Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label home sweet sokmo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label home sweet sokmo. Papar semua catatan

28.11.12

Revolusi Menghias Rumah



Terjumpa gambar rumah aku duduk sekarang masa kemas gambo dalam pc.
Wakaka!
Cam kelakar menengok decor masa tahun 2008 tu.
Rumah ni aku masuk sekitar May 2008.
Memang rushing masuk rumah ni sebab tak nak bayar sewa rumah dah.
Rugi lor..
Rumah ni monthly Rm700++, rumah sewa RM450.
Harus lah cepat cepat masuk sini.

Selamba kain baju landing atas sofa.
Kalau orang datang bertandang mengejut..sendiri mau ingat lah.


22.11.12

Skodenk Rumah

Baru jer Auni nye tido. Lepas cebok (pakai wipes jer pon) dan menyusukan die..
Hurm..end up nye, aku plak tak leh tido. Esok aku qada lah tido aku balik. Cam tak biase.

Dah tak de kerja ni, meh kite tilik gambo umah yg en hubby ambik sabtu lepas.
Excited lah die buat site visit dengan bebudak 3 orang, bebudak 2 orang tu biase la. Sorang lagi hulubalang dari Jalan Kebun, Danish.

Gambor ni snap khas untuk aku lah kononnya. Selalu duk menengok layout plan aje. Nak gi site visit, tak leh follow..
hulubalang Danish


4.11.12

Selepas Auni, yang di nanti..

Kesian en hubby, sejak aku start berpantang ni, dia lah take over banyak melayan karenah bebudak. Eh, tanggungjawab daddy kan.
Semalam bawak diorang ke McD. Chisss..
Lepas tu bawak main layang layang. Entah area mana diorang main layang layang. Penangan Upin dan Ipin lah ni. Pastu meronda ke sekitar Jalan Kebun. Masih bersisa banjir kat situ..lepas hujan yang kerap kebelakangan ni.
Hasilnya..



20.6.12

Pokok Sawit dan Rumah

Landmark baru untuk rumah aku untuk kawan kawan atau sedara mara nak datang,cakap kat diorang cari rumah ada pergola.

Pergola plak sekarang dah de partner, neber depan pon up pergola. Kira dah sepasang la. Pergola kami mebi jantan la..kasar benor rupanya.

Neber depan nye betina kot..kemain gantung pokok pokok bunga.

Landmark terbaru adalah, pokok kelapa sawit.

Rumah aku jer , the one and only ada pokok sawit kat depan rumah. Haru!

Ni salah satu usaha mencantas dahan , trim n firm oleh pemilik. Nak jual buah pon tak tahu nak jual kat mana. Ada neber kata, buah tu boleh kuih bingka.




9.5.12

Packing Time..

Minggu ni memang serius pack dokumen masuk kotak. Bos aku kata ada 2 bulan lagi di bumi Shah Alam ni sebelum ke opis baru di KL sana tu. Itu pon bergantung kepada Bursa approval la...bla bla ..Katanya banyak proses.
Lantak la..tu boss nye hal nak settle.

Sebagai kulikutif yang dedikasi , aku dah start packing , tak nak last minute sebab tahap kecergasan dan tahap keaktifan aku tak sama macam tahap wanita normal biasa. Cewah..


Kalau packing barang sebab nak masuk rumah baru ke best la jugak. Aah, citer pasal rumah baru, boleh lah nak berkongsi sikit. Sekarang tengah proses apply loan untuk rumah kedua kami. Maybank dah approve tapi BLR nye ya ampun..tinggi! 4.1 tak silap. Tengah tunggu AmBank, tengok cik unta boleh bagi 2.3-2.4 ke tak.

16.2.12

Koleksi orkid

Sejuk tangan mother in law(MIL) sebab sehat walafiat orkid orkid dia. Hobi masa lapang lah ni, anak cucu dah besar panjang.




Rasa nak tanam jugak orkid cam dia, tapi tu laa.. Ambik masa jugak dia nak berbunga.




Nak senang , angkat je yang dah siap datang shah alam . Amboi! Menantu hantu ni namanya..




Tak lupa cucu cucu berposing ala kat ultraman.

- Posted using my iPhone -

5.12.11

Poli moli joli

Haha...sesuka jer tajuk macam tu. Nak citer pasal tudung pergola polycarbonate yang bulan lepas dah war war tu. Sekaki kosnya RM4. Total bersama bingkai adalah sebanyak RM350. Uv protection shield ada warranty 10 tahun. Upah pasang tidak ternilai sebab en hubby pasang sendiri lor

19.11.11

tudung baru untuk pergola


Ingat manusia jer pakai tudung? Pergola pun ada tudung tau.
Kalau boleh nampak kat gambo tu, yang sebelah kiri tu adalah gambor pergola bersama penutup kepalanya. Plastik. Entah teori siapa, plastik lama-lama kena timpa hujan, memang lemah daya tahan plastik itu. 

Dek hujan ribut baru-baru ini, makanya bumbung-bumbung plastik itu mula membuat hal. Dah terbang, siap lompat masuk rumah jiran sebelah. Tak pasal menguatkan lagi silatulrahim dengan encik/puan jiran sebelah. Hahahaha... Supaya insiden itu tidak berulang lagi, terpaksa belikan tudung baru untuk pergola. Sudah seminggu nampaknya beliau free hair. 

3.11.11

Bye bye..hye hye

Bye bye stool buruk.. Kesian stool buruk. Banyak berjasa menampung 'jamban baek' kat rumah aku ni. Dari gagah perkasa sampai rosak.





Yang ni stool baru... Dari carrefour berdekatan

16.9.11

Ziarah Jiran Tetangga


Gambar kat bawah ambik masa jiran tetangga datang ziarah Jumaat tadi. Gambar diorang datang tak berani plak nak ambik, sah diorang cop aku poyo laks. Lebih kurang 30 orang jugak lah yang datang semalam. Menu semalam mee goreng, pisang emas, tembikai dan puding gula merah. Tak guna juga nak masak banyak sebab semalam pun ada 3-4 buah rumah jugak turut buat open house. Perut pun mana boleh lebih muatan kan



7.6.11

Mari Jimatkan Letrik TV style

Hampir semua rumah mempunyai TV, tak kisah lah, yang slim ke, nipis mahupun yang gempal.
Memandangkan tarif letrik sudah meningkat, marilah mempraktiskan kaedah-kaedah mencegah pembaziran letrik melalui tv. Nak memberontak sakan, melalak sana sini pun tak guna sebab itu PM sudah restu naik..jadi elok kita beramai-ramai satu keluarga menjimatkan letrik.

Antara langkah-langkah yang dapat dikongsikan :-

16.5.11

Letih mengerjakan ... rumah ku cayang

Kalau takut di landa ombak, jangan berumah di tepian pantai. Kalau takut dilanda habuk, jangan berumah di tepian jalan.hahaha..Hujung minggu kebelakangan ni asyik menumpukan perhatian dengan kerja pengemasan rumah..Baru aku perasan, musim kering macam ni banyak habuk. Tak terlarat nak menghandle habukyang haaaaalusssssssssss gitu bak kata Harith.

sejuk mata den kalau dapat rumah gini