Ahad lepas la, rasanya waktu pagi dlm jam 8 lebih tu tertengok movie ni. Mula-mula biasa la tukar tukar channel, lastly follow citer ni sampai habis.
Rupanya kisah ni adalah kisah benar di tahun 2006. Kisah mengenai seorang paderi yang mati di bunuh. Paderi ni memang alim la,disukai orang ramai, hidup bersama seorang isteri bernama Mary dan 3 orang cahaya mata.
Rose McGowen sebagai Pastor's wife |
Akhirnya Mary dan anak-anak ditemui juga bersama sepucuk senapang dipercayai senjata pembunuhan. Jadi, Mary aka isteri si paderi ni la suspek utama. Dan, Mary mengaku dia menembak suaminya. Ramai rakan-rakan dan keluarga tidak percaya kerana sang suami , Michael Winkler, sangatlah baik, apetah lagi seorang Paderi.
Tapi, peguam Mary tetap memaksa Mary menceritakan kisah sebenar rumahtangga mereka.
Asalnya Mary enggan bercerita kerana ingin menjaga nama baik suaminya. Tapi, anak sulungnya mula membenci dan menganggap Mary pembunuh bapa mereka. Mary juga takut tidak dapat menjaga anak-anaknya itu jika dipenjarakan seumur hidup. Oleh kerana itu, akhirnya Mary menceritakan perilaku suaminya, yang kononnya baik itu. Waaa...part ni memang sedih.
Suami nya seorang yang panas baran sejak awal perkahwinan mereka lagi. Semua perlakuan Mary tidak elok di mata suaminya. Cara bercakap, cara berjalan , mahupun cara gosok baju. Part kejam, bila Mary menegur suaminya di hadapan anak-anak kerana suaminya mengugut ingin membunuh anjing jiran sebelah. Tak baik la kan sesama jiran nak wat cenggitu. Suaminya, Michael terus menolak dan menyepak dengan kaki muka si Mary. Mary sentiasa menyembunyikan kesan lebam kene pukul dgn solekan. Lepas tu auta tuan doctor dia kene bola besbol.
Pihak lawan menjadikan isu tersebut sebagai rekaan semata-mata kerana tiada laporan perubatan menunjukkan dia di dera mahupun laporan kepada pihak berkuasa. Mary menyatakan dia sanggup di dera demi kerana menjaga nama baik suaminya, seorang paderi yang di segani.
Kemuncak soal jawab kat mahkhamah adalah, peguam bela menunjukkan rambut palsu dan sepasang kasut tumit tinggi. Peguam kata tu salah satu barang bukti. Mary mengaku itu adalah barang dia yang dibelikan oleh suaminya untuk dipakai sebelum 'bersama' dan perlu bermekap seperti ala ala pelacur. Mary juga di paksa menonton video lucah/pornografi. Dan suaminya turut melakukan seks luar tabii iaitu liwat..sehingga mendatangkan kecederaan kepada Mary.
Malam terakhir dia diperlakukan sebegitu, adalah malam sebelum terjadinya pembunuhan itu. Mary terus menceritakan kekejaman suaminya yang di sangka baik itu. Michael juga turut cuba melemaskan bayi mereka kerana menangis dan menyebabkan suaminya tidak boleh tidur. Kerana tidak tahan lagi, Mary terketar ketar membawa senapang ke atas katil, cuba menggerakkan suaminya dan mengajak untuk berbincang. Dengan tangisan, dia tertembak suaminya sendiri. Walhal, Mary tidak sengaja dan memang menyayangi suaminya itu.
Akhirnya, Juri berkeputusan Mary tidak bersalah. Mary di lepaskan dan mendapat kembali anak-anaknya. Tapi, ibu mertuanya tetap merasa Mary mereka-reka cerita tentang anaknya, Michael. Yer la,siapa boleh percaya lelaki alim sanggup berbuat begitu. Kesian Mary, kejam betul suaminya.
Ada banyak juga cerita menarik di channel 702 Astro ni, lepas tu citer ni kebanyakan ulang tayang. Hmmm..selain yang menarik adalah filem And Baby Will Fall & Tricks of Woman. And Baby Will Fall kisah perempuan gila cuba membunuh isteri teman lelakinya semata mata kerana seorang bayi. dan kisah Tricks of Woman pula kisah bagaimana seorang fotografer menjadikan gadis menjual ikan seorang model.
1 ulasan:
ooo..citer die camtu ker? ada tengok sekali imbas masa mary ni kat penjara ker mahkamah..luper..tapi x de plak nak tengok..Tricks of Woman tu cam best jer..nanti nak tengok kalau tersempak..huhu
Catat Ulasan