Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label edisi puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label edisi puasa. Papar semua catatan

21.6.15

Salam Ramadhan

Ni nak sapukan sawang sawang kat blog sebab lama tak berupdate..Sibuk sapu sawang kat rumah, kemas kemas stor, almari..persediaan nak sambut puasa kununnya.

Selamat berpuasa untuk muslimin muslimat sekalian.. ramadhan ke empat pon hari ini. 



26.5.15

Al kisah ..berbuka hari ni

Syukur..berjaya la dapat lagi sehari puasa ganti.

Special nye berbuka rini ada ini lah.. ada mangga harum manis. Kurma dah licin dikerjakan kenit kenit. Belen ole ole dari Perlis. Tuan rumah beli sekilo je, maklum la selit2 tumpang keta orang katanya.Yang banyak kuinin aje.



Banyak benda gak masuk lam perut ni. Nasi campur ada, cistat ada. Cam pening gak perut ni rasa ..

- Posted using my iPhone -

25.5.15

Ganti Mengganti..

Niat aku, dapat minum air tak pa dah.



Aku ingat kan laki aku yang ignore alarm aku .. Check punya check..


- Posted using my iPhone -

5.4.15

Menjala di Jalan TAR

Trip kali ni adalah melayankan bekas mak buyung yang terperuk lam rumah 2 bulan dan akak mejer yang dapat bonus. Tapi bonus dia dah abis dahh..Tunggu raya ada belen bonus lagi.

Ahkak mejer memang bagus. Walhal last week dah gi Jakel. Tapi Jakel tak de sale plak time tu..Mur mur pon leh dapat kain 4 pasang RM200. Kat TAR baru RM30 sepasang untuk jenis kain yang sama kat Jakel tu. Yer la..Jakel tu berekon, lighting baek.. dia caj lebih la sikit. Sikit sikit pon RM20 tu.

Walhalnya aku dah hantar tuk tempah pon kain sebelum ni aku beli. Tapi baru tuk raya pertama aje. Tak leh tahan, beli jugak..tuk raya kedua ke, ketiga ke, raya haji pon boleh. Tak tau zaman bila pulak nak ngantor jahit. Peram je lah.

Seriau jugak lah. Masa nak start gerak tu hujam gerimis dah.. Tapi bila masuk KL tak hujan pulak. Tapi langit tu kejap mendung kejap cerah. Keluar dari KL cepat jugak, about 2 pm macam tu. Takut jugak hujan tetibe ke.

Planning nak makan kat Capitol Cafe hat femes tu..ramai orang pulak Q. Sesuai la time tu tengah lunch hour. Lastly balik makan kat Shah Alam aje. Makan kat Ikan Bakar Sri Muda. Lama giler tak pergi. Harga leh tahan.

Lajak pulak ke Giant Kota Kemuning tuk solat. Ingat kan laki kak mejer nak ambik dia kat sini. Upenye lakinye nak kolek kat Sek 20 . Senang tak jem.




Wefie ..lepas pekena rojak dan cendol depan KPJ Selangor. Memang rezeki lah. Last time gather nak pekena cendol gak tapi tak de plak. Sesuai tuh..panas terik petang tu.

Next ..sebelum raya pulak. Ke Nilai 3 pulak. Leh cari karpet dan langsir tuk raya. Hopefully PTPTN pulangkan dah la rebat tu. Wat modal tuk shopping.

- Posted using my iPhone -

16.8.12

Iftar di PICC Putrajaya

Ok jugak la harganya dengan menu menu nye. Standard la ada kambing golek, mini steak, satay, nasi mandhi arab, dim sum pon ada.

Tapi berbuka semalam F O C .

Join company en hubby berbuka dengan Jabatan Immigresen.



Mak pon kami angkut. Bebudak harus la ada sama.



- Posted using BlogPress from my iPad

24.7.12

Buyung Yang Berpuasa

Walau bergelar mak buyung, aku  selamat berpuasa juga, nak masuk hari ke 4 hari ni. Tapi terawih tak dapat buat la. Dah lepas makan berbuka, makanan tu terasa macam stuck je tak turun turun ke perut..sebab perut dah besar kot.

Orang kata, kalau pregnant..tak pe tak puasa. Cam tak best kalau tak puasa. Pastu, nak mengqada puasa pon 1 hal. Cuma puasa hari ke 2 tu la, 5 minit sebelum berbuka tu terasa mcam mual-loya pulak. Nasib baik dah dekat waktu berbuka.

Cuma amalkan, masa berbuka, ngap dulu kurma baru minum atau makan. Masa bersahur plak, penutup sahur dengan kurma 2 biji. 

Khasiat kurma ni banyak sebenarnya. Salah satunya kaya dengan zat besi. Sebab kurma la HB aku naik dari 11.4 jadi 12.3 last 2 week nye check up. Power tak power si kurma nye khasiat. Belum lagi tu tambah sparing partnernye - minum susu. Sure HB aku stabil jer. 

Kurma kegemaran aku tentulah dari Yusof Taiyoob- yang murah sekali la. Lembut jer. Tapi bulan puasa la jumpe kurma ni. 

Kurma Madu Bam





21.7.12

Ramadhan Pertama

Saat ini, memang rasa lemah. Rasanya mampu puasa penuh hari ini.

Mujur pagi tadi seawal kul 9 pagi dah buat dessert untuk menu berbuka. Kalau tak, memang dalam kenangan la blueberry cheese tart. Sebab tak de colour purple tu, belasah jer la kaler merah.




Main dish tentu lah berat- nasi putih, sup tulang & daging, sambal belacan dan spagetti bolognaise.



Nampak adik lelaki aku beli murtabak ayam tadi. Variety tapi portion sikit sikit.

Spagetti buat separuh dlm 250g. Sup tulang/daging leh bawak ke sahur banti.
Insyaallah- tiada pembaziran.

Tambahan lagi, lontong dari jiran Myvi ku dan kuew teow goreng dari jiran bantingku.



- Posted using BlogPress from my iPad

20.7.12

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem






Oh My Arabic...




Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua blogger terutama muslimin dan muslimat sekalian.




Dengan kandungan yang mencecah 27 minggu ini, harap harap dapatlah aku menunaikan ibadah puasa dengan jayanya.




Kepada yang tersentuh dengan kelantangan tulisan dalam blog ini, ku pohon kemaafan.








15.8.11

Berbuka beramai-ramai

Anak buah request nak berbuka hari sabtu lepas thru facebook. Menu apa nak makan sabtu tue? Nak masak nasi campur, pun dah tak tahu nak masak apa. Lagi pulak yang nak memasak 2 orang jer. Nak bagi makan sampai 10 orang. Si pengacau 2 orang lagi. .Lastly decide masak nasi tomato, ayam masak merah, papadam dan jelatah. Simple lagi cepat. Ingat nak buat kari daging..tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, diorang sume suke dan makan bertambah..maklumlah puasa kan, belasah jer apa-apa. Tambah-tambah cuaca sejuk sebab hujan lebat petang sabtu  tue.
Nak tahu, sebelah utara kat kampung asalku, tanah airku, kalau buat ayam masak merah, mesti ayam tu dimasak bersama kacang tanah kisar. Tapi masak macam tu sesuai makan bersama ketupat atau nasi impit jer. So, ipar dan anak buah amat impress dengan keenakan rasa ayam masak merah hari tu sebab tak de letak pun kacang tanah kisar tu. Siap tanya ambik resepi kat mana..dari internet lerr.
Tak sempat pun snap gambar, sebab sibuk dengan tetamu... Plan nak bershopping raya pun terbantut. Apo nak buek jang..postpone ke minggu depan la.
Minggu depan lagi bz..bz nak buat kuih raya. Buat yang ringkas dan senang saja macam choclate chip(jangan lah bantat tahun nie) mazola, cornflakes madu dan kuih siput. Mahu penyet ibu jari menggentel si siput.

11.8.11