Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label Auni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Auni. Papar semua catatan

2.12.12

Shopping list ..soon


1. Warmer
2. Milk storage bottle
3. Cooler bag & ice pack

Ada apa lagi aku tertinggal?
So far, ini dulu lah..

Gayanya aku bakal menyusukan Auni secara eksklusif.
1st time ever! Walhal anak dah 3.

Sopie eksklusif BF sampai 1.5 bulan dan lepas tu on & off dgn FM sampai 4 bulan. 4 bulan lepas tu full FM.

Sarah pon eksklusif sampai 1 bulan sahaja. Lepas tu on & off campur FM hingga umur dia 2 tahun++ jugak lah. BF dia malam sahaja sampai aku pregnantkan Auni 3 bulan.

Berbalik ke kisah si Auni, masa sesi mengajar, telah mendapati Auni layannnn berbotol dengan susu ibu sahaja. FM booolayan!

Papa Auni juga memberi sokongan penuh.
Jangan sokongan di mulut aje kan.
Sila sokong bersama wang ringgit anda.
Aha!

Ni aku kena berskype conference dengan Mama Mayra esok ni, nak survey mana nak dapat benda benda ni secara MURAH tapi berkualiti.
Hu hu hu.

Adios.

- Posted using BlogPress from my iPad

1.12.12

Ruam Sana Sini!

Alamak, insomnia sudaaa!

So, hapdate lah blog penuhi masa. Biar gerak laju lagi earning nuffnang aku tu. Tadi check, dh RM4.25. Itu yang lately, semangat aja aja aku nak post entry baru biar ntah apa apa.

Ada ku kesah??

Ini kisah pasal Auni dan 2 macam(jenis) ruam.

Korang kesah ke?? Hu Hu Hu. Kalau kesah, korang baca lah sampai habis bed time story aku ni.

30.11.12

Botol untuk baby..

Yuhu! Hari ni hari ke 40 aku pantang.
Jom kita yamchaa dengan se mug horlick panas.

Kira supper aku la tengah malam buta ni. 12.59 am. Ikutkan malas aku nak bancuh air malam malam ni. Dah perut aku tetiba berirama,aku gagah lah jugak bangun.
Nasib tak kaut nasi, letak sup ayam tadi..

Macam ni lah natijahnya sebab tadi dah burn 500 kalori kan.
Tak yah lompat bintang, angkat dumbell ke..susukan aje si kecik Auni tu.
Masya Allah, rasa macam tak makan nasi satu hari laparnya. Lagi lagi sekarang berat dia dah nak macam sama berat beras 5kg tu.




Kesian si kecik ni. Pagi tadi dera dia minum susu pakai botol. Mak tolong bagi dia susu. Dah susu, siap masukkan dalam buai Sarah. Tapi part buai tu, dia macam tak suka duk dalam tu. Tapi dah mengantuk sangat, dia lena jugak. Lena lena ayam.
Mesti Auni culture shock. Whathehall nipple ibu keras gila. Air susu pon laju macam bomba sembur rumah terbakor. Pastu, semacam aje di buai buai.

Petang nya baru aku susukan dia direct cam biasa. Itu pon, lambat-lambat nak mencari nipple aku. Merajuk ke atau terkezut sangat sampai blur plak minah ni.
Aku plan, dalam sehari ajar sekali la berbotol, biar dia bersuai kenal dulu kan. Ada 20 hari lagi nak naik kerja. Kalau cuti bersalin 3 bulan kan best! Cam sayang nak tinggalkan bebudak ni.

Eh, tensi lah pulak bila sebut pasal kerja. Dah berhibernat lama dalam rumah ni, memang lah bunga bunga malas tu segar mengembang, subur membesar.
Kalau dah kerja, jangan mimpi lah aku boleh bersengkang mata hapdate blog panjang panjang.

K bai.

- Posted using BlogPress from my iPad

26.11.12

Cucuk Sebulan dan Shop on9

Pagi tadi bawak Auni botox untuk sebulan. Cewah, botox pulak walhal inject hepatitis B dos 2.

2 jam tu menunggu, mujur Auni bersabar ajer macam aku. Aku pon nak panas bontot jugak duduk aje. Naik lenguh gak la lengan memangku budak.

Tadi berat Auni dah 4.6 kg,kira naik 1 kg la dalam masa sebulan ni. tinggi 55 cm. Nurse kata normal aje BMI nye.

Aku pun kena timbang sekali tadi. Berat dah 54.4 kg. Turun dalam 10 kg lah. Darah nifas pon aku perasan dah stop masa masa 32 hari. Ni dah masuk 36 hari. Haha..4 hari lagi.


Dah sebulan ni, badan Auni cam dah keras. Leher pon leh tahan, asik mendongak, ke kiri, ke kanan. Susah nak bagi mandi sebab asyik nak test leher dia ajer.

Next 4/12, nak jumpe tuan doctor pulak sebab tadi misi ajer check, Renyah check dengan klinik gomen tapi sebab PREE , halalkan lah..Hahaha.

Sebab lepas ni Auni dah boleh nak keluar jenjalan, baru membelikan baju baru untuk dia. Rompers 5 in 1 dan crochet hat. Dah beli online ni, tawakal ajer la akan kualiti dan ropanya nanti.






- Posted using BlogPress from my iPad

17.11.12

Pantang time - Hari 26

"Assalam, internet tidak dapat di akses kerana kerosakan switch semasa kilat tadi. Akn di baiki asap. Maaf atas kesulitan". 8.28 PM 13,Nov 12.

Adoi..mati kutu lah seminggu ni setelah terima mesej kat atas dari owner wifi tu. Kena tunggu en hubby balik kerja, baru leh bertenet tapi pakai beruk-band aje lah.
Paling gagah pon layan FB ajer la. Dah berapa hari dah tak bukak paper online ni. Blog blog gosip pon tak terjah.

Hari ni dah masuk hari ke 26. Tak de tenet, panjang aje satu hari ni..HuHuHu.


- Posted using BlogPress from my iPad

6.11.12

t o c h e - t o c h e

     


Toche toche untuk depa depa kat atas tu. Tu hadiah dari bebudak dept en hubby.

Pinau mata menengok pink ajeeee..paham paham jer la untul gegirl

Ape pon time kasih banyak banyak lah ye.


Ni lah makhluk yang tak menyabor nak sepahkan semua benda benda dalam tu.



25.10.12

Nama untuk baby

So far, kami panggil new born ni baby aje. Nak panggil adik, ada sorang tu tak nak turun takhta lagi jadi adik.

Kakak - Sorfina Alya
Adik - Sarah Adreana
Baby - ?

Semalam dah jumpa buku panduan beri nama anak. So, en hubby decide nak panggil si baby AUNI. Sebagai ajinamoto, aku letak belakang SYAKIRAH.
Auni bermaskud lembut, ketenangan dan Syakirah bermaksud yang bersyukur.

Kalau letak Syakirah Auni pelik tak? Cam pelik kan. Yang penting en hubby kata nak panggil dia Auni. Apekah terkenan nama bakal isteri si Apek - Leuniey?Oh....pleassssseeee lah.

P/s : Aci tak aku spell Auni - Auny? Orang JPN marah tak?


Ni jer la pose yang termampu. Susah bijik matanya nak mencelik. Dah la mata pom sempit.


- Posted using BlogPress from my iPad

24.10.12

Sang Pencinta Siang

Tengok si dara yang suka tido siang. Malam hari berjaga..baru 3 hari aje ni.
Dah si dara pon tido siang..
Haruslah sang ibu mengFOLLOW..



Nanti mata dia buka, kita snap lagi gambo nya. Mata pon sempit..sepet. Maklum la lemak bawah mata ke pipi banyak lagi.

Dagu V shape ke bulan sabit bukan lah yer..hahaha. Bulan sabit ( OH TIDAK )



- Posted using BlogPress from my iPad

23.10.12

Akhirnya..

Yer, akhirnya baby yang telah dikandung selama 40 minggu 5 hari selamat di lahirkan.

Sungguh mendebarkan aku dan en hubby. Sesungguhnya, kita memang merancang, Allah Maha Esa juga menentukan.

Baby girl dengan berat 3.64kgs ni selamat dilahirkan pada 22 October 2012 jam 2.19 petang di Hospital Bersalin Umra Shah Alam. Kelahiran normal.

Bersama dayang dayang..lebih kurang 6 jam lepas detik kelahirannya.



Huargh..mengantuk yer. Si kecik ni kerap kerap jaga, maklum la tak kenyang sangat kot sebab susu masih kurang.

Tunggu next entry la kisah selanjutnya..


- Posted using BlogPress from my iPad