Stalkers


Yang kesah

Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

19.3.16

KL Walkaton 17032016


Baru je last month ke sini. Tapi dah nama pon berjimba..angkat cuti banyak kali pun tak po!

Kali ni sempat nyinggah cuci mato kat Jakel. Cuci mato je bukan poket. Memang huhuhu bila nengok rega kain kain nye. 

Jalan punye jalan dalam tu, terjumpe la pulak kain ela sepattern serupa sejibik la pendek kata dengan hat cik kiah beli kat kedai kedai kat TAR tu. Kain nora danish kot , tah hape nama kain nye. 

Di Jakel harganya RM82 semeter. Kat TAR sinun baru RM35 untuk 4meter. Berhuhuhu jer la nengok nye. Tunggu sales gile gile baru betui jumpe hat mur mur agaknye. 

Lunch buffet kat Premiera Hotel lagi. Since katanya hade orang dalam kan leh adjust rega. 

Aku enjoy la makan kali ni. Tak de pulak rasa kurang selera cam trip last month. Stamina pon cukup berjalan jalan dari kedai ke kedai tu. Duit je yang tak bape cukup. Huhuhuhu. 


Dah fefelin ni, cukup time melenggang perut nye, nak lenggang kat KL lagi sebelum meletop, sebelum anak bulan Ramadhan moncol. 

3.3.16

Balik Kampung Run

Bebenornye.. balik kampung sebab ada kampung run.


Menarik lokasi larian sebab tepi ban pecah..tepi laut. Idok ler aku join, aku kroh kroh kat umah je. 6.30 pagi lagi yang berlari dah gerak. 

Balik sana pas maghrib hari jumaat tu. Tapi singgah tido kat Ipoh dulu, umah kakak ipar. Umah sendiri lom siap lagi. Hari tu de la calling calling tanya, katanya pending CF ngan Majlis sana. Ada jugak menyinggah sana sebelum ni, tapi tak dapat masuk dah sebab gate depan pon dah kene lock. 

Jadinya, pagi sabtu baru gerak balik ke kampung. Elok je setengah jam sampai kampung, dapat pulak call dari pak sedara belah aku admit kat spital Taiping. Teruk gak sampai koma, leher ngan tangan kiri patah. Masa kami visit belah petang tu, alhamdulillah dah sedar pon. Nasib tak amnesia. 

Pak mertua aku baru kebah demam nye sebab jatuh katil 2 minggu lepas. Ikutkan sebelum jatuh tu, mak mertua kabor sihat walafiat je sampai boleh la keluar jenjalan kat laman umah. Tu pon selera makannya tak de. Masih rasa tak sihat katanya.

Pagi isnin baru gerak balik sini. Separuh perjalanan aku bantai tido dalam keta. Siyes letih balik kampung ni walau pon aku tidak berlari. 

Cuti sekolah kang mebi laki aku balik lagi sebab join penang bridge run tu ngan kengkawan nye. Tak pe haku pon ada agenda gak ni, soon..nak KL walk aje. Huhuhuhu

22.8.15

Halal Funride 2015

Secara rasminya pagi tadi la berlangsung di perkarangan Masjid Tunku Mizan Putrajaya. Perasmian oleh TM di JPM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Start kayuh 8.30 pagi, minit minit pertama pon dah haru..baru fefelin nak belajor tukar tukar gear. Serius! Aku tak penah naik mountain bike ni. Pestime. Training kayuh pon tak de langsung. Hantam jer la labu.


Aku tak concentrate sangat lah ngan angka 28KM tu. Just follow the flow aje. Aku target kayuh slowly dari awal tapi menten kayuh sampai abis. Slow pon slow lah janji beskal tu gerak.

15 minit kayuh pon kaki dah start lenguh. Putus putus napas pon hade. Cam nak pitam pon hade. Dah la panas terik pulak sinaran mentari pagi.

Tapi aku teruskan jugak mengayuh. Tanak la tersadai kat tepi jalan. Dah la tak familiar ngan kawasan ni.



1st medal ever.

Selamat gak sampai garisan penamat selepas 90 minit mengayuh pelbagai gaya.




Acara kemuncak ni..lucky draw. Tapi diri ini tiada luck pula.

Aku memang tak berminat aktiviti meletih gini..jadinya mungkin ni event yg once in lifetime aku buat gamaknye. Ikutkan laki aje nih.



Dia ni gayanya memang semangat sungguh. Harap harap tulang belakang tu tak de terslip lagi.

- Posted using my iPhone -

21.8.15

Sedia Menunggang

Memandangkan aku ni dari golongan jenis yang pasif, agak kemalasan jugek nak beraktiviti riadah bagai ni.

Tambahan lagi 2 minggu kebelakangan ni taraf kesihatan memang hacuss..harap nya esok semua berjalan lancar la.

Selamat dah laki aku gi kolek baju, nombor dan goodies petang tadi. Eksaited la laki aku. Hobi dan minat dia. So far la.


Weeee..budak ni tak tau esok omak subuh hari dah berangkat ke umah PM.


Mau double triple sakit pinggang ni. Huhuhuhu.

- Posted using my iPhone -

12.8.15

Ayuh Kayuh




Macam comel je kan?

Orang buh atas pale naik beskat, so far..aku buh atas perut je lah buat kaberina lelemak. Huhuhuhu.

Hade seminggu je lagi nih sebelum nak kayuh. Sib baik dia fun ride aje. Kalau nak kira kira nombor, tobat lah nak masuk.

Mujur lah laki aku berjaya nego ngan aku, maka nye aku join la. Aku je ni tak berjaya nego mende mende lagi kat laki. Kene tuntut elmu la ngan macai gayanya kan!


Info lanjut leh tengok kat www.bikeaway.com.my

- Posted using my iPhone -

14.6.15

Gila Besi

Layan jer la..tapi aku lom kesempatan nak kayuh beskal nye pon.


Ok lah anak anak dah besar. Leh riadah sesama.


Siap laki aku buh kan carrier rotan ni so that binik nye leh kayuh basikal bawak kenit. Tapi kenit penakut. Dia syok tolak basikal aje. Omak nye pon malas nak kayuh. Dari aku kayuh, baik aku mop lantai ke.. gitu pemikiran aku.


Ni lah folding bike katanya..Leh lipat gini. Dalam 5 kg je berat basikal ni. Imported dari Perak ni. Punya jauh beli..kebetulan dapat tawar mur mur nye price.

- Posted using my iPhone -

2.6.15

Jenguk rumah

Alang alang lalu, singgah sat tengok progress rumah. 

Pasaipa dia kaler kuning tak tau la..trend ka? Nampak cam bangunan gomen negeri pulak. Kaler bendera negeri nih.

Depan rumah. Awning depan bajet abis. Dah naik balkoni sat ni, naik la seri kot.

Rumah jiran jiran depan yang dah mula diduduki.

Belakang. Extend habis habisan sudah.


Sinki lom pasang. 


Laki aku la pi jenguk sampai masuk dalam rumah. Naik atas, terjah ke belakang segala.

Kalau aku naik habis semua tentera pon nak follow. Tengok gambo sudah.

Ikut brochure, dijangka siap bulan 3 tahun depan. Ada 3 unit lagi, harga dari RM268,888. Dah naik 20K.

Perak ke Penang

Kali ni balik bukan saja saja balik, follow rombongan pengantin perempuan ke resepsen sebelah lelaki kat Batu Kawan pada hari Sabtu tadi.

Dari Ipoh gerak lebih kurang kul 8 pagi, sempat lah singgah Sungai Aceh rilek rilek dulu. Baru lah ke majlis resepsen dengan rombongan dari Sitiawan.


Selamat menjalani kehidupan suami isteri..katanya dah berkawan dekat 10 tahun sebelum selamat disatukan.

Time balik tu la buat planning nak masuk pulau. Nak masuk via Jambatan Kedua. Tak jauh dah pon dari Batu Kawan ni.


Pestime eber ni lalu. Berapa ek tol dia? Dalam RM8++ kot. Dah pukul 3 lebih dah masa ni. Nak ronda ronda kat Padang Kota ja sambil pekene pasembor.


Mungkin kenyang lagi kot makan nasik kenduri, tapi ada a few makanan tu memang kureng la cam char kuew teow dia. Ceroi ja kuah dia. Harap udang ja besaq. Cendoi pon kureng sebab pakai santan kotak. Pasembor layan abis la..

Tak dak plak kulaan kat sini. Kalau tak leh la singgah. Nak balik naik feri pon tak lepas sebab Q dah panjang. Keluar balik via jambatan lama.

Pukul 8 malam gak la sampai Sg Aceh sebab nak ambik khazanah beg beg baju dulu. Dah kasi refresh badan segala..pukul 10 malam gak la sampai rumah mertua aku.

InSyaAllah pagi ni aje bertolak balik ke Sah Alam.

- Posted using my iPhone -

3.5.15

Kenduri FS

Balik ke Sitiawan aje. Gather kat sana terus dengan mertua dan sedara mara yang lain sebab kakak ipar aku kahwinkan anakanda perempuan sulung beliau.

Selamat menempuh alam perkahwinan buat anak sedara yang ntah ke berapa..siti dan faizal. Menikah dah Jumaat tadi. Sanding semalam.


Kami pon sampai dalam jam 3 petang camtu, lepas bertolak dari sini jam 9.30 pagi Jumaat. Ikut jalan lama aje, pon jem.

Pagi ni bertolak balik mai sini. Tak singgah memana dah..Paham paham jer la kenduri. Tidur kurang, makan je lebih.

- Posted using my iPhone -

21.4.15

Anniversary 9

Happy eniberseri to me & hasben.


Hari ni, tahun ke 9. Lepas ni leh la fefelin jubli..

- Posted using my iPhone -

7.3.15

Minggu Pekse




Minggu pekse. Semua teddy bear baca buku..

Tuan teddy aje wat lek wat pis pegang remote. Kalau tahap adi putra tak pe gak la!

Itu yang omak nye memetir aje siang malam. Bikin sepoil mood omaknye bergebang lam blog.

- Posted using my iPhone -

18.2.15

Ipoh..Ujung Ujung Day

Layankan la ragaman kehendak si
kenit..meragam sebab dia tak sihat. Sikit sikit menangis suh apak melayan dia. Buh dia lam keta..senyap la.




Ahad tu..malamnya. Bawak gi la berjalan lagi. Betui la dia ni kuat berjalan.




Tengok ayor menari nari kat laman railway ni. Opposite DBI.

Terdekat ni tak de rasanya trip ke sana dah. Gila capek! Aku tunggu je raya cine nih..dapat sekali bangun kul 9 tak pe dah.

Ni pon esok hari Sopie masih sekolah. SRA start cuti 19hb..Office tak tau la ade balik awal tak sebab besok ade BOD mitin.



- Posted using my iPhone -

17.2.15

Tuesday blues

Blues la..tapi mai kerja gak la.

Letih beraktiviti kat Ipoh pon tak kebah lagi, plan nak bermalas malas aje kat office lantaran sok dah last day kerja, bossia pon dah cuti..

Tapi,

Memang syaiton betui manusia itu.

Aku pon tak nak kalah ini kali! Kau je ada hal? Aku pon ada hal!!

So apa yang aku rencanakan tuk next week, aku realisasikan aje minggu ni.

Malas tu tolak tepi dulu. Ikutkan hati memang aku malas. Dokumen pon lintang pukang tak abis cari lagi. Kang cuti PH sat ni malas lah puas puas.

Sebenor aku baru received call dari awek ptptn pagi tadi inform statement dah ready tuk self collection.

Ingat nak ambik cuti half day trus settlekan semua..tapi sebab aku hangin ngan nyamuk, esok dengan kelambu nye aku nak bakor sekali!

Kita bakor!

- Posted using my iPhone -

15.2.15

Ipoh Day 2


Seperti dipropa kan malam tadi, pagi ni isi perut kat gerai Mi Kari Kak Yah dulu kat pasar pagi Sibilin ni. 


Yang ni hade fish cake dan daun pudina aje. Aku rasa superb lagi mi kari kat gerai  depan masjid Bukit Naga tu. 


Tak tau nak jenjalan mana. Ada orang tu sebelum pergi semangat nak naik Cameron. hurmmm..alih alih dapat naik Jusco aje.

Destinasi seterusnya..Nasi Ganja. 

Beratur memang panjang oo..tapi sebab dine in ..cepat sikit. Kat tengah bandar Ipoh ni ada satu restoran nasi kandar ayam merah. Tak de kat tempat lain katanya. 


Aku bukan nye minat sangat nasi kandar ni. Aku rasa gitu je la..ayam goreng tu sedap. Tapi sedap lagi nasi kukus ayam goreng Jalan Kebun kot. 

Kasi pejam mata jer la..malam tadi kenit wat hal. Batuk tak renti renti. Tido tido ayam aje.  Pagi hari dia dah sangap. 

14.2.15

Menjejak Ipoh

Salam dari Ipoh.

Baru 2 minggu lepas aku datang sini. Tu hari masa otw balik dari kampung singgah sini untuk lunch kat rumah kakak ipar aku ni.

Kali ni, dapat la jengah adik aku yang menyewa kat Kg Tawas. So, Mak aku tumpang tido rumah dia la.

Aku sefamilia tumpang tidor rumah kakak ipar kat Silibin ke Sibilin ni. Kelakar nama tempat ni.




Sempat la pay visit abang ipar aku kat area Hospital Bainun sana nu. Sebenor die menyewa kat sebelah rumah kakak ipar aku, tapi sebab nak mudahkan urusan sekolah anak, dia stay kat flat gomen ni siang hari.

Saje saje turun sini , memang tak de makna nye lah. Duk rumah sendiri gak best sebenarnya kan.

Rini de appoinment dengan developer tuk sign S&P rumah.

Senin ni de appoinment dengan bank & lawyer plak. Natijah membeli rumah jauh jauh..gini lah jadinya. Sib baik ade sedara
mara kat sini. Leh gak numpang makan tido.

Panjang kisah rumah aku ni, dipendekkan kisahnya..rumah yang tak jadi beli kat area Tasek tu jadi beli sebab dapat harga kaseh sayang dan boleh pinjam loan 90%.

Sementara nak tunggu senin mari, moh jalan jalan sekitar Ipoh ni. Rini jalan jalan kat Manjoi. Umpama Kg Baru di KL.




Esok pagi kita pi try breakfast dengan mi kari Kak Pah. Nasi Vanggey pon popular juge..tapi Nasi Ganja lagi sedap katanya.

- Posted using my iPhone

12.2.15

Bulan Kaseh Sayang

Jangan sampai diliwati..huk huk huk.


Minggu pertama yang ada cuti PH hari wilayah tu aku balik kampung. 4 hari gak la kat kampung.

Minggu lepas..bertandang kat belah Ampang sana sambil gathering dengan kaum keluarga belah mak aku.

Ahad tu plak pak cik aku, abang arwah pak aku mai ziarah. Kecik je dunia..kazen aku pon kerja satu area dengan aku rupanya.Tak pernah plak terjumpe. Sebab lain lain bangunan. Lunch hour pon lain lain waktu.

InSyaAllah minggu ni..turun ke Ipoh pulak. Urusan keluarga lagi..

Sebenor nye capek jugak ni. Mohon raya cine ni dilapangkan masa tuk qada tidor..Posa tu bila nak qada?

- Posted using my iPhone -

31.1.15

Burung Ayam Ayam Sawah

Rini baru gerak balik. Walhalnya semalam lagi aku dah cuti pon. Saje nak rasa cuti 5 hari camne ..kekonon!

Nih aku dah hade kat kampung dah.

FIL ada usrah malam ni..trus balik pondok dia. MIL hade kenduri kat Trolak. Jadi kami je lah kat rumah ni. Janggal juge nak masak masak.

Apa menu malam ni? Petang tadi SIL bagi burung ayam ayam. Ingatkan ramai ada sini katanya.

Dah sembelih tapi belum buang bulu. 3 ekor plak tu.. Terpaksa la jugak aku bersihkan..Nak frozen kan sekali pun, kene lah togel kan ia kan?


Gigih lah kan siang burung ni. Koyak tang dada dulu..Pehtu tarik kulitnye ala ala bukak baju gitu.


Masak paling senang aje. Goreng sekor dulu. Belasah dengan belen nasi briyani dari surau. Memang sedap!


- Posted using my iPhone

12.1.15

Hari Pertama Sekolah


Tu yang free hair terselit jugak..Mana bulih tak ikut apak nya..Lalu bergedik santai mereka berwefie.


Mek ni..aku escort dia gi tadika. Tak de makna wefie..kita kan boikot office call lalu tak bawak henpon..Huk huk huk.

Terpaksa lah gi asing asing. Hari tu tadika  Pasti buat taklimat for parents aje. Tadika pon busy sebab terbabit dengan projek #PrayForPantaiTimur. Untuk student tak de. Hari ni lah students baru leh masuk kelas. 

Petang ni lapang sikit. Tapi cuaca panas terik la. Buek taik mato best ni!

9.1.15

Bisnes Mesin Rumput

Ke mana kah tumpah darah bisnesman pak mertua aku kalau bukan kepada anak anak nya. Huk huk huk. 

Sampai ke Setia Alam laki aku membeli mesin rumput. Dapat la hat second hand mur mur hasil info dari mudah website.


Ijo ni jenis letrik. So kene plug in la masa potong rumput. Wayar nye panjang 20 kaki. Orang Setia Alam tu jual RM270, tapi lepas nego baek punya dapat la beli RM200..Lepas sekali guna, jual balik RM280 kat orang Bukit Naga. Mula letak RM300, tak pe la..dah ada untung pon.


Kuning ni pakai petrol. Hasil dari mudah jugak. Kedai jual beli barang terpakai kat Bandar Puteri. 

Harga asal dia bagi RM200 tapi selepas betulkan mata pemotong, tak leh nak start plak. So dapat la best price RM150. Sebenor nye spark plug yang basah, sebab tu tak leh start. 

So far belum decide mau jual lagi..sebab tuannya belum puas tolak lagi. So far dalam 15-20 min je tolak. 


Rumput lembu je. Rumput asal. Taruk sikit baja angkut dari kampung lebih kurang. 

31.12.14

Bilik Sarah

Suatu malam tu si sarah ni menangis beria ia mintak nak katil sendiri. Tak mo share tilam bantal! Suh apak nye groom bilik paksu malam tu juge!!

Paksu pon dah menyewa kat luar. So, bilik tu memang kosong lah masa weekdays gini. Weekend pon balik kejap aje.

Sempena cuti paksa selepas Krismas tu, pi lah terjah Ikea kejap cari katil. Dah survey gak kat kedai biasa. Mostly banyak jenis besi. Yang kayu tu mahal pulak. Tok laki kite kenan ke kayu. Aku prefer besi la. Lagi tahan lama kot!

Beli la 2 katil bujangers. Tapi yang lenjan tu 3 bujangers.


Minggu ni apak la neman depa tido dalam bilik tu. Hat beria tu memang penuh keberanian la tido situ.

Tu pon belum siap kemas betul betul bilik diorang. Kalau tak de si tikus beso aku kacau, leh la anytime nak kemas kan.



Dah macam boboi boy aje kenit aku ni. Rambut tu tersalah potong..Nak cepat nye pasal. Dah cam makan dek tikus!

- Posted using my iPhone -