Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

12.3.16

Puding Roti Karamel

Pagi ni skodeng skodeng fb ternampak resepi puding roti karamel. Teruja nak baca resepi sampai abis sebab bahan nye mudah je. 

Pernah gak adik laki aku request suruh buat tapi hat puding karamel je la. Hat tu banyak sangat telur nye. Takut tak jadi.

Bukak fb balik dah tak jumpe pulak resepi nye. Tah fren mana sharing resepi tadi. 

So aku gugel je resepi puding roti karamel. Sangkut kat resepi puding Sheila Rusly. Kat fb dia ada, kat website die pon ade. Tapi aku follo kat website punya. 

Resepi Puding Roti Berkaramel.

Karamel :

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Hanguskan gula hingga perang. Masukkan air panas. 
Kacau supaya tidak berketul. 
Tuang ke dalam loyang.
Sejukkan kejap.

Puding :

3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
4 biji telur (kacau perlahan, jgn sampai berbuih supaya dapat tekstur puding yang licin)

Cara cara :

Blend semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
Kemudian satukan dengan telur. 
Kacau perlahan.
Tapiskan. 
Tuang ke dalam karamel tadi. 
Kukus selama 40 min - 60 min.


Hat ni rupa selepas dikukus. 

Tunggu dia sejuk skit baru nak buh dalam peti sejuk. Pehtu baru leh terbalikkan die sebelum nak ngap.

5.9.15

Oreo Cheesecake

Petang semalam pas balik kerja singgah Giant jap. Laki aku nak cari spanar kat DIY, aku je la masuk lam Giant.

Tu yang cam fefelin nak buat oreo cheesecake tu. Sesuai oreo nye murah..lagi de extra 20% katanya. Baru RM2.50 sebantal biasa tu.

Resepi ingat ingat lupa gak. Tapi ingat lagi la sikit2 demo resepi dulu dengan cik kiah kat opis. Hukhukhuk.

Sampai rumah terus kerjakan base nye dulu. Lepas dinner segala baru siapkan cream dan topping.

Tapi tu lah gelatin tak de pulak. Jadinye aku pukul 250g cream cheese sama 200ml whipping cream, fresh milk dlm 3 sudu, gula 3-4 sb dan buh oreo hancur sikit.

Topping tu aku just tabur milo aje. Sebelum ni wat pakai serbuk koko cam pahit la pulak.




Aku sengaja keraskan dia pakai bekas kaca semalaman. Bekas ni kecik dan ada penutup. Nampak lah cam tinggi sikit rupa tu. Nak potong pon senang sebab base cheesecake ni keras nye lahai. Dah siap potong baru transfer ke bekas plastik microwave biasa tu.

Mok mok la weekend ni.

- Posted using my iPhone -

3.1.15

Puding Roti Expired

Kat rumah ni, roti tak laku sangat.

Macam rajin sikit, semalam balik kerja singgah kedai dulu cari fresh milk dan butter.

Malam hari jugak kite membaking. Semangat!!


Ujung ujung nak masak, tu belah atas tu berminyak sikit, itu bakor pakai api atas je. Tu cam terhangit gitu.

Resepi cari kat google aje. Resepi asal gune 4 keping roti tapi aku buat double sebab roti ngam ngam ada 9 keping. Buh fresh milk lebih sikit.


Yang baju pink tu belasah kismis aje. Yang sebelah tu belasah dengan susu pekat aje.

- Posted using my iPhone

13.12.14

Apam Susu In Da Hauz

Dah lama tak baking during weekend.
Rasa cam rajin sikit. Cewah! Selalu bukan tak rajin..sibuk sikit la. Kejap kat bukit..kejap kat kebun.

Ni hari try buat apam susu. Sebab bahan dan buatan nye senang lagi mudah.

Sebijik rasanya saling tak tumpah cam rasa apam polkadot tu.



Jenuh aku try marble kan dia. Huru hara gayanya marble itu.



Resepi kat internet. Type je resepi apam susu.

Dengan belen ovalette tu, leh seround pulak buat kek minyak nanti.

- Posted using my iPhone

25.8.12

Semperit Dahlia

Raya kan sebulan.

Boleh lagi nak buat biskut raya.

Ni nak kongsikan resepi biskut semperit. Resepi dari Mak Mertua aku.

Baru bercita cita nak buat, tapi acuan semperit dah hilang. Tunggu la jumpa nanti baru buat.

Kalau tak jumpa tu, tak per..rujukan untuk tahun depan nye biskut raya la.

Yang ni memang tak de pakai tepung kastad, jadi warnanya krim aje.

Banyak pakai tepung jagung, memang cair di mulut dan perot...



Bahan bahan:-

3 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
200 gm - 250 gm butter
1 biji kuning telur
1 cawan gula icing
Ceri merah/kismis hitam untuk hiasan

Cara Buat :-

Satukan kesemua bahan di atas. Uli hingga sebati. Doh lembut tambah ler tepung. Doh keras tambah butter.

Pastu boleh le di cett kan atas dulang menggunakan acuan semperit bunga dahlia. Bakar hingga masak mengikut kemampuan oven memasing.


8.8.12

Biskut Almond London

Terjah blog Mat Gebu, adoi comelnye almond london nye. Dia bagi tips lagi untuk salutkan biskut dengan cooking coklat Tulip. Sedap dan senang mengeras.



Ni almond london pesen bebudak la.

Kat bawah ni resepi nye. Senang jer, sukatan pakai cawan juga.

Bahan untuk biskut ( dapat 150 biji)

1 buku butter @ 250g - pakai brand Butter Lite
1 cawan gula icing
2 1/2 cawan tepung gandum - sangai dulu dan di ayak
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum kisar - x de, so tak letak
1 biji kuning telur
Badam yang dipanggang / di sangai
1 sk emplex- ni bahan untuk rangupkan biskut
Paper cup
500g cooking choc Tulip - beli kat bakery RM8.50
Choc rice/almond nip - untuk hiasan
Marjerin

Cara buat:

1. Pukul rata gula icing dengan butter.

2. Masukkan kuning telur. Pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan nestum.

4. Uli adunan hingga jadi doh. Terus uli hingga ia tak melekat pada jari. Tambah tepung gandum jika adunan lembut.

5. Ambil sedikit doh dan isikan badam di tengah tengah. Tutup kemas. Bentukkan bujur seperti almond.

6. Oleskan loyang. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 min.

7. Biarkan sejuk.

8. Buat hingga selesai adunan.

9. Cooking choc di cairkan dengan marjerin secara double boiler.

10. Sudukan coklat ke dalam papercup yang telah diisi dengan biskut. Atau celup satu persatu ke dalam coklat sebelum di letak ke dalam paper cup.

11. Hiaskan dengan choc rice/ almond nip.

12. Sejukkan atau letak dalam fridge 5-10 min sebelum di simpan.

Aku buat biskut ni malam sabtu. Ahad tengah hari baru salutkan dengan coklat.
Itu pon, mintak tolong en hubby untuk taburkan choc rice sementara aku sudukan choc. Takut choc mengeras.



- Posted using BlogPress from my iPad

7.8.12

Resepi Tart Nenas Gulung Gebus

Puas mencari resepi tart guna sukatan cawan. Akhirnya jumpe. Nanti aku copykan link blog tu. Lupa la blog mana satu.

Adapon jem nenas terlebih dahulu dah beli siap siap kat kedai. Sekilo RM7.50.

Kalau nak buat, sebijik nenas pon belum cukup nak diparut dan dimasak dengan gula.




Bahan untuk tart (dapat 100 biji)

200g butter (Butter Cup) + 50 g marjerin (Planta) -supaya alur tart gulung tak putus2.
3 cawan tepung gandum ( di goreng tanpa minyak dulu dan di ayak)
1/4 cawan gula halus/gula icing (jgn letak banyak untuk elakkan merekah masa bakar)
2 biji kuning telur -letak 1 biji aje
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung kastad
2 sudu tepung susu- x letak pon
2 sudu minyak sapi- letak 1 sudu aje (utk gebukan biskut)
Bahan glaze:
1 biji kuning telur
1 sudu susu pekat
Sedikit garam
Sebatikan semua bahan di atas.

Cara Buat Tart:

1. Gaul tepung dengan gula.
2. Masukkan butter dan merjerin hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan pula kuning telur.
4. Gaul hingga jadi doh lembut, agak agak tak lekat kat jari la adunan tu. Adunan lembut tambahkan tepung gandum. Adunan keras tambahkan marjerin. Pepandai la ejas.
5. Boleh lah start membentuk tart dengan acuan untuk tart gulung.
6. Oleskan loyang dengan marjerin dan sapu tart gulung dengan glaze.
7. Supaya tak tak kembang , masukkan ke dalam fridge 10-15 min sebelum di bakar.
8. Bakar pada suhu 180 darjah 15-20 min. Ikut peel oven memasing la senang.

- Posted using BlogPress from my iPad

6.8.12

My Kuih Raya

Tada..sudah siap 3 jenis biskut minggu ni.
Tart Nenas Gebus. Tak gebu sangat la buat, kang berderai bile sampai kampung.




Star Almond London Olimpic. Ingat London, ingat Olimpic.




Yang ketiga sarang semut. Tak sempat nak snap sarangnya. Siapnye tengah malam tadi. Terus masuk bekas.

Sabtu dan ahad ni memang aku sengaja khususkan untuk buat biskut dulu. Hari ni dapat la merehatkan diri. Next week pulak dah bz dengan agenda lain.

Sabtu minggu depan, kena organize majlis berbuka kat rumah aku as per request by anak anak perantau aka anak anak buah.

Insyaallah, cepat aku bersalin. Hihihi.

Banyak kerja kan..nak masak, untuk 10-12 orang. Mengemas lagi.

Ahad tu pulak nak hantar adik aku ke bus stop shah alam, balik kampung der untuk raya.

Then nak terus ke UMRA untuk 1st check up. Kalau sempat tu, leh la singgah kejap kat mana mana mall. Baju raya aku lom beli lagi la.

Next week pulak, dah nak balik kampung. Yahoo! Walau tak de bonus pon, raya la seadanya. Hati hati berbelanja. Jangan kering kontang pulak lepas raya.

- Posted using BlogPress from my iPad

1.8.12

Dessert semalam- Bubur Som Som

First time buat, first time makan. Kes nak menghabiskan stok tepung beras la.
Ni lah rupe som som nye. Comei macam Mek Som. Tak tahu lah Mek Som mana.




Gambar dari deeamorkitchen.blogspot.com

Tapi semalam buat kaler putih jer..makan dengan air gula merah.
Cara buat:
1. Sebatikan 1 cawan tepung BERAS dan 3 cawan SANTAN dan sedikit GARAM.
2. Masakkan adunan atas api sampai pekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Rasanya semalam lemak lemak masin , plus manis la.
Buat sikit jer, tapi habis la di bedal oleh adik lelaki ku.

- Posted using BlogPress from my iPad

8.7.12

Pulut Durian

Bahan bahan:

Isi durian, santan dan gula.




Durian ni beli dari pasar malam petang jumaat tu la. Masa balik kampung sempat jugak ratah durian jer, tak makan dengan pulut pon.

Lagipon en hubby kureng le makan durian macam ni. Dengan serawa ok, atau ratah macam tu saje.

Sebab dia tak de le, menu ni keluar.

Makan durian ni buat aku kerap berulang alik ke toilet sebab nak kencing.

Budak dalam perut ni pon gerak aktif dalam perut.


- Posted using BlogPress from my iPad

24.5.12

Choclate Mousse Cheese Cake

Ni lah sejenis lagi resepi tidak menggunakan teknik bakar

dah pakai cheese kan, mahu cair lak kek kite

sebab aku tak follow every step masa kak kiah baking, lain kali la aku bagi resepi

senang, sedap lagi murah

hasilnya?

sedap hingga licin pinggan dan menjilat jari

modal baru RM40 

Murah kan?

aku tukang ambik gambar je

plus tukang makan

i likeeeee

jom usyar gambar


anggun lagi bergaya-hasil kak kiah's team opismate

lepas di potong- ni pon share 3 orang makan...sayangg

oreo-chis-mousse-ganache coklat


17.5.12

Kek Tiramisu - Opis made

1st try buat kat opis sebab tak payah nak bakar guna oven ke, cuma kena ada peti sejuk saja.

Dengan panduan resepi dari Majalah Wanita dan dari laman web, kami aka geng cik kiah ni pun try buat.

Bahan bahan utama beli kat pasaraya Giant dekat ni sambil keluar makan tu.

Buat kek ni memang senang rupanya. Sebab jadi claim senang ek..

Cuma bahan bahan tu mahal sikit la.

Bawah ni resepi yang dah mix and match lagi simple.






Base (Guna oreo)
Biskut oreo tanpa krim yang di pecahkan dan di gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. 

Sesetengah orang pakai kek coklat. 

Penyediaan lebih kurang macam nak buat kek batik tu.

22.10.11

Melayan Si Hitam Manis

Ingat nak buat trifle,tapi kebanyakan bahan utama seperti kek roll, tepung kastad dan jeli kristal tak de. Jadi buat kek coklat kukus sahaja untuk bebudaks. Kalau buat sabtu , alamatnya tak sampai ahad dah habis. Kebetulan, malam karang ada bacaan Yaasin, boleh bawak sikit ke majlis. So, next week aje ler try buat trifle tu..kalau lah rajin kan.

yang hitam manis 

17.8.11

Biskut Mickey Mouse

Nama diberi oleh Sopie..sebab chip coklat 3 ketul tu agaknya..
Ha..daya imaginasi budak budak kan. Kita orang dewasa jangan terikut, ni biskut chip coklat namanya.
Ikutkan hati ku, beli jer chipsmore..letak dalam bekas kuih raya nanti..Dah jadi kuih raya. Tak payah penat bagai nak buat chip coklat.


Ni tahun kedua aku try resepi nie. tahun lepas, biskutnya bantat sebab ikut resepi yang salah. Cewah, salahkan resepi. Betullah, sebab resepi tu cuma suruh letak tepung gandum jer. Mana tak keras biskut tu, cair di mulut ape tah lagi.

Resepi kali nie memang ku yakini 99 persen betul sebab ramuannya terdiri dari pelbagai jenis tepung..tepung gandum, tepung naik sendiri dan tepung jagung..Nampak? Tepung jagung tu lah yang dapat membuatkan biskut ku cair dan rangup.

Moralnya, kalau gagal kali pertama, usahakan buat kali kedua. Kalau gagal lagi, beli jer kat kedai. 

28.5.11

Jom Puding Memuding

Marah gamaknya kalau orang-orang bahasa DBP ke tengok tajuk entry nie
Tak de benda nak buat..novel aA+bB dan Rindu Cintaku pun dah habis khatam..
jadi start lah try resepi baru hari ini
Lagipun kerja-kerja dobi dan mengemas rumah dah settle..

So, hari ni suda selamat mencuba resepi puding mangga
Tak tahu pulak mangga jenis apa aku pakai ni
tapi rasanya manis..
Risau pulak aku tengok penghuni-penghuni rumah esp Mak makan mangga ni
Kang kencing manis ..
Baik aku transform kan dia jadi kuih..
Kunun..

untuk bebudaks

16.2.11

mee rebus maulidur rasul

semalam cuti umum Maulidur Rasul
x de plak terlibat dgn mana mana perarakan
mahupun ceramah ceramah bertauliah 
jadi, aku pun merendek seorang diri kat dapur jer lah memasak
terus baik punya cilok resepi dari sini
cam teringin nak makan mee
dah lama x makan mee
asik asik makan nasik
kot kerjakan sawah padi ker
x per lah makan nasi tiap hari
jarang jarang aku x makan nasi
kadang kadang je makan mee


mee rebus perak
en hubby : makan 2 x, lunch 1x, petang 1x
mak : makan 2x, lunch 1x, petang 1x
aku : makan 2x, lunch 1x, dinner 1x
sopie : makan mee shj-main main
sarah : makan mee shj - main main main dan main
adik laki aku : makan tambah 2x masa dinner, sbb dia kerja smlm


kalau de, daging rebus sedap gak..sebab rasa kosong jer
baru jer pas makan nasi daging
tu malas dah nak tambah daging



13.2.11

Jom Masak : Nasi Daging Air Asam

hari ahad, hari bersama keluarga
sebab malam semalam dah keluar jenjalan ke k4
so, hari ahad bersantai kat umah
cam biasa, kalau nak try resepi baru
mesti surfing sini jer la
sebab selalu masak2 ikut resepi situ menjadi kot
ingat nak try buat nasi kerabu
tapi cam renyah sikit penyediaan nyer
sebab pagi ni agak heavy menu bekfes
nasi putih dan sambal ikan bilis beserta telur mata
so, yang lunch punya nak simple sahaje
terus terdetik kat hati
nak masak nasi daging
nasi putih pagi punya pun ada lagi
so, nasi daging just buat ngam2 utk 5 orang sahaja
memang  99 % ikut macam resepi ini kecuali
beras tu
guna beras biasa jer, x de basmathi

pingganku yang simple..haruss

Penyediaannyer mudah dan cepat
Tang rebus daging sampai empuk tu jer la lama sikit
Nasi tu rupe, kaler & rasa mcm nasi tomato