Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

27.11.12

Kalau Memang Harus Begitu

Macam tajuk sinetron gitu..
Aku citer pasal novel ni sebenarnya.




Haru betul, tinggal lebih kurang RM20 je kat Maybank.
Tak lepas nak order novel online..RM 32.
Senduuu..

Alternatifnya, aku baca lah novel ni secara online dari blog acik lana.
Alahai, sampai part klimaks..dah tak de dah.
Off cos lah kena beli kan?
Hampasss..
Taktik jual buku tu!

29.1.12

Melintang untuk novel

Sekarang aku kena susun cenggini para novel aku. Itu pun, masih ada 3 buah novel orang pinjam.

Esok, novel terbaru akak Fauziah Ashaari dapat!!! Suruh kaki novel cheras tapaukan.

Sia sia terjah ke MPH, Alamanda pulak tu, belum ada stok lagi. Kebetulan semalam ke Hospital Serdang jenguk anak kak Eka yang admit sebab sesak nafas dan masalah jantung.

27.1.12

Memang Terbaik! Aku Kah Juwita?

Aku kah Juwita? Memang novel yang best dan kene citarasa aku. Sesungguhnya aku suka karya karya cinta ala ala Full House atau My Girl, bukan Autumn in My Heart atau Winter Sonata. Meleleh ni bosan jugak kekadang, takut takut se-po-il mood aku.


Novel ni memang tak bosan di baca dari awal hingga muka surat akhir,tapi tu la, letih pulak kepala otak nak mengingat nama nama yang mencabar watak watak heronya.tapi heroin nya...nama simple Minah binti Temon. Ha ha ha. Nama cam apa tapi persis Lisa Surihani beb.

Pendek kata, 1 heroin, 3 hero gitu. Hero yang mana berjaya menawan si Juwita? Novel ni adaptasi dari lagu si Nubhan, Oh Juwita kalau tak silap lerr..

Ketaq jugak nak tekan button proceed buy kat kakinovelonline tu. Beli  sebab ia adalah salah sebuah novel yang laris last week. Yang penting, aku tak yah pi kedai buku, order jer dengan penjimatan RM4 lagi. Kalau order pulak buku yang best, wah...double double best rasanye.

25.1.12

Dari novel ke buku

Boss bagi cuti sekerat hari jumaat lepas sempena meraikan cny ahad tadi. Oleh demikian, aku tersesat ke Mydin Sri Muda tapi sorang diri la. Langkah pun pendek jer sebab belum gaji. Kat Mydin terjumpa buku buku untuk budak tadika sesuai untuk Sopie.

Time beli ni, berniat sakan lah, nak kurangkan beli novel, tapi tu lah...

Bosan tercongok kat depan menengok telepon hitam yang tak banyak bunyi hari ni. So,pepagi dah terjah kakinovel online. Sambar dulu satu buat peneman di meja. Apa tajuknya?hampir lupa,yer... Tajuknya akukah juwita.

29.12.11

Kau milikku

Tak dramatik betul ending cerita Tentang Dhia tu, suami isteri meninggal dunia endingnya...aduh, sedih jugak tu. Tapi pernah jadi kat nenek sepupu aku, isteri meninggal pagi hari, lepas kenduri, malamnya suami pulak meninggal. Masyaallah.

Kau milikku adalah novel terbaru yg di beli secara online dari kaki novel. Daftar jadi ahli secara free, setiap langganan dapat diskaun rm4. Yang best pos fee pun foc.

Contoh aku beli kau milikku, harga asal rm23, beli online dapat rm19 dan ku memang just bayar rm19 sahaja. Ni baru syok beli barang online.

Sambil buat kira-kira, bergosip dgn kak kiahs dan mengadap tepon sekalipun buku tebal 702 ni dah habis baca.

Masalah! Isk isk isk



- Posted using my iPhone -

5.12.11

Plain Jane Bukan Hanya Sesaat

Dua novel yang disambar pada jumaat lepas , hari yang sama tapi waktu berbeza.

Terjumpa Plain Jane di kedai buku di Klang, berhampiran komuter stesyen Klang. Kebetulan nak cari disket, tak sangka terjumpa ni. Ramai yang kata susah nak jumpa novel ni. Dalam hujan lebat selepas selesai seminar kat Permata Petronas Bangi, sambar jugak novel ni.

Novel ni macam kisah realiti, tentang seorang gadis yang hidup sederhana tetapi tiba-tiba berubah menjadi luar biasa. Bertitik tolak dari percintaan dengan Zaniel, lelaki yang ala-ala serba perfect, merubah kehidupan sederhana Siti Nur Balkis. Kerana mengikutkan kesempurnaan Zaniel, Balkis hampir kehilangan keluarga tersayang , ibu, Bak, Babang dan Badek, tak lupa juga Lilee dan Apis Milo, teman sekuliahnya.

Dapatkah Balkis menyedari kealpaannya? Benarkah Zaniel Mr Right nya?

29.11.11

Sudut Mata Novel Yes Boss - 2x5 - usai aku terima nikahnya

Haha..saja aku nak tulis entry pasal novel. Aku perasan the most key words yang end up sangkut kat blog aku adalah tajuk-tajuk novel. Biasalah tu, aku pun search kat google jugak pasal novel-novel terbaru dipasaran. Sekarang pulak demam Ombak Rindu versi filem, so banyak search pasal Ombak Rindu. Ok lah tu kan, menambahkan lagi nuff yang sebanyak RM 2 tu...pity, pity me...




Untuk bulan November , tiga novel berjaya disambar. Yes Boss , 2 x 5 dan Usai...aku terima nikahnya. Setiap satu bernilai RM 19.00 Cayalah, terkorban RM 57 tunai...


14.10.11

Sudut Mata Novel Kasih Bersulam Cinta




Penerbit Alaf 21
Penulis Rozita Abd Wahab
Cetakan Pertama 2011
Muka surat 443
Harga RM 17.00

Novel bertemakan cinta lagi. Heroin Anis Razikin dan hero nya adalah Hakim. Mujur masa baca novel ni tak ingat kat Norman Hakim..buat spoil mood jer pun. Jalan cerita biasa sahaja, tak de feeling feeling nak menangis pun baca. Pendek kata, jalan cerita yang macam dalam drama kat tv. Kahwin terpaksa antara Anis dan Hakim dek muslihat ibu tiri Anis, Makcik Asmah yang mahu membolot harta bapa Anis.

Biarpun pada mulanya Hakim tidak menyukai Anis, namun akhir nya mereka telah jatuh cinta. Perkahwinan yang mencabar kerana terpaksa dirahsiakan dari keluarga Hakim dan teman sekuliah kerana masih dalam pengajian. Namun, cinta mereka diuji lagi bila papa Hakim mengetahui dan tidak merestui perkahwinan itu. Dia menganggap Anis hanya ingin mengikis harta keluarga mereka sahaja tanpa mengetahui rahsia sebenar. Siapakah Anis yang sebenarnya?

Novel tambah berkembang dengan watak watak teman Anis di zaman pengajian mereka dia Universiti.
Kesudahannya? Miliki sendiri dari kedai novel berhampiran.

4.10.11

23.8.11

Sudut Mata : Lafazkan Kalimah Cintamu



Bila baca novel LKC nie terbayang bayang muka si Sharifah Amani, pelakon terkenal tu sesuai dengan karektor Tengku Aqillah..yang kelakar gila gila dan putih dan mix melayu dan jepun. Watak Tengku Ryan pulak adalah pelakon Smallville Tom Welling tue.Yang nie memang dah digambarkan dalam novel oleh penulis.
Tebal gila novel nie..1000 lebih. Aku beli masa 1st week sabtu bulan Ramadhan yang lalu masa pegi JJ Bukit Tinggi. Memang sedih beb baca novel nie..Tapi aku dah start keletihan sebenarnya. Asik hero heroin saling merajuk. Boleh kata, semua novel dia yang pernah aku baca seperti Cinta Kau dan Aku dan 7 Hari Mencintaiku mempunyai rencah utama yang sama iaitu kasih sayang kekeluargaan. So far, memang 7 Hari Mencintaiku terbaik di hatiku.



12.8.11

Sudut Mata Novel Gelora Ma Lee Chuswan





Ini adalah novel karya ma lee chuswan yang diterbitkan semula dengan penambahbaikan oleh akak MLC. Diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise, novel setebal 338 muka surat nie memang sekelipan mata sahaja dapat aku habiskan.
Adam, anak pungut atau anak angkat Dato Mustaffa berjaya menjawat jawatan tertinggi di syarikat sedangkan Mila, anak kandung Dato Mustaffa berkelulusan ijazah dari luar negara hanya diberikan jawatan eksekutif sahaja.
Perkara tersebut menambah kebenciannya terhadap Adam. Malahan semakin bertambah apabila mengenangkan bagaimana dia dipisahkan oleh Adam dari papanya dahulu. Dalam diam Adam sebenarnya menaruh hati terhadap Mila.
Namun, akhirnya mereka diijabkabulkan juga akhirnya. Benci dan dendam mengatasi rasa kasih sayangnya kepada Adam. Adam akhirnya membawa diri, merajuk kerana disalah anggap oleh Mila.
Setelah pemergian Adam, papanya pula pergi menghadap Illahi. Rentetan itu, syarikat yang dulu kukuh dibawah kemudi Adam, bertukar hancur di tangan Mila. Di saat itu, Mila sedar dia perlukan bimbingan dan kasih Adam.
Adakah Adam akan kembali? Mampukah Adam memaafkan kesilapan Mila?

Dapatkan dan ketahui sendiri kisah akhirnya..Tak rugi membelinya. Baru RM 17.00.

30.7.11

Sudut Mata : 7 Hari Mencintaiku

Novel ke 4 karya Siti Rosmizah terbitan SR Publication cetakan pertama tahun 2011. Memang berbaloi melabur sebanyak RM 32.90 untuk novel setebal 1049 laman nie. Guess what? Aku habiskan satu malam jer, dari jam 8 lebih hingga 4 pagi.  Nasib lah sabtu, tu pun jam 7 lebih dah bangun pun layankan karenah budak-budak ni. Weekdays elok kemain diorang nak bangun lambat, tapi hujung minggu masing masing cergas bangun awal..

Asalnya, nak beli novel terbaru Aisya Sofea, Uda & Dara..tapi memandangkan dah habiskan RM32.90 untuk novel nie, terus terbantut nak beli. Minggu depan jer lah rembat novel Uda & Dara. Kot kot si N , ofismateku yang kaki novel terbeli, pinjam baca jer lah dengan dia. Dapat jer novel 7HM nie, terus sms N, nak pinjam tak novel aku nie? Erm..dia reply, nak pinjam tapi takut lah tak dapat nak habiskan.

Atas sebab N bilang macam tu lah, aku teragak agak nak beli novel 7HM ni pada mulanya. Tebal. Mahal satu hal. kalau dah RM 30 lebih, boleh beli 2 novel jugak..Tetiba, sorang akak ni(pada hematku, kaki novel jugak) selamba badak tegur aku masa aku belek-belek novel nie, beria-ia beliau cakap novel nie best..sampai dia baca 2 kali. Disebabkan testimoni beliau tu lah, aku tak pikir lama..terus bayar. Lagi lama dalam kedai buku nie, lagi pinau mata, mujur dompet tu hidup segan mati tak mahu, kalau tidak..mahu hari tu sambar lagi 2 novel.


Novel mengisahkan bagaimana

20.7.11

Aku dan koleksi Ma Lee Chuswan

Tak sedar pun selama nie aku pernah baca novel karya Ma Lee Chuswan seperti Lamaran Kedua, Permata Hati dan terbaru Gelora. Novel lain seperti Tirai Impian dan Selamat Tinggal Sayang masih dalam pencarian aku. Rupanya ada jugak sesetengah pembaca sanggup photostat novel-novel nie dan jual photocopy sama harga macam novel asal dan kadang-kala double-triple harganya. Tak patut!

gambar dari inche google
Lamaran kedua masih dalam simpanan aku. Entah novel sapa nie, tertukar dengan budak-budak Kolej KTP dulu rasanya. Sapa pun tak claim, aku simpan jer. Permata Hati aku jumpe kat kedai novel terpakai iaitu Novel Hut kat Sri Muda. Kedai nie bersebelahan Mydin Mart. Lepas bershopping situ, singgah kejap sebab en hubby mencari bahan rujukan untuk hiasan dalaman rumah. Tak sangka terjumpa Permata Hati kat kedai nie. Dapat lah murah beli , tapi buku ori ok.

Pergi kat ruangan forum lepas aku search pasal Ma Lee Chuswan ni, aku dapat info salah satu novel beliau akan diterbitkan semula iaitu Gelora, diterbitkan semula, bukan ulang cetak yer. Tapi, novel Selamat Tinggal Sayang terbitan Creative Enterprise akan di ulang cetak.

Lawatan tak rasmi aku ke MPH Alamanda sabtu yang lalu telah menemukan aku dengan novel Gelora terbitan Kaki Novel ni.Baru bercadang nak beli baju, dah tergoda habiskan duit tu beli novel.

Search pulak pasal novel Selamat Tinggal Sayang, memang betul novel tu diterbitkan semula oleh Creative Entreprise S/B. Pergi website , dapat lah order online jer Isnin baru nie. Ni dah Rabu, belum kunjung tiba lagi novel STS tu, lastly aku call juga office nye kat Bangsar tu..Mana tahu tak de stok ker, penat aku tunggu bak tunggu kucing catwalk bertanduk..Diorang cakap hari ni diorang akan pos..Lega dengar..Esok lusa sampai lah tu..

Aku suka jugak gaya penulisan novel MLC nie. Pendek kata, memang dekat lah dengan perasaan dan jiwa wanita kita. Aku perasan Permata Hati, Lamaran Kedua dan Gelora masih lagi asli dengan tema wanita memerlukan kepercayaan dan kejujuran dari pasangannya. Dan cemburu buta itu bisa menghancurkan hubungan. Aku confident jugak lah STS pun begitu jugak rencahnya nanti.

Die hard fan nie, siap aku add dia dekat FB. Yang best tu, dia approve tu. Best ! Best ! Memang terbukti MLC ni perempuan. Sebab ada yang kata dia ni lelaki lah, asal dari Thai lah sebab namanya yang peliks sikit tue. Dia asal dari Kelantan sebenarnya. Kalau sesiapa beli novel Gelora 2011 akan dapat lihat bio MLC kat page belakang.

10.7.11

Sudut Mata : 5 Tahun 5 Bulan

Karya dari Hlovate, novel kedua tulisan yang aku beli selepas aA+bB. Susah payah nie cari kat kedai buku kat Jalan Tuaku Abdul Rahman. Ku abaikan lambaian kain-kain ela dan tudung semata-mata mengejarkan novel nie. Selain 5 tahun 5 bulan, ada Versus, Rooftop Rant, Tunas kat kedai buku tue. Aku ambik jer 5 tahun 5 bulan nie dan Contengan Jalanan. 5 tahun 5 bulan nie sebenarnya terbit dah lama pada tahun 2007 sementara Contengan Jalanan novel terbaru Hlovate tahun nie.


6.7.11

Sudut Mata : Novel Bisik-Bisik Gelora

Novel karya terbaru dari penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari bertajuk Bisik-Bisik Gelora pada tahun 2011 ini dari penerbit Buku Prima, kaum kerabat grup Karangkraf jugak.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?

Petikan di atas adalah sinopsis dari belakang novel. Sambungan di dalam novel seterusnya..

10.6.11

Sudut Mata : Novel Kasih Yang Suci






Meletup-letup dan HOT drama Nora Elena sekarang nie. Dah jadi fenomena terutama watak Seth Tan dan Nora Elena. Para gadis mengidamkan personaliti Seth Tan yang kacak, romantik dan kaya.
Beb..bangun lah dari mimpi. Mana nak dapat lelaki kualiti macam Seth..dalam novel jer ada. 



KASIH YANG SUCI - Nora Elena bahagia menyintai dan dicintai oleh tunangnya Saiful Idham. Mereka juga bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Rezeki Saiful Idham semakin murah apabila bakal dinaikkan pangkat oleh majikannya, Seth Tan. Kebetulan, Seth Tan dalam diam-diam menyukai Nora Elena walau mengetahui Nora Elena adalah tunangan orang. Fizikal Seth dalam novel ini digambarkan seperti aktor Chow Yuen Fatt. Fuh..hensem dan gagah tu. Memang sesuai jugak watak Seth di bawa oleh Aaron Aziz. Seth juga sebenarnya adalah abang kepada kawan baiknya sewaktu menetap di Kg Sepakat Jaya iaitu Mei Ling.

Pertemuan kembali dengan Amir, kaki buli di zaman sekolah dulu telah mengakibatkan Nora Elena dihantui mimpi-mimpi ngeri. Tidur malamnya penuh igauan ..

28.5.11

Sudut Mata : Novel Rindu Hatiku

Satu lagi karya Fauziah Ashaari ,
merupakan kesinambungan novel Ombak Rindu dan Cinta Tiada Akhirnya..


Mengisahkan Izzah yang masih hilang ingatan sejak kemalangan lalu tentang asal usul dan sering tertanya-tanya tentang perkahwinan dirinya bersama Hariz. Izzah masih dihantui mimpi ngeri tatkala 'bersama' Hariz yang menyebabkan hubungan intim mereka semakin hambar.


Sudut Mata : Novel aA + bB



Penulis : Hlovate
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Tahun terbitan : 2008
Muka surat : 495


24.5.11

Sudut Mata : Novel Jangan Bilang Benci

Aku sudah selamat menelaah novel Jangan Bilang Benci dalam masa satu hari jer..
Yang ni kita beli tau..sebab kaki novel kat opis belum beli lagi..


Info -

Penulis : Muna Mahira
Penerbit : Alaf 21
Tahun terbitan : 2011
Muka surat : 498
Harga : RM 19.90



Beli sebab sinopsis kat belakang buku amat menggoda macam ni..

ketagihan novel sudah bermula


Minggu ni pun sudah beli lagi satu novel
Jangan Bilang Benci karya Muna Mahira terbitan Alaf 21




Oh tidak!!!
ketagihan novel sudah bermula..