya benornya. So, i is pasrah jugak la. 

20.4.21

Anniversary ke 15

21 April, ngam la 15 tahun menikah dah. 
Alhamdulillah, harap kekal ke jannah. 

Last week sebelum puasa ada dah buat dinner dengan bebudak sekali, feeling² celebrate anniversary gitu. Buat awal sebab risau tak sempat nak celebrate sebab 21 April jatuh hari kerja. Dengan bebudak koloh lagik..takut bebudak letih. Alih-alih semua dok rumah..sebab kuarantin. Wakakakaka. 

So, Aku plan dinner berdua je lah rini. Sementara tak banyak urusan rini kan. Tayah gi jauh²..duk lam romah sendiri aje. Jap nak kelebek ape sedap nak order kat food panda nya atau aku masak la healthy food sebab beliau pun diet. 🀭🀭🀭 

Beliau diet sebab nak sarung jubah si pizmidon..beli masa sales kat shopee katanye. Dah muat dah tu, tapi biasa la, fasa menten kuyus memang mencabar.

Eh No! No! Kita kena cheat day la masa-masa begini. Bila lagi kan πŸ€ͺπŸ€ͺ

Well, rini timbang..dah jumpa 56. Hahaha lagi berkobar nak cheat day nih. πŸ˜‚πŸ˜‚



Ramadan, 8 1442H/2021M



Matahari Berzikir, 
Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA. 
Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan. 
Selamat Datang Ramadhan, 
Selamat Beribadah Puasa. 
Mohon Maaf Zahir Dan Batin..

Lama tak menulis kat sini, dah masuk ramadan ke 8 pun. Selamat berpuasa korang! 

Hari ni hari kedua jugak aku kuarantin covid sebabnya si mek auni close contact dengan cikgu kelas nya yang positif covid. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan semuanya. Semalam pulak, dapat tau cikgu si Sarah pun positif Covid jugak. Akhirnya, petang semalam, satu sekolah dah tutup la sampai 28hb ni. 

So, semorang la kuarantin sendiri kecuali hasben & Sopi. Biasa la, office laki aku bukan mengisah, janji datang buat kerja. Kerja tengah banyak katanya. Si Sopi, Cikgu nye bagitau dah..datang je, janji pakai mask & jaga jarak. Ha gituh! 

Aku? Aku pergi je mana-mana, janji tak pergi office...Gituh!! Ekekekeke. Ni tersadai la kat umah, work from home je lah. 

Muncul nye coretan ni, sebab dah pening dah buat kerja ni ha. Hahahaha. Take 5 kejap la kan walau ade sikit kemengantukan itu. Biase la bulan puasa ni.. Nap kejap weh, barang 30min pun okay.