Stalkers


Yang kesah

23.2.12

Tangga Tangga Ke Syurga

Betul ke aku translate kan tu?
 Yang ni versi Korea..soundtrack/lagu drama ni best sampai follow meraban jer, tapi memang sedih kisah    cerita ni. Hero-heroin bercinta sejak kecil, terpisah..bertemu kembali, heroin pulak buta, pengorbanan ...bla bla..Nak tulis sinopsis citer ni pun dah ingat-ingat lupa. Suatu masa dulu, 2004 kot, memang hot juga citer ni.

22.2.12

Isteri seorang Paderi

The Pastor's Wife. Bukan le vocab English aku ni berlambak, tapi lepas tonton filem yang tayang kat chnl 702 (Diva ni). Paham la Pastor ni Paderi ek?

Ahad lepas la, rasanya waktu pagi dlm jam 8 lebih tu tertengok movie ni. Mula-mula biasa la tukar tukar channel, lastly follow citer ni sampai habis.

Rupanya kisah ni adalah kisah benar di tahun 2006. Kisah mengenai seorang paderi yang mati di bunuh. Paderi ni memang alim la,disukai orang ramai, hidup bersama seorang isteri bernama Mary dan 3 orang cahaya mata.

Rose McGowen sebagai Pastor's wife
Hinggalah satu pagi, dia ditemui mati di bilik tidur kerana ditembak. Kemudian, isteri dan anak-anaknya pula hilang. Kejiranan mereka ni fikir mungkin isteri dan anak-anaknya di culik. Kecoh jugak la, FBI pun siap turun padang menyiasat.