Aku baru je naik Cameron Highland last week. Last week lah start hujan. Sebab ada di puncak, hujan tu tukar jadi kabus tebal, hujan renyai renyai aje. Macam cun lah scenery kat atas tu. Memang tak de langsung kene panahan matahari. Redup, mendung, hujan...
Trip kali ni kakak ipar dan 2 anak dia pon join sekali. Since dah ambik apartment. Boleh masuk 11 orang katanya. Best jugak la. Kalau trip sabtu dan ahad, mahu ada 2-3 sedara lagi nak follow.
Aktiviti tu macam sebelum ni lah. Jenguk ladang teh, minum teh di kaki bukit, self plucking stoberi, redah pasar malam Brinchang, berstimboat dan shopping kat Kea Farm.
Ada satu tempat baru bukak, Lavendar Valley kot nama tempat tu. Macam taman lavendar lah. Cun siot kalau amik gambo, masuk insta plak pas tu. Tapi tak masuk lah, susah parking, hujan pulak time tu.
Nak cari kaktus pon, tak terstop kat Cactus Valley tu sebab cuaca tak bagus lah. Nak kena parking jauh, Leceh pulak bawak budak, kang kena hujan, demam..satu mende pulak.
Duk kat atas tu memang best sebab sejuk, nyaman tapi seram pulak nengok gaung dan lembah tepi jalan tu. Lain dari biasa tapi jalan nye tu..fuhhhh, longgar lah usus aku menahan corner tajam dan selekoh nye. Hahahaha.
Naik follow Simpang Pulai. Jauh lah perjalanan kami. Boleh aje naik dari Tapah, tapi Tapah tu jalan lama, jalan kecik..takut ramai muntah jer la. Turun aje ikut Tapah sebab nak stop kat Lata Iskandar pulak.
- Posted using my iPhone -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan