Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku. Papar semua catatan

28.4.15

#balingbelakang 5Sc

Jejak kasih di grup wasap pulak. Sebelum ni ada la keep in touch thru FB..tapi tak semua aktif.

The one and only gambor masa form 5 dulu. Perempuan ngan lelaki lebih kurang sama banyak.


25 orang je student.

Majoriti dari gomen sector la. Ramai jadi cikgu dan nurse. Polis ada 2 orang. Navy pompuan sorang..private sector 5 orang. Suri rumah sorang. Yang involve ngan politik pon ada sorang. Bisnesman ada 2 orang. Unknown 3 orang..tak dapat di jejaki lagi.

Ada jugak sahabat yang dah kembali ..meninggal tahun lepas masa tidur..Abang Yad.

Dah nak masuk 15 tahun gak la tak pernah ketemu. Tunggu jer lah YB arrange raya satni.

- Posted using my iPhone -

15.4.15

Penantian Berakhir..

Rasa bunga bunga cinta pulak rini dapat dua berita baik.

Satunya, proses tukar nama hak milik rumah dah siap. Geran rumah dah dapat. Leh compile doc tuk claim insurans ke ape tah pulak pasni.

Yang kedua ni lagi best Ptptn dah bayor duit rebate aku.

Fuhhh lega rasanya. Rasa lama menanti..
Lama ke idok? Tengok kit kronologi nye..

18 Feb - Submit permohonan pengeluaran kat kaunter Epf KL.

23 Feb - Permohonan diluluskan. Epf buat bayaran terus ke ptptn.

28 Feb - Ptptn terima bayaran dari Epf.
Pelarasan penyelesaian hutang akan dibuat dalam masa 30 hari katanya..

28 Mac - Pelarasan rebate di buat.
Sampai stage ni..aku tak tau dah next hape akan jadi. Depa perlu lagi 30 hari ke nak pulangkan rebate?

6 April - Aku call la hotline. Nak tanya next stage ape. Surat pelepasan hutang je siap kata nya. So aku mintak depa email je. Seronok dengor dah tak de hutang, dah terlupa tanya rebate nye proses berapa lama.

Baca la kat blog orang lain, ada yang advise suh bagi surat rasmi la kat depa.
So, terus aku buat surat rasmi, attach sekali ngan borang lebihan bayaran dan info akaun bank. Kasi fax trus ke ptptn kl sentral.

Tawakal aje..Ingat nak gi pos aje dokumen tu or bagi by hand kalau by 27/4 ni tak de payment jugak.

Rini, 15/4 ..within 1 week dah dapat pon rebate aku. Heee ..Saya memang suka!




Almost 2 bulan gak la ya menanti nanti..Awat tak ternanti nanti. Aku nye hutang pon RM16K++. 20% nye rebate tu kira lah berapa.

Plan terdekat ni nak peram aje dulu.

Pergh..suci murni niat itu..

- Posted using my iPhone -

26.3.15

Selamatkan Wang Anda

Viral gak ni. Kat FB aku nampak..kat group wasap pon de kene tempek..sebagai persediaan tuk gst akan datang katanya. Baca baca sambil praktiskan tau.

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini.

Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

1. Belanja kurang dari pendapatan

2. Cari cara buat duit lebih

3. Ubah gaya hidup

4. Rancang kewangan anda

5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL

6. Batalkan kad kredit

7. Kurang cakap di handphone

8. Cari hobi yang tambah pendapatan

9. Hadiahkan diri dengan simpanan

10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli

11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”

12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang

13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.

14. Nikmati hiburan percuma

15. Kekal prestasi cemerlang

16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.

17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall

18. Berhenti merokok

19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat

20. Makanan bukan untuk dicuba

21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran

22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan

23. Sediakan dana pelaburan

24. Jangan mudah putus asa

25. Jangan salahkan panda bila kita susah.

26. Barang terpakai bukan dosa.

27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga

28. Beli secara tunai

29. Jangan jadi hamba faredadee

30. Jangan jadi hamba honda city

31. Guna moto itu ranggi

32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman

32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma

33. Lupakan impian tambah Nelopah

35. Kereta kecil tetap bergaya

36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah

37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.

38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA

39. Kurangkan tengok drama orang kaya2

40. Didik nafsu

Selamat beramal.

- Posted using my iPhone -

24.3.15

Oh pity pity end

Aku lodge report dah..hahaha cam report police plak! pasal lewat proses aku punya permohonan lebihan bayaran balik tu la.



Katanya ptptn busy sekarang ni..paham paham je la rakyat malaysia ni suke serbu nak bayor masa last minute. Tawaran diskaun 20% tu valid sampai 31 Mac ni aje. Ade masa seminggu aje lagi.

Nak check online statement pon payah. Maybe tunggu tengah malam sket baru masuk balik.

Lama nau wat pelarasan. Aku pon nak laraskan lubang lubang tuk bajet raya gak ni. Huhuhuhu


- Posted using my iPhone -

27.2.15

Gegar PTPTN

Tak berapa nak faham nengok statement online ptptn tu. Ke awal lagi? Lepas 3 hari, rini la baru cam hade perubahan. Duit epf tu dah landing masuk lam acct ptptn.

Minggu depan la aku gegar PTPTN KL Sentral itu. Time off sat. Sambil tanya pasal statement tu, nak tanya sekali pasal surat release letter hutang dan rebat.

Leceh benor prosedur bayaran balik ptptn ni.

Kikikiki..time pinjam dulu senang aje. Orang ptptn ni mai cari, siap tunggu kita lagi masa 1st day register kat kolej kediaman. Duit pendahuluan pon dia bagi pinjam gak. Rugi juge tak tukar ke JPA masa sem 3 ke 4. Malas punya pasal katakan..

Tak mo ingat dah la. Dah nak bebas hutang dah ni. Free willy sungguh!!

- Posted using my iPhone -

25.2.15

PTPTN Lagi..

Bercinta la dengan ptptn sebulan dua ni gaya nya.

As at today, bayaran dari epf dah dibuat ke ptptn. Siang ni baru nampak lam i-account tu. Tapi payment lom clear. Prosesnye lebih kurang 7 hari bekerja.

Mujur gak haku memang leh check online statement ptptn aku tu, so leh check sendiri statement hari hari. Dah zero ke belum amount tu.

Kalau pas 7 hari tak clear jugak. PTPTN! ko tunggu aku terjah atau aku call dulu la.

Dah clear sat ni, baru la leh request Surat Pelepasan Hutang.

Dah ada surat pelepasan, baru leh submit borang request refund tuk rebat 20% itu. Proses nye mengambil masa maksima 3 bulan.

Mohon la diberi kemudahan kelancaran semua proses ini.

Rebate tu dia akan pulangkan ke akaun bank kita bukan epf. Best tu!

So, bekerja la kite sekuatnye tuk banyakkan balik akaun 2 itu.


- Posted using my iPhone -

24.2.15

Next...

Ada 2-3 kali aku check online i-account epf aku..Nak tahu pe status pengeluaran aku tu hari. 

Untung aku dah daftar i-account ni, tak yah buang masa nak call epf ni. Mendial tu satu hal..Yang nak tolong jawab tu pon satu hal. 


Siang tadi, tak nampak..Ni malam baru nampak akan status pengeluaran itu.

Alhamdulillah..lega. Tapi aku tak sure la apa kah next prosedur. Tu hari , surat PTPTN mention EPF kene issue bankers cheque. Tak tau lah depa buat bayaran cam ne kan. Bukan aku sorang je pernah buat mende ni, mesti PTPTN duk besa dah la handle benda ni. 

Yang penting..bayaran tu mesti sampai kat PTPTN sebelum 31 Mac ni. Penyelesaian by 31 Mac ni entitle la tuk rebate 20% seperti yang diannounce dalam Bajet 2014 baru ni. 

Aku congak congak tu, kerugian aku cuma RM300 gitu la kalau ada rebate. RM300 tu bayaran segala insurans la dividen la, untuk 11 tahun..bersamaan berapa puluh bulan tu kan. Kalau tak de rebate, memang riban-riban lah aku rugi.

Itu yang sanggup aku keluarkan epf tu. Nak buat ansuran tu agak leceh la pada aku sebab nak kene thru Majikan pulak. Malas aku nak ngadap bossia aku tu. 

Mohon dipermudahkan lah urusan seterusnya. Senang nak proceed ke next projek. 






19.2.15

Keluar Epf Bayor PTPTN

Yess..pagi semalam dah berjaya submit segala dokumen berkenaan dengan pengeluaran epf tuk hutang ptptn. 

Ni pengeluaran aku pertama kali..tak tau berapa lama dia nak proses. Lepas seminggu, baru aku call follow up la. 

Setelah hampir 10 tahun, baru terbuka jalan nak membayor hutang ptptn tu. Mujur dia belum black list aku. Ada gak la aku bayar 2-3 kali sebelum ni..Peh tu haram .. 

Agak susah la nak commit sebab aku ni menanggung family, lagi lagi lepas setahun aku habis belajar, pak aku pulak meninggal dunia. 

Tapi duit ptptn tu memang berjasa gile la.  Parents tak antar duit pon bulan bulan..sebab leh survive satu sem untuk belanja makan minum guna baki duit tu lepas tolak duit yuran segala. 

Mujur la roomate aku..gengmates segala jenis kemut belaka. Tak terbabit la kes joli dengan duit ptptn ni. Hahaha..memang nasib aku la attach dengan orang kemut segala ni. 

Harap nya terbuka la 1001 jalan duit nak masuk pulak lepas settle hutang ni.
Huk huk huk. 

Cuti tak gi mana ke??




Hihihi..same ..same.

Aku pon balik kampung yang dekat aje. Kampung Jalan Kebun..


Betul la..asik masuk dapur aje kerja nye. Nih time depa belasah megi pagi tadi. Pape pon boleh sebab barang dapur sini pon dah out of stock.

- Posted using my iPhone -

4.2.15

Hasil Sauk~an

Sauk keledek tanam kat batas sawah tu, mendapat la keria dan coq badak.


Antara yg sempat di tangkap!


Seronok balik kampung..

- Posted using my iPhone -

24.1.15

Novel Untuk Di Jual?

Boring juge cam tak berapa hade kerja..Ada la 1-2 pending, tapi tak berapa mood nak buat.

Sebab nak tayang cam banyak kerja..selalu aku hadap je bukak email kat office tu. Alang alang tu..clearkan lah, manage lebih kurang. 

Berjaya la clear kan email email tak ketahuan tu Hade 6k++, mostly pasai training/seminar, news letter shopping online. Aku unsubscribe semua segala email dari pon pon, lora , lolook ke apa. Time tak busy okay lah nak nengok nengok cuci mato..

Emel personal yahoo aku tu lagi hazab..ada 15K unread..sejak 2004. Mostly email dari Jobstreet, subscribe shopping online nye news letter la. Seminggu gak la clear..Sesambil menyusu budak pon leh delete 1K email satu malam. 

Terjumpe la email email zaman bercinta. Bercinta dengan budak IT kan. Bergaduh pon dalam email. 10 tahun lepas nye kisah kan..Zaman zaman tak berapa berakai katanya! Terus aku delete..malu menatap lakaran emosi tak ketahuan!

3rd email..gmail email..hat ni tak banyak email pon. Sign up sebab bukak blog aje..

Baru perasan hade orang email aku nak beli novel. Sanggup ek..nak potostat copy aje.
Tak berapa kose nak layan..

Aku pon sepanjang 2014 ni, dah tak layan la baca novel sangat. Rasanya aku dah matang..

Aku utamakan keperluan utama seorang manusia ..tidur . Tidur tu penting. Hahahaha..si kenit Auni aku ni memang banyak onar kalau tido memalam..By the time die tahu tido lena..riso pulak, takut plak time tu aku memboyot lagi..Haishh!! Tiada kesudahan..

14 Hari Pon Cukup

Kalau insan tu namanya Royan boleh kot. Mak mak cam haku susah..banyak aje hal nye.


InSyaAllah 30hb ni aku nak cuti jugak lah. Nak buat preparation raya ..

Huk Huk Huk! Konpem bossia cakap aku gila! Lepas tu dia pon stress bile pikir raya dia pulak..


- Posted using my iPhone

21.1.15

Ku Pitam!!

Viral sungguh qu puteh ya!

Hat ni ku pitam..ku pitam!

Minggu ni aku rasa seksa sikit..Time keuzuran ni, serentak pulak bebudak kat rumah ni selsema, batuk dan demam.


Nah..pagi ahad tu semua sihat aja. Ceria aje..maklum la dapat duit pree.

Mai malam hari nya..dah masing masing panas badan. Maybe sebab cuaca panas sekarang kot.

- Posted using my iPhone -

1.1.15

1

Tertidur kroh kroh malam tadi..Tak dan nak tafakur seminit pon.

Papepon empati dan simpati untuk segala tragedi pada tahun 2014 ini.


Nak tafsir apa camni?




Yang pasti..indah atau buruk, berjaya atau gagal, semua orang masih hidup pada hari ini..berjaya khatam page 365 semalam.

Iltizam pada hari terakhir semalam adalah nak gi beli buku bebudak nak masuk sekolah. Malam tadi terkebil kebil tengok resepi puding roti.

Ni hari, iltizam nye pospon lah pulak weh. Sabtu Ahad boleh beli lagi..Muram pulak cuaca pagi ini. Terasa malas pon ada. Moh ke GM Klang la beli beg sekolah pulak.

Contiang abis lah page 1 rini gaya nya.

- Posted using my iPhone -

18.12.14

Rumah Ketiga

Fakta rumah ketiga- Pinjaman perumahan dibenarkan oleh bank adalah 70% aje. As per policy by Bank Negara sejak 2010.

Yang ni satu hal.

Yang lagi satu hal.

Tu hal ptptn aku tu.

Tunggu lah bulan depan..

Aku pikirkan dulu masalah aku lom packing lagi baju baju nak balik kampung sok. Eh silap..gi travel around the Europe you allls.

Hahahaha..beso betui darjat laki aku nak bawak aku gi Europe.

Mana tau termakbul doa tahana kan?? Kot laki aku menang peraduan memesin rumput ke, trus dapat pakej pelancongan percuma..tak ke bahagia gitu..

- Posted using my iPhone -

6.12.12

Verangan..

Suami : Boss you resign ke?

Isteri : Yup. I bakal HOD tau lepas ni..
HOD lah sangatttz kan!

1.12.12

Baju Baru mYwoRLd 365

Aku memang suka tukar tukar template blog aku ni. Kepuasannya sama macam menukar susun atur dalam rumah. Waaaa...bajet dah tahap Eric ke ni?
Puiii. Sila muntah!



Template kali ni, harap bertahan sampai hujung tahun 2013, aku pilih kaler hijau dengan pokok pokok gitu. Aku memang suka gambar gambar pemandangan ni. Nampak natural gitu.

22.11.12

Lunch

Mendengar guruh di langit, air di tempayan di curahkan.

Tak jugak lah, guruh memang dah bunyi sekarang ni...

Cuma panaskan air, curah dalam mug, isikan oat.




Lunch ku hari ini. Oat drink, oat crunch.

Bolehlahhh.


- Posted using BlogPress from my iPad

20.11.12

Melting dengan L A G U

Melting dengan LAGU ke tuannya..?
Banyak larr melting melting..zaman tu udah berlalu yer.
Selalu dengar lagu LAGU ni kat corong radio. Tapi tak kenal siapa penyanyi. Sampai lah tengok semi final Muzik Muzik semalam.
Its him.. Bo Amir Iqram dari Bedroom Sanctuary.




Sorry Bo, cilok gambo dari fb ko.
Unik kat rambut lah dan suara dia. Apsal tengok dia cam iras Bruno Mars? Ke mata aku yang kero.
- Posted using BlogPress from my iPad

6.11.12

t o c h e - t o c h e

     


Toche toche untuk depa depa kat atas tu. Tu hadiah dari bebudak dept en hubby.

Pinau mata menengok pink ajeeee..paham paham jer la untul gegirl

Ape pon time kasih banyak banyak lah ye.


Ni lah makhluk yang tak menyabor nak sepahkan semua benda benda dalam tu.