Stalkers


Yang kesah

28.3.15

Gst

HUHUHU..macam macam tips keluar sempena nyambut gst ni.


Kepal nasi merupa ayam..dapat la nasi lauk ayam. Huk huk huk.


Sakai tol.

Harapnya gst tu bak indah khabar indah ropa gak la macam tuk ketua duk gebang lam tibi tu.

Dah sedia nak ketemu gst?

- Posted using my iPhone -

26.3.15

Selamatkan Wang Anda

Viral gak ni. Kat FB aku nampak..kat group wasap pon de kene tempek..sebagai persediaan tuk gst akan datang katanya. Baca baca sambil praktiskan tau.

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini.

Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

1. Belanja kurang dari pendapatan

2. Cari cara buat duit lebih

3. Ubah gaya hidup

4. Rancang kewangan anda

5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL

6. Batalkan kad kredit

7. Kurang cakap di handphone

8. Cari hobi yang tambah pendapatan

9. Hadiahkan diri dengan simpanan

10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli

11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”

12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang

13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.

14. Nikmati hiburan percuma

15. Kekal prestasi cemerlang

16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.

17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall

18. Berhenti merokok

19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat

20. Makanan bukan untuk dicuba

21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran

22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan

23. Sediakan dana pelaburan

24. Jangan mudah putus asa

25. Jangan salahkan panda bila kita susah.

26. Barang terpakai bukan dosa.

27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga

28. Beli secara tunai

29. Jangan jadi hamba faredadee

30. Jangan jadi hamba honda city

31. Guna moto itu ranggi

32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman

32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma

33. Lupakan impian tambah Nelopah

35. Kereta kecil tetap bergaya

36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah

37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.

38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA

39. Kurangkan tengok drama orang kaya2

40. Didik nafsu

Selamat beramal.

- Posted using my iPhone -

24.3.15

Oh pity pity end

Aku lodge report dah..hahaha cam report police plak! pasal lewat proses aku punya permohonan lebihan bayaran balik tu la.



Katanya ptptn busy sekarang ni..paham paham je la rakyat malaysia ni suke serbu nak bayor masa last minute. Tawaran diskaun 20% tu valid sampai 31 Mac ni aje. Ade masa seminggu aje lagi.

Nak check online statement pon payah. Maybe tunggu tengah malam sket baru masuk balik.

Lama nau wat pelarasan. Aku pon nak laraskan lubang lubang tuk bajet raya gak ni. Huhuhuhu


- Posted using my iPhone -

7.3.15

Minggu Pekse




Minggu pekse. Semua teddy bear baca buku..

Tuan teddy aje wat lek wat pis pegang remote. Kalau tahap adi putra tak pe gak la!

Itu yang omak nye memetir aje siang malam. Bikin sepoil mood omaknye bergebang lam blog.

- Posted using my iPhone -