Stalkers


Yang kesah

28.5.12

Jajan

Jajan la sangat.

t-shirt - untuk pakai sendirian berhad.

fridge magnet- untuk kengkawan dia.

Perfume-untuk sang isteri yg mintak EDP, dapat cam ala ala one drop.

Jajan Sopie

24.5.12

Penawar Kesakitan

Ni lah penawar ajaib lagi geliga kepada aku di waktu malam.
Memang berkesan- bangun pagi sengal hilang.

Cam promote barang pulak!
Sejak kemas mengemas ni, ada jugak staff sampai mc sebab mengemas.

Ada yang sakit pinggang, belakang.
Ada jugak gatal gatal sebab alah habuk.

Selalu bila aku mengemas, masalah sakit pinggang la.
Nasib ada penawar- minyak urut Afiat.
Kegunaan masa bersalin dulu tapi memang mujarab.



- Posted using BlogPress from my iPad

Choclate Mousse Cheese Cake

Ni lah sejenis lagi resepi tidak menggunakan teknik bakar

dah pakai cheese kan, mahu cair lak kek kite

sebab aku tak follow every step masa kak kiah baking, lain kali la aku bagi resepi

senang, sedap lagi murah

hasilnya?

sedap hingga licin pinggan dan menjilat jari

modal baru RM40 

Murah kan?

aku tukang ambik gambar je

plus tukang makan

i likeeeee

jom usyar gambar


anggun lagi bergaya-hasil kak kiah's team opismate

lepas di potong- ni pon share 3 orang makan...sayangg

oreo-chis-mousse-ganache coklat


20.5.12

Jangan Marah

Nanti kena jual!


19.5.12

Mid Year Pekse

Sopie baru 5 tahun..aku dah propa tulis entry macam besar sangat tahap exam dia..whatever!

Sepanjang minggu ni, memang make sure dia pergi sekolah, isnin-jumaat ada paper.

Ada la suruh dia belajar sikit-sikit.


Gambar sebelum tidur.

Lagi-lagi bapak mereka tak de, memang kene suruh tidur awal.

Karang meragam,  lambat bangun!


18.5.12

Sopie yang malang

Dugaan...untuk Sopie dan aku  jugak.

Kesian Sopie, tergaru-garu menggaru tapak tangan..Ingat fulus nak dapat.

Sopie telah di sahkan menghidap kudis buta kat kedua tapak tangan nya... Dah masuk 2 klinik pergi, tak sembuh sembuh pulak.

Dah 2 minggu merendam pakaian dan cadar/selimut dengan air panas. Rasa nak rebus jer benda-benda ni terus... cepat , sure effektif. Kes tak menyabor.

17.5.12

Kek Tiramisu - Opis made

1st try buat kat opis sebab tak payah nak bakar guna oven ke, cuma kena ada peti sejuk saja.

Dengan panduan resepi dari Majalah Wanita dan dari laman web, kami aka geng cik kiah ni pun try buat.

Bahan bahan utama beli kat pasaraya Giant dekat ni sambil keluar makan tu.

Buat kek ni memang senang rupanya. Sebab jadi claim senang ek..

Cuma bahan bahan tu mahal sikit la.

Bawah ni resepi yang dah mix and match lagi simple.






Base (Guna oreo)
Biskut oreo tanpa krim yang di pecahkan dan di gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. 

Sesetengah orang pakai kek coklat. 

Penyediaan lebih kurang macam nak buat kek batik tu.

Restoran Ellys

2 malam dah dinner dengan roti telur cicah kuah dhal dan kari kambing dari restoran mamak yang baru dibuka di hadapan taman perumahan aku.

Nama kedai Restoran Ellys.

Harga ok dan masakan pon sedap.

So, kami kat taman ni tak yah pergi mamak stall jauh-jauh. Belum try nasi beriani lagi.

Lagi pulak en hubby dah outstation ke London- New York sampai next week.

So, dinner pon ringkas-ringkas la gayanya.

Sopie pon suka kuah kari, sampai jilat dan hirup.

Tu la, masa mengandungkan dia suka sangat makan kari kat Asiba Kota Kemuning tu.

- Posted using BlogPress from my iPad

9.5.12

Packing Time..

Minggu ni memang serius pack dokumen masuk kotak. Bos aku kata ada 2 bulan lagi di bumi Shah Alam ni sebelum ke opis baru di KL sana tu. Itu pon bergantung kepada Bursa approval la...bla bla ..Katanya banyak proses.
Lantak la..tu boss nye hal nak settle.

Sebagai kulikutif yang dedikasi , aku dah start packing , tak nak last minute sebab tahap kecergasan dan tahap keaktifan aku tak sama macam tahap wanita normal biasa. Cewah..


Kalau packing barang sebab nak masuk rumah baru ke best la jugak. Aah, citer pasal rumah baru, boleh lah nak berkongsi sikit. Sekarang tengah proses apply loan untuk rumah kedua kami. Maybank dah approve tapi BLR nye ya ampun..tinggi! 4.1 tak silap. Tengah tunggu AmBank, tengok cik unta boleh bagi 2.3-2.4 ke tak.

7.5.12

Layan...Revenge

Sebab seminggu astro channel free..terlayan la plak channel Star World ahad semalam. Hangin jer bapak budak dan adik lelaki aku sebab aku mengadap tv melayan citer Revenge. Budak budak nak Baby Tv pon suruh depa tengok kat you tube jer.

SW tayang citer ni secara marathon, berturut turut entah berapa episod, rasa dari kul 10 pg sampai 7 malam. 1 episod 1 jam..memang layan la citer ni.

Dah lama tak melayan tv ni, sejak sejak tak larat duduk ni. Revenge ni kisah seorang anak gadis membalas dendam..dah nama pon Revenge kan..straight to the point kisah pasal balas dendam.

Kisah si anak membalas dendam untuk bapanya yang di tuduh bersalah meletupkan sebuah pesawat. Walhal bapaknya telah di khianati oleh insan yang dipercayai termasuk kekasihnya sendiri.


Susah ke nak minta maaf..

Dah buat salah, minta maaf la kan. Tak pon, canggih sikit sebut jer..I'm sorry.
Dah salah ceroboh masuk tempat orang, dengan bukti bukti yang ada..mengaku jer la. Buang air liur, silap haribulan darah tinggi ko naik sebab sibuk nak menegak benang yang basah.

Sibuk menyingkap kain orang, nah, kain sendiri tersingkap dek perbuatan sendiri juga.



- Posted using BlogPress from my iPad

1.5.12

Kek Belang Lagi

Kek belang untuk minum petang.





Habiskan stok marjerin dan tepung gandum. Acuan kek yang sangat tradisi..





- Posted using BlogPress from my iPad