Hahaha mana tak rare, biskut raya nye officemade okay.
Tu lah penangan tak de mende nak buat. Siapkan kerja cepat cepat. Baru senang ati mencampur adukkan bahan bahan.
Lagipon line clear sangat sebab hanya kakak rapunzel sahaja di menara. Kakakakakaka.
Ni lah kejadian menggentel si snowball.
Biskut ni tak perlu nak bakar ke ape. Minyak sapi tu pon senang je cairkan dalam microwave aje.
Ambik kau, sedulang snowball nye.
Nah aku tepek resepi tuk snowball ala ala makmur tapi tak makmur.
Bahan bahan :
Tepung gandum yang digoreng sampai ringan dan berwarna keperang perangan.
Gula castor.
Minyak sapi yang dicairkan.
Susu tepung Nespray.
Satukan tepung dan gula. Anggaran secawan tepung dengan 1/4 - 1/2 cawan gula.
Masukkan minyak. Uli sebati. Bulat bulatkan doh tu. Lepas tu salutkan dengan susu tepung. Kendian boleh simpan ke dalam bekas.
InsyaAllah, akan menyusul biskut seterusnya...jika tiada sebarang halangan. Kakakakaka.